Blog yang kurang digemari Chokilala
Blog yang disable right-click
Aku paling kureng blog yang macam ni sebab aku rasa benda ni lebih banyak menyusahkan user daripada mendatangkan kebaikan. Mungkin tujuan owner blog tu disable right-click ialah untuk protect content dalam blog dia
Tapi pada pandangan aku plak, kalau setakat blog yang lebih kepada diari atau cerita tentang life owner blog tu, x perlu la sampai nak disable right click. Mungkin kalau grafik dalam blog tu dihasilkan sendiri atau blog tu mengandungi artikel yang SANGAT menarik yang dihasilkan sendiri oleh owner blog, mungkin praktikal bagi dia untuk disable right click
Benda ni kadang2 menyusahkan bila kita xleh right click untuk open link in new window. Sebagai alternatif, macam yang pernah aku ajar dulu, click link gunakan scroller mouse untuk open link in new tab. Selain tu, boleh disable Java di browser. Untuk pengguna Firefox, click Tools >> Options >> uncheck “Enable Java”. Pastikan lepas copy apa yang patut, check balik Enable Java tu
Blog yang pasang lagu (tapi menyusahkan)
Haa ni lagi satu masalah. Kalau lagu tu sedap didengar, xpe lagi. Tapi aku bukan nak cakap pasal pilihan lagu pun. Even kalau blog tu pasang lagu M Daud Kilau pun aku layan je. Kehkeh! Ada 2 jenis blog pasang lagu yang aku kurang gemar iaitu :
- Player tu terletak jauuuuhhh nun di bawah blog ataupun di tempat tersorok
- Guna player yang ada image je, xde butang Pause
Kadang2 kita tgh dengar lagu dalam comp kita sendiri kan, so bila buka blog tu kan da bertindih2 jadik lagunya. Xpun kita bukak banyak blog, n blog yang lain tu pun ada pasang lagu gak. Sebagai cadangan, cuba la letak music player tu tempat yang senang dilihat. Yang bila orang masuk2 je blog, terus nampak supaya dorang xla rasa mcm terpaksa dengar lagu tu. N xlupa, jangan la pakai music player yang image je, xde butang untuk pause play sume tu. Huhu
Blog yang hadkan identiti di ruangan Komen (Blogger)
Sejak aku bertukar ke WordPress ni, aku jadi macam malas nak komen di blog yang menggunakan Blogspot. Niat nak komen tu ada, tapi terbantut bila tengok xde identiti untuk Name & URL. Agak susah la untuk blogger yang x menggunakan Blogspot untuk komen. Even lately pun masa still on Blogger, aku komen guna Name & URL (berlatih untuk WordPress agaknya hihi)
Untuk info lebih lanjut, korang boleh refer post ni :
SembangKomputer.com : Mengapa Saya Benci Nak Komen di Blogspot
Dan kalau komen guna identiti Blogger, dia akan terus bawa kita ke profile. Mesti susah kan kalau orang tu ada banyak blog, so xtau nak click blog dia yang mana satu. Aku cadangkan korang specify cuma satu je primary blog yang akan keluar di profile
- Pergi ke Dashboard >> Edit Profile
- Kemudian under Privacy : Show my blogs, click Select blogs to display
- Check hanya pada blog yang korang nak paparkan dalam Profile sahaja
Blog yang terlalu banyak emoticons dalam entry (Blogger)
Dalam hal ni, mungkin aku patut dipersalahkan secara tak langsung sebab aku pun ada banyak bikin script. Haha. Tapi aku rasa emoticons patut diguna secara tersusun dan kemas baru la entry jadi menarik. Selain tu, kalau boleh elakkan pakai yang x bersesuaian dengan color background. Kalau nak senang, pakai warna putih sebagai background ruangan entry. Benda ni kalau kemas cantik, kalau banyak sangat dan x tersusun jadi semak. Huhuhu
Blog yang ada ayat pengenalan macam nak gaduh!
