Apa Fahrin Ahmad Ajar Aku Tentang Blogging?

Balik-balik cerita Fahrin Ahmad kan? Mesti pembaca lelaki dah bosan. Nasib la, siapa suruh Fahrin Ahmad tu kacak sangat. Eh eh, macam takde kaitan je kan alasan tu? -___-” Post kali ni terinspirasi daripada blog Aenaz tentang Bagaimana Lady Gaga Ajar Aku Blogging? Secara peribadi, aku suka post tu. Hehehe

Oleh itu, aku curi sikit idea dia dan olah kepada versi aku pula. Hohoho. Jangan marah Aenaz. Jadi, apa yang aku belajar tentang blogging daripada Fahrin Ahmad?

Pertama, kalau orang kutuk kita jangan lawan sangat. Biar je. Diam bukan bermakna salah. Sama macam kes FA, beliau diam bukan bermakna beliau salah tapi beliau tak mengaibkan orang lain. Dalam kes blogger, diam adalah lebih baik daripada come up dengan post yang tak sepatutnya. Jangan malukan blogger lain

Kedua, diam bukan bermakna memang diam. Kumpul bukti, kumpul screenshot apa yang patut. Hahaha. Kenapa post ni dah jadi lebih kepada post cara bergaduh? LOL. Berbalik kepada tadi, kumpul maklumat & bukti apa yang patut tentang apa yang orang kutuk tentang kita, in case kalau kita TERPAKSA buat post demi menjaga maruah. Dalam blog ni, ada satu post menjaga maruah. Kalau tere, cari la. LOL

Tapi sebenarnya mengenai post tu, kalau ia berlaku sekarang mungkin aku xbuat. Guess what? I was a newbie too :)

Ketiga, jangan keluar post yang kutuk kawan sendiri. Sakit hati macam mana sekalipun, kalau boleh slow talk la. Yang ni bukan Fahrin ajar, aku tambah sendiri. Hahaha. Bagi aku, post tentang ketidakpuasan hati terhadap rakan blogger patut dielakkan. Kalau rakan blogger tu kawan yang rapat, lagi la patut elak. Malu orang tengok. Huhuhu

Cukup la tiga je pengajaran yang dapat aku ambil daripada pengalaman boyfriend kedua aku ni. Aku sebenarnya lebih teruja nak berkongsi gambar-gambar di bawah sebenarnya. Hikhik!

Aku : Fahrin, tulis la ucapan sikit. Hehehe
Fahrin : Erm. Nak tulis apa eh?
Aku : Tulis la “Salam sayang, Fahrin” takpun “I love you”

**Dialog baris ketiga hanya diucapkan dalam hati je

Lalu, Fahrin pun tulis “All the best”
Aku? Mesti la hati pecah. Umum sangat all the best! -___-

Akhir sekali sebelum kita bersurai, mari meneka kereta Fahrin Ahmad! Aku rasa la, rasa je la eh, beliau pakai Toyota Camry warna hitam. Plet Johor, sebab dia ni kan orang JB. Hehe. Kenapa aku fikir macam tu? Sebab masa sesi bertemu peminat dekat Mydin, kereta Camry tu parking dekat tempat khas, tinted gelap. Logik kan? Hohoho

Akhir lagi sekali, FA memang hensem secara live dan memang xsombong dengan peminat! Suka dengan budak kecik, dengan makcik-makcik pun dia hormat salam cium tangan apa semua. Hehe. Kalau xpercaya, boleh tanya Cik Ara & Cik Ja yang turut sama berada di tempat kejadian. Hahaha

11
Feb 2010
POSTED BY chokilala
POSTED IN Peribadi
DISCUSSION 38 Comments

38 Responses to : Apa Fahrin Ahmad Ajar Aku Tentang Blogging?

  1. yash says:

    uwaaaaaaaa! jeles dapat jupe bunk rinrin!! :cry:

  2. khairil says:

    bila dah cuci gambar tu nampak elok la pulak..
    masa upload dalam fb nampak blur, mesti photoshop dulu sebelum nak gi cuci :what:

    • chokilala says:

      bukan. yang blurr tu gambar encik f si kaki cemburu dengan fahrin tu yang amek guna hp dia!
      yang dekat blog ni, gambar polaroid. gambar mcm video klip outkast, shake it like a polaroid picture~

      kena beli produk garnier untuk amek gambar dengan fahrin. aku belikan garnier men tu untuk encik f. kira sweet gak la kan? wakaka. encik f marah dowh :P

  3. topo says:

    sesungguhnya post ini sangat menang pada tajuknya… hahaha :what: seb baik la aku xde idola lagi sekarang ni.. kalau tak dah lama aku panaskan macam post heliza aku dulu.. hohoho

  4. chokilala says:

    topo,
    boleh x komen yang x berunsurkan SEO? apa itu SEO? perkataan tu pun aku xtau apa wei :P saya ikhlas berblogging, tiada niat serong di sebalik post ini. trafik blog ini pun sehari uniques 30 je. lalalala :P:P:P

  5. Rjuna says:

    chokilala.com tu FA yg tulis atau ko tulis sendiri—ayat jeles n dengki

    Oh aku pernah buat post pasal kutuk orang ni, tapi pastu aku delete balik bila pikiran dah waras

    polaroid tu kasi zoom la sikit cuci saiz besar ker hehe aku ambik ayat dlm gambar FA “dont trust a woman” kih kih

  6. Darkbatman says:

    betul uh.. klau bleh jgn cri musuh xkire dimane saje kira berada. ur en3 was so inspirational.. tq 4 sharing..

  7. Azah says:

    Oh..laki I mmg la baik, peramah, dan mesra peminat. I tau u pergi, so I surih die layan u bek2.. Hoho..

  8. Piston Pecah says:

    akhirnya jumpa fahrin jugak ek…aku pon tak suka gak post kutuk-kutuk orang..nak kasi naik blog pon guna cara lain dari sumpah seranah dalam post entry…kan dapat dosa kering buat mende tuh….

  9. Akuro San says:

    Fahrin Ahmad ada blog tak? tiba-tiba~ :err:

  10. Aida Zahrol says:

    adekah post tak puas hati u tu pasal pengumpul doll kecik2 tu dulu? yg org kuantan kot. sape? kak jue. hahahahahahha. adekah adekah? :P

  11. syada says:

    tidakkkkkkkkkkk….!!!!!! :cry:

  12. Fatehah A. says:

    woooo dpt jumpe abg fahrin!!!!!!!!! dengkinye… besau x abg fahrin tu mase ko jumpe die?

  13. azalea says:

    huhu.. minat bebenor kamu kat Fahrin Ahmad.. :wink:

    jgn tersasul panggil encik f Fahrin suda.. heheh

  14. Maya says:

    emmm…ni trend motivate diri sendiri ker ni?
    sort of lah kan. tapi saya suka cara chokilala.

  15. Nine says:

    sempoi janggut fahrin tu kan..mesti trim kat saloon… auwww hehe..:wow:

    yup setuju, tak suka post kutuk2 blogger kalo tak puas hati..cam budak2 jer… :happy:

  16. Jimmy says:

    Fahrin.. boleh laa… Aaron Aziz lg sempoi kot..

  17. apekah?!…… takpelaa aku pun penah gila2 kat artis pompuan cenggini dulu2.. hoho..

  18. farah says:

    saya pom minat FA ni..but lagi mnat Rain b kot..hehehe

  19. mohdisa says:

    peminat FA rupanya. hehe, diam2 berisi ni. cam nak bidas org jerk