Chokilala dah jadi Chokupin & Chokipin?
Hari ni Chokilala berkesempatan untuk meluangkan masa ke Karnival Pelancongan Melaka. Selain berblogging, kita kena la ada masa juga untuk social life atau dalam erti kata lain berdating. Kehkeh. Lepas ni, mungkin akan ada lebih banyak entry tentang pelancongan di negeri Melaka. Melawat Melaka bererti Melawat Malaysia. Hohoho
Tujuan utama pemergian aku ke karnival tu ialah nak berjumpa Upin & Ipin bagi menjeleskan Topo. Tapi sambil tu, tengok-tengok juga benda lain yang berkaitan dengan pelancongan. Nak dijadikan cerita, jalan punya jalan terjumpa dengan booth pelancongan dari Fiji. Sungguh memeranjatkan! Nak tahu apa yang hebat sangat dengan Encik Fiji? Cuba lihat gambar di bawah
Tengok tu, tengok tu. Encik Fiji sungguh kegatalan melihat amoi. Kehkeh. Mahunye aku tak gelak tengok hiasan bunga di telinga Encik Fiji, terus teringat entry lepas mengenai Topo. Sangat real okay, bunga pun sama warna. Sungguh syok menjadi pemblogger ni, real life boleh dikaitkan dengan dunia blogging. Lol
Ok, berbalik kepada misi untuk bertemu Upin & Ipin, boleh dikatakan agak tercapai juga la. Memang ramai sungguh kanak-kanak riang yang nak bergambar dengan maskot Upin & Ipin tu. Jadi, Chokilala Riang juga tidak melepaskan peluang untuk sekali menyibuk berebut nak ambil gambar dengan Upin & Ipin bersama kanak-kanak riang tersebut
Kalau ikutkan hati, nak je tolak kanak-kanak tu semua biar diaorang menangis pastu blah, tapi rasa macam kejam plak. Ini la yang terjadi kalau kanak-kanak tua zaman dulu xdapat nak bergambar dengan Along. Ala, Along kucing yang A.L.O.N.G ALONG tu! Zaman kita dulu kan zaman Along, sekarang zaman Upin & Ipin pulak. Kihkih!
Erm. Encik F suruh aku upload gambar ke blog, kiranya entry ni jadik personal sikit la. Lepas ni Encik F nak balik Pahang dah, dia dah habis study dan sekarang sedang mencari kerja. Dalam erti kata lain, kiteorang akan jarang jumpa lepas sesi perdatingan terakhir ni, unless kalau dia dapat kerja area Melaka la. Ada info kerja kosong tak mana-mana, kabel? Anyone? Kalau ada, sila roger2. Hohoho. Encik F belajar Mechanical Engineering dekat UTeM dulu

sila abaikan muka kami yang over-excited -_-”

beliau marah sebab i buat muka.. keke
Lepas ni, kepada sesiapa yang menjumpai wajah encik di atas ni beraksi curang dengan perempuan lain di luar pengetahuan aku, sila melaporkan secara terus di blog ini. Kahkah. Inilah padahnya kelebihannya mempunyai girlfriend yang juga seorang pemblogger. Spy keliling Malaysia. Hohoho. Gurau je la. Walaupun bercinta, kena la ada life sendiri so that xde la rely sangat kepada bf/gf kita. Hurm. Sila jangan termuntah pulak lepas ni sebab tengok wajah pemblogger & pendorong di sebalik blog Chokilala. Err..
P/S : kiteorang lepak Subaidah lama, xde pun SRK? ali rustam ade la
P/S/S : rupanya beliau di Dataran MBMB, tapi jenuh if nak tunggu dia
P/S/S/S : jadi kiteorang tgk bolt. bolt best! tapi madagascar lagi best =P



heee baru last week bercuti ke melaka smbil melawat bakal mak mertua. hahah. cik choki kat melaka area mane?
@CikMira : lor. kenapa tak roger? kat mana. rahsia blog, demi menjaga privacy. lol
sekali tgk muke upin mcm muke ko pon ade..tu pon,andaiko botak..hehehe
@iovantgarde : grrr! aku kemarahan nie! siap la ko!
woi! pecah perut aku bace ayat bawah ni:
“Lepas ni, kepada sesiapa yang menjumpai wajah encik di atas ni beraksi curang dengan perempuan lain di luar pengetahuan aku, sila melaporkan secara terus di blog ini”
entah hape2 la ko ni. giler… kahkahkah!
btw, gambo ko ngan Upin&Ipin memang super duper excited…aku pon nak gelak bila tgk… hihi…
gambo org fiji tu pon lawak. agak2, marah x si topo tu?
@Ryehana Tarepanda : gile pun kwn ko gak. hoho. topo xmarah ;)
hahaha. camne nak roger izah. ;P roger gune blog je la. kihkih. jakun oh g melaka arituh kahkahkah da lame gle kot tak pegi :P
dah jadi cam pelancong asing n mybf jadi tourist guide muaaha
@CikMira : yeke. hehe. next time saya plak jadik tourist guide kamu. keke
wahwah..kabel?xtahan..
bhahaha..
pdn muka u kena bejauhan dgn incik f :p
anyway,muka u memang excited amat
@chepsmore : hei. u ni, xcaring kat i langsung! i tatau la, i TERbuat muka tu -_-”
ehem2. cik chokilala mmg sgt hepi n excited ya amat bila nampak maskot upin ipin. mengalahkan kanak2 yg bergelimpangan kat mitc aritu. er encik f dah kena queen kontrol ke? tak pun kan? keh2
@encik f : lagi hepi kalau tgk maskot khalil fashar. koh koh =P
ko memang lawak r izah
“Inilah kelebihannya mempunyai girlfriend yang juga seorang pemblogger. Spy keliling Malaysia. Hohoho.”
Aku setuju ngan ko, tapi kalau aku tunjuk BF aku mesti kawan2 aku kate aku syok sendiri…..dier cam biase je, aku lak lebih2..haha..tapi memang pun
anyway, nape ko tak jumpe SRK ek?
dalam berita siap cakap SRK round melake dowh
@eSempoi.com : ala.. lek aa sekali sekala. hehe. mmg aa dia round mlk, aku gi tgk wyg mana nak jumpa. hehe
mascot upin dan ipin sangat tak kacak la weh.. hohoh kecewa gila aku.. hahahha
@topo : mungkin orang di sebalik maskot tu kacak. mana tau kan? hoho
wah, upin dan ipin come alive!!!!
@meo : yeah!
kilang byk kt melaka. flextronik pon ada. suh en f apply la. huhuhu…
@adil : flextronik mana? batu berendam ke?
wah..chomell..
@AadlynnaA : sape? upin ipin ke kiteorg? kehkeh!
alahai..comelnya kamu izah *nape akak mcm tak penah tgk upin &ipin ni hah??*
en kesayangan kamu sudah grade ye
nak carik keje
try lah PPSPPA, kitaorg ada sorang je mechanical engineer skrg
kalau dpt nanti mintak lah branch melaka..
cuba lah..mmg tgh banyak vacant kat PPSPPA
@dayu : err.. sorry.. PPSPPA tu apa eh? manyaknya P -_-”
cik choki sile jgn kembangkan lubg idung sebegitu.huduh.
@shepha : err. noted -_-” kak bulat pun jgn bulatkan muka kalau bergambar. huduh gak. keke
tingginye upin ipin! dlm citer drg kecik jek.. :P
@Aliya K : ala.. maskot je la.. hehe
Gi Barcamp lagi besh dari tengok upin ngan ipin
:P
anggap jer la gamba kat sini sbg tag gamba tu..
encik fiji tu sungguh kachak!haha
seperti topo juge
cokipin dan chokupin..haha..
tukar domain cepat!!sedap nama tu..hee
Amboi chokilala… peminat setia upin n ipin…. bagus! bagus! bagus!
http://www.mohdlazim.com/2008/12/saggitarius.html
Hehehe…Muekeke…
Maap sebab dah lama tak antaq surat bebanyak kat shoutbox.Muekeke.
\
Camna raya?Best tak best?
Ok.Ini dia jawapannya!
Besh gi melake.Jumpe artis katun.Upin Ipin…Botak satu..Berpacak rambut satu…
Tak dapat nak bezakan ah…..
Besh…Lepastu,lepas melake …Johor Bharu plakk…
ayat ni yang xtahan ..
“Inilah kelebihannya mempunyai girlfriend yang juga seorang pemblogger. Spy keliling Malaysia. Hohoho. Gurau je la.”
Hebat 2, aweknye banyak spy.. sampai satu malaysia..silap2 luar negara pon ade..
hahhaa…jap..tgh sape yg dlm gmbr kemain lebat bulu nyer tu..keh2…gurau2 aaa…
huhu..kantoi suda gambo pakwenya..hehehe….beshnya g jumpa upin ipin..nape cik choki tamo tangkap gambo berpelokan ngan upin ipin..hehehe
Wah, seronoknya korang dpt
jupe Upin ngan Ipin.
oii melaka best! jeles gile… nak shopping lg la kat dataran pahlawan pnye mall tu… eye on msia pun lom naik lg… kuey teow kt tepi tu pun rindu.. woah woah nak gi melakeeeeee
hahahaha…kak jie nk save gambo encik Ef tu dlm hp leh tak?
cik choki,
apsal muka bf ko mcm topotato?
lalalala