Sebenarnya aku kurang gemar dengan ayat macam “If you don’t like my blog, get out!” atau “Click here to exit”. Patutnya kita lagi suka blog kita ramai visitors n mengalu2kan kedatangan dorang. Xtau la, mungkin aku je yang skeptikal tapi kadang2 rasa macam owner blog xsuka pulak kita datang blog dia bila baca ayat macam tu
Hurm.. panjang betul sesi umpatan aku kali ni. Ni cuma pandangan peribadi aku je. Tapi kalau korang rasa apa yang aku tulis ni ada kebenarannya, cuba la ubah untuk attract lagi ramai visitors ke blog korang. Hehe
Korang pula macam mana? Blog yang macam mana korang xberapa nak gemar? :)
P/S : aku rasa entry ni macam sama nama dgn entry topo sebelum ni. maapkan aku la ye topo kalau sama. da picit publish, baru teringat



men pasang lgu kat blog mengacau IDM tin tol…
tin kosong´s last blog post..lawak curang
xyah le nak disable right click.. kalo nak curi content.. mcm2 cara bleh gune..
nak psg lagu kat blog bleh jer.. disable autoplay.. tp blog daku pelik skit.. ade org komplen kate radio tuh autoplay walaupon daku dah disable autoplay.. nasib le camtu.. tu sebab radio tu berada diatas.. senang skit org nak pause..
gune emoticon byk sgt utk entry mmg nampak serabut.. skang daku maleh nak gune emoticon kat entry.. kalo gune pon yg simple jer.. cam font emoticon.. lg pon daku rase budak2 lbh seswai kot gune emoticon utk entry..
kalo ade ayat cam nak cari gaduh tu mmg nampak x besh ler.. tambahan plak nengok budak2 yg gune ayat camtu.. sgt tidak seswai..
komen daku ni hanya pandangan peribadi jer.. jgn sesape terase plak.. hehe..
ezany´s last blog post..Color Detector
huh … blogspot x best? entahlah .. so far ok jer ….
anyway anyhow…appreciate ur thoughts ..
Ir.hydir´s last blog post..EPL 08/09: Middlesbrough vs Chelsea Video Highlights
cam ne nak transfer ke wordpress?

x paham la… bz sebenanyer,,.. huhu
mesmerising1´s last blog post..tak tahan dengan roommate? nak wat camner?
blog yang ada lagu memang aku singgah sekejap jer.hu~
diloz´s last blog post.."Minggu depan cuti,tapi kena ganti balik"
malas nak komen kat blog blogger yg masih belum guna inline commenting….
memang tak suke dengan blog yang pasang lagu, blogger yang post sampai berpuluh2, paling feeling xleh right click.. aku ni pakai tenet tiap masa.. 3/4 dari hidup aku depan pc.. so kadang tengah malam.. time surfing dia letak button radio yang speakernya kuat bangat… alamak mampos nak cari kat radio dia.. dan kalau aku dah gelabah aku click x pangkah tros..
semua2 tu beratkan blog dia lantakla.. tapi beratkan pc kita nak load jer.. cara terbaik pangkah jerlah..
wah…mmg berterus terang..bagus2..xde selindung2..respect
emm, betul 2.. blog2 yang mcm 2 buat loading lambat..kikiki.. cakap blog orang, tp blog aku sendiri mcm hampeh..
bagus2… info yg bagus..
Aku pun stuju.
Website x perlu lagu2 la. Lagu mp3 dh byk.
dulu letak radio kat blog aku..pastu naik menyampah lak sebab lembap nak load..selalunya memang speaker aku pun off…
nak komen kat blogger mmg payah..ish…
Hye cik chokilala…
tolong kritik blog sy…
http://amiera-natasha.blogspot.com
sy masih xtau care nak pasang favicon…
WP kenakan byran x kalo gne???
