Cara menghargai yang tersayang

Kamu ada skandal kekasih? Atau mungkin kamu masih lagi single? Haa, bak kata Saiful Apek dalam filem Kuliah Cinta, kalau xde pasangan sampai ke hujung semester penyakit keturunan agaknya tu. Hari ni aku nak cerita sikit tentang cara untuk menghargai kekasih. Kihkih! Kawan-kawan, sila gelak kerana Chokilala sanggup menjiwang pasal dia nak menang perfume! Ahh apa kisah, yang penting kalau aku menang aku jadi wangi. Pergi kelas pun xyah mandi. Kahkah!

Jom lihat bagaimana caranya untuk menghargai kekasih, Chokilala’s style!

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Post ini akan lebih mendalam penghayatannya jikalau korang klik butang play di atas. Terima kasih :P

Hadiahkan perfume daripada MyPerfume2U

Eh? Macam Maybank2U je? Bukan bukan. MyPerfume2U ialah kata ganti nama untuk penjual perfume yang menawarkan perfume berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan. Kamu boleh cuba picit link ni http://www.myperfume2u.com. Mengikut kajian yang dijalankan, sesiapa yang tidak picit link dalam blog dia ialah seorang yang comot. Eh, biar betik? Cepat klik sini secara bergegas!

Selepas melihat perfume yang dijual di MyPerfume2U tu, mungkin korang boleh lupakan hasrat korang untuk menghadiahkan minyak attar kepada bf/gf korang. Minyak senyonyong adalah dilarang sama sekali, tidak! Apatah lagi menghadiahkan minyak lintah kepada bf, eh sungguh kurang sopan pemikiran kamu. Kehkeh!

Hadiahkan e-book yang menarik

Apakah? Sekarang ni zaman e-book di mana pelbagai jenis e-book terdapat di Internet. Xkira la yang percuma mahupun berbayar. Mengikut pengalaman sendiri, aku juga ada memberi e-book yang berguna kepada Encik F. Contohnya e-book seperti panduan Nuffnang daripada Noorizamshah dan juga panduan bisnes Ebay daripada Saifulsham

Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga

Tidak lupa juga e-book tentang tips untuk Google Adsense. Kiranya, setiap apa yang aku baca aku akan kongsi dengan yang tersayang. Romantik gitu kan? *muntah* Mungkin korang pun boleh cuba cara ni kalau bajet sentiasa tak mengizinkan, macam aku! Hahaha

Hadiahkan e-book yang ‘lebih’ menarik!

E-book bertajuk Permata Yang Hilang. Uiks? Permata siapa yang hilang? Siapakah individu yang berani merampok permata tersebut? *sekeh pale korang* Bukan permata yang biasa duduk dalam tiram tu la! Eh, ke tu mutiara? Haizz. Nak terangkan pun serba salah. Cuba je la tengok link ni, malu nak terangkan. Kihkih!

Dah tengok? Uiks! Jangan salah sangka. Aku sendiri tak baca habis sebab kemaluan malu tengok gambarajah dia yang terperinci sangat. Aku bedah hamster & katak waktu Biologi dulu pun tak detail macam tu gambarnya. E-book tu mungkin akan dicari balik sebelum nak kahwin nanti. Sekarang simpan dulu. Hihi :P

Jangan berkira sangat dalam berbelanja

Haa, kepada yang perempuan tu jangan la selalu sangat mengharap bf belanja. Apa salahnya sekali sekala bayarkan makan untuk bf korang sekali. Mesti dorang tersengih macam kerang busuk. Tapi kalau korang belikan bf korang perfume daripada MyPerfume2U dorang akan tersengih macam kerang wangi la. Hikhik!

Bersyukur dengan kelebihan & kekurangan pasangan

Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang di tangan sendiri sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya, jadi bersyukur la dengan pasangan masing-masing. Jangan la selalu sangat mengumpat atau mengadu tentang perihal pasangan dengan kawan-kawan. Daripada korang berketupat tentang pasangan korang, lebih baik pergi ke blog Hafreze.com untuk lihat gosip terbaru artis. Terima pasangan korang seadanya dan bawa berbincang kalau ada yang tak kena. Hehehe

Barang yang lama jangan dikenang

Awal perhubungan aku & Encik F agak teruji sedikit gara-gara sikap bekas kekasih beliau. Suka kacau dan sebar cerita xbetul pasal kami. Aku diam je dan kitaorang banyak berbincang, sebab semua yang dia sebarkan tu memang xbetul. Kitaorang sama-sama berjanji untuk lupakan ex kitaorang dan bina hubungan yang best! Jadinya, start a new life & jangan ungkit pasal kenangan lama untuk saling menjaga hati

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita

Ohh sebelum terlupa, ini ada aku tepekkan sekali gambar aku dan Encik F. Mula-mula segan nak letak tapi aku tengok orang lain yang join contest ni semua letak gambar dengan bf/gf masing-masing. Alang-alang letak tu, biar la letak gambar yang paling kontroversi sekali dekat Friendster. Terimalah! Hahaha :P

Akhir kata, hargailah dan sayangilah pasangan korang sepertimana korang menyayangi diri sendiri. Selamat berhujung minggu. Sekadar memetik kata-kata Zainab Ariffin, jangan biarkan diri anda diselubungi kebusukan. Jadi, gunakanlah perfume original yang boleh didapati di MyPerfume2U. Sekian, terima kasih :)

07
Feb 2009
POSTED BY chokilala
DISCUSSION 29 Comments

29 Responses to : Cara menghargai yang tersayang

  1. awat beria benar ko promote perfume2u tu chokchok?

