Blog Kembali Senyum

smile

Wah wah. Title memang xagak langsung. Macam tajuk lagu Izwan Pilus pula, abang kepada Aril AF7 tu. Oh! Katakan tidak pada makhluk poyo tersebut. Chokilala sangat membenci Aril dan ia fakta bukan auta. Huhuhu. Tetapi sememangnya blog Chokilala ini sudah kembali senyum selepas apa yang berlaku kira-kira 2 ke 3 minggu lepas. Pengalaman blog jadi hancur tersebut memang mengundang tekanan yang melampau dalam diri aku tapi lama-lama kehidupan tanpa blog jadi semacam seronok pula sebab tiada tekanan. Hohoho

Perkara-perkara tak best sepanjang blog down

Pertama sekali, ia berlaku ketika aku sedang dapat kempen Gempak Selebriti Astro daripada Nuffnang. Walaupun kempen tu agak annoying dengan suara Mila & Stacy yang tak habis-habis dengan “Wazzup wazzup” & “Alamak, terlebih sudah!” tapi aku bersyukur sebab dapat juga duit sikit daripada dapat habuk. Lol

Keduanya, sikap penyedia hosting (ok, cakap sekali je, it’s MyOnlineHoster) untuk blog Chokilala sebelum ini yang sukar untuk dihubungi. Kalau bukan kerana kawan, dah lama dapat hadiah makian daripada aku. Itupun aku rasa aku dah terlepas satu SMS yang agak kurang ajar. Hurm, kepada yang berkenaan, minta maaf ye? Tips berhubung dengan penyedia hosting ketika blog down, ayat diplomasi dan bersopan-santun lebih membuatkan mereka memberi respon kepada anda

Perkara-perkara best pula sepanjang blog down

Lebih banyak masa dapat dihabiskan dengan melawat blog orang lain secara berleluasa, bermain Twitter dan juga mengisi masa lapang dengan membina blog pondok-pondok demi untuk mengurangkan rasa bengang xleh update sebab blog down. Tetapi daripada bina blog main-main, jadi seronok pula dengan trafik yang boleh tahan untuk blog tu. Hohoho

Selain tu ialah menghadiri majlis perkahwinan sepupu sendiri dan dihujani dengan pertanyaan “Haa, awak tu bila lagi?”. Tidak dilupakan peristiwa silap orang ketika menghantar kad jemputan dengan dialog seperti “Oh, ni la pengantinnya ye?”. Bukan sekali tau. Tapi 3 orang makcik cakap aku yang nak kahwin. Isk isk. Makcik makcik semua, i muda lagi tau -_-”

Malaysia Web Hosting

Dan secara rasminya, ingin aku katakan di sini bahawa blog ini sudah kembali pulih seperti sediakala secara 100%. Memang aku saja biarkan lama tak update sebab aku nak selesaikan dulu kerja-kerja pemindahan hosting. Sekarang ni, blog Chokilala memilih Serverfreak sebagai penyedia hosting. Walaupun mahal sedikit, tapi aku sangat berpuas hati dengan servis yang diberi

Semata-mata nak test customer support Serverfreak, aku berbalas email dengan mereka lebih kurang 50 email. Respons cepat dan terbaekkk!

Untuk pengetahuan korang, nawaitu aku sering terarah kepada “nak update sikit je la, ayat pendek2 je” tapi selalunya akan terpesong bila aku scroll ke atas seraya berkata “mak aii! dah macam karangan!”. Ok. Better aku stop sekarang. Bye

Leave a comment

27 Comments

  1. welcome backkkk :)
    yes yes , serverfreak memang terbaik kan ?
    i pakai netKL :D pun reply email cepatttt sangat
    even pukul 3-4 pagi pun dia replyyy hahahaha .

  2. aku nk tau gak tips berhubung dengan penyedia hosting ketika blog down.. macam mana tu ayat berdiplomasi dan romantik?
    haha…
    gud to have u back..

    @Azah : format sms aku–”salam. bla bla bla cite apa masalah n request secara baik. thanks” :P

  3. yeay! ade update!

    weh aku nak jadi macam makcik2 tu jugak ar…

    “cik choki bila lagi nak naik pelamin?”

    hehehe…

    aku musykil gak nape org asyik ingt ko nak kawen… ko ni mesti pergi kenduri kahwin bergaya beria2 mcm pengantin eh???

    hahaha :lol:

  4. aku nk pindah gak tp nk pindah domain kena ada auth code. mana nk dapat. myOFFlinehoster langsung senyap menyepi.

    ada sebarang cadangan? pe kata ko buat post pasal cara cmna nk pindah.. huhu

  5. tahniah la sbb blog da kembali lagi.. haha
    *lawat blog aku, korang akan tau apa yg ada disana. :lala:

  6. hmm. ade jugak niat nak pindah hosting.. tp, xde duit. hmm. tgk la nnt. :)

  7. slamat kembali..hehe :haha:

  8. Yeah kita dah jadi sedara-mara blog sebab pakai hosting yg sama.. Serverfreak, blog ko pon loading dah laju tak macam dulu

    bayar lebih sikit asal servis support terbaik, ada masalah leh Ym jer fuh best, Tq Mr.Sam (mempuji tokey hosting haha)

  9. kembali senyum dah blog ni

    hoyeh hoyeh

  10. :what: Mokkk Oii!!
    :cry: mane bilik u ni? penat je I siapkan tau.. hehehehe..

  11. hoho :happy:

    slmt kembali….

  12. selamat kembali aku sentiasa menanti post terbaru huhu

  13. chokilala juga sempat mengajar orang yg buta IT cara2 utk membeli domain dan proses-prosesnya :) thanks a million!

  14. wah..ada pulakblog pondok-pondok ek? blog pondok2 tu platform aper? blogspot ker?hehe..ataupun wordpress.com…

    tapi sekarang bestlah main blog..blog kian interaktif..dulu blogspot macam mati segan..hidup x mahu..tapi kini blogspot dah maju nak kalahkan wordpress self hosting pulak..huhu

  15. dgn kembalinya senyum blog ko nyah.. ape kata wat pertandingan? hagagaga~ :eyes:

  16. senyum sokmo.. :hihi:

    p/s: gaya faizal AF4.. :err:

  17. Chokilala.com is powered by ;
    WordPress | Dinothemes | MyOnlineHoster ??
    Update laa hoster Kak Izah tu =p

  18. aril af7 memang poyo pun….
    sokong 100%!

  19. ko ckp ko lompat2 belog. tp nape xlawat belog akoo. ohh. belog akoo pon same platform ngan ko. hehe. tp akoo xmaki orang. akoo redha seadaanya. hehe. sponsor boley?

  20. aku xphm pasal twitter

    aku xmnat aril
    tp aku ske suare die

    ak rela dgr suare
    woooo

    aku ske
    aku ske

  21. yeay yeay..
    slmt kembali berblogging… :D

  22. uh.. ampun bukk… airmata ku udah tak tartahan lagi dengan ‘datang belakang’ kamu… tskkk T____T

  23. Muka ada senyum.. ingatkan aku sorang je masalah hosting..

  24. Sebelum ni sgt susah nak masuk blog choki.

    Serverfreak mmg best! Lisa pun pakai hosting ni. :happy:

  25. so far budak2 yg pakai sebefrik sume laju2 load.

  26. ko ni mmg rajin ek mengupdate blog..bgus2 truskn usaha coki2 hehe..

    p/s: asal byk sgt coki2 dlm komen ni…ramainya yg jd choki2 ni..nak sikit lek x..?