@Natasha : eii.. taknak la kritik2.. hehe
betul2..aku setuju semua point tu.haha
betul2…saket telinga bila dgr music, dah la takbleh stop…nice blog…see you more soon
x suke xsuke xsuke! hehe aku setuju ngan Cik Choki yg sedap ni. apa2 pun aku pun nak macam CIK CHOKI gak sentiasa ada entry yg meletup
Chokilala… Blog saya boleh la anda berikan komen yer sebab boleh letak Name dan URL… Artikel ini bagus untuk diplagiat oleh saya… hahaha…
salamun alaik
tumpang komen =)
saya tak kesah orang tak suka blog saya
saya tak kesah orang tak nak baca, komen blog saya
saya pun tak halang orang nak suka dan baca blog saya
dan saya tak kesah kalau blogger2 agung seperti cik tak suka blog seperti saya
sebab blog saya adalah medium katarsis saya
asalkan saya dapat bebas menulis
bebas merapungkan tulisan saya
dan berkatarsis dalam lingkup,
ruang saya sendiri
setiap orang itu berbeza
jiwanya, caranya
“dan saya suka dengan cara saya”
=D
yang pasal lagu tu, memang setuju! Semak otak gile! Lepas tu, bersepah2 lagu..Memang terus tak tengok, terus tutup je blognye..Hahaha
Yang pasal right click tu, rasanya dah ketinggalan zaman kot!
@myfr3ak : tapi kalau blog dia post sajak ke lirik original ke, kena jaga kot. tp kalau xnak org curi, xyah la post kan? hoho
memang tak suke kalau blog tu disable right click…
bukan *depa* sorang je yg tau bende tuh…org len pun tau la nak buat camne…
hahaha…panjang lebar sungguh…memang arr aku pun kadang2 x berapa gemar gak dengan bloggers yang suka letak decoration yang sgt berbunga2 kat blog diaorg..baik2 nak jadi canti terus jadi sakit mata n semak mata memandang..
lagi satu aku paling x suka bila bloggers tuh rasa dia sorang yang sangat hebat mengalahkan power rangers..cam dia sorang la serba tahu n serba hebat n suka kondem2 orang lain.dia punya ayat jatuhkan orang lain habis-habisan.
Hiss..x baik ko chokilala aku bukan main lagi edit ruang komen bg cantik2 tp ko x nk bg komen..kesian kat abg blogspot hahaha.
salam kenal dari aku, baloot
betul tu, yg paling annoying, blog yg pasang lagu secara automatic, tapi takde button pause.. memang hampeh betul… hahaha
memang laju je tangan aku akan tekan CTRL+W… :p
p/s: nak cket choki-choki leh tak? hihi
hehehe…betul..betul..
sebaik blog chokilala nie senang nak komen..
nanti rajin2 leh la dtg komen kat blog akk yek..
hehehehe………..
kadang2 disable right click pn ok gak cik choki…
nnt ader yg amik gamba utk tujuan yg xelok…
nway,En.Hanafi yg Damn tu aper cer?
profile dier boleh x i nk tgk….
jgn reply kat cni k…
takut i x prasan…
blogku termasuk dlm kategori ni tp daku xkisah…hehehe….
yg penting, daku bahagia…
SAYA SOKONG KAK CHOKI!!!!
wah2…bnyak peringatan dlm post ni, lagi2 utk newbies mcm sy :)
salam. jeles tgk wordpress chokilala nih. cute sangat. wordpress ada tapi ta reti nak design. pastu hari tu ada beli domain sendiri tapi ta reti na pasang. huh. gilerh. haha.
tunujuk ajar bolei? nk bertukar ke wordpress jugak tapi ta pandai. buta. :D
pisyek stuju ngn point 2 dan 3…
mungkin byk lg sbnrnye point yg bley d tambah… ngeh3…
tambah lagi :
kurang suka blog yang x kemas..x jadi nak komen.
Kesimpulan : Paling ramai tak suka kalau blog tu pasang lagu autoplay.