  2. Fizz says:

    :lala: waaahh.. saingan ni.. ekekeke.. entry u ni agak ‘menarik’ skit.. hik hik hik.. :err: I pun nak ‘menarik’ skit tips² yg u bagi.. ahahahahakkszzz :haha:

  3. u all jan la terayat dgn ayat2 cik choki ni. i tak pernahpun terima perfume dr die. i terpaksa bli perfume sendiri walaupun dah 8bulan we all skandal.
    wakakaa.

    cik choki, i hrp u menang. sbb u sgt-sgt-sgt-sgt nak menang.
    i sokong u zahir dan batin..
    wakakaa…

  4. hafreze says:

    another great entry! mcm ini lah baru layak nak menang perfume harga 200!

  5. Callister says:

    Pertandingan kah ini…semoga menang cik choki..

  6. comel nye en. f ko
    hahah
    tp ko xkalah la[ayat kipas]

  7. miZ_eChaa says:

    ehehee.. nyah komen eyh~ :love:

    wlpon ayt u xde le rmnatik nau, agk sengal ayam
    kire romantik gak la entry neh. hihi

    klu da monang, da wngi2 tuh
    *diharap u geti la MAI AWAL ke kolas eh.*

    @miZ_eChaa : nenek i pesan, jangan datang kelas awal sangat. nanti muka kurang comel. mcm u. haha

  8. nak buat sales rupanya… hahaha

  9. mYshah says:

    wah, menarik! xpernah bli lagi perfume mahal2… haha ye la xder awek, ahhaha

    nwa briya tol ko promote perfume tu, smoga berjaya menang perfume tuh.
    ^^

  10. syada says:

    sis,nk tnye sket leh..em,cmne sis letak lagu/mp3 yg style cmtuh kt post nih ek?dh lme cr,tp xjmpe n xjumpe..tunjuk ajarku sifu..huhu :wow:

  11. datin sri says:

    oit..hihi..mcm nak pomot brg je..hihi…tp sonok gak..sape dato yg kaya nk bnje aku..

  12. Rjuna says:

    hai sampai 2 cara hadiahkan e-book, selamat berjaya

  13. encikizzat says:

    kalau menang contest tu..share skit perfume dgn aku..takkan ko je yg malas mandi..huhu :wink:

  14. ececeh.. siap letak gambo kontroversi kat fs tu. hahah!

    wey.. semoga menang. wangi ckit fashar busyuk ko tu! :happy:

  15. Ynn says:

    amboi u ni nyahh, malu la x kn nk bg ebook permata yg hilang ngee :P

    tp i ade cume x bc2 lg lh. malu i nyahh kahkahkah

  16. mesmerising1 says:

    huaha..mmeletop bom bom ayat..
    nak menang perfume ka?
    permata yang hilang! huaha..
    aku rase aku kecik agi kot.. huu
    aceceh.. :happy:

  17. iesha says:

    wah , cun melecun betol pic tu . :lala:

  18. iZZi® says:

    Apatah lagi menghadiahkan minyak lintah kepada bf, eh sungguh kurang sopan pemikiran kamu. Kehkeh!
    _________________________________________________________________

    sungguh kurang sopan cik choki nie..hahahahaha..tulis la Sure Up Cream atau sensoil oil

  19. iZZi® says:

    entry nie amat berguna gfak la..bg modal idea yg bernas..perfume.. n ebook cukup menghayat hati..

  20. huhuhu..gambo kontoversi neh….wakakaka….kantoi suda

  21. yasha says:

    hamboi~ sonot nya…. moge2 hepi salu.. lol :zzz:

  22. meo says:

    wah, sebuah posting yang berani dr seorg gadis

  23. azam says:

    adakah ini maksud lain untuk menyatakan kamuu sudah berpunya?hehe :lala:

  24. zool says:

    nak tulis apa ek?? Cerita pasal cintan cintun ni agak fail..

  25. Kujie says:

    spam blog ni ajar kak jie matematik la pagi ni…

    1 + 3, kak jie p tulis 5

    hahahaha….

    erk…off topik sbb tak pandai nk komen entri cintan tu

  26. buya says:

    ko ni da jadi pengedar perfume plak ke?

  27. stephentan82 says:

    Nice post. Thanks for the sharing and dropping by in my blog. :D

  28. marzuki says:

    macam gigi dibelah dua, ahahaa

  29. sickchild72 says:

    cop! aku nak f. nak nak nak nak. takire.

    @sickchild72 : amoi aa. lu suda lama idup ka? haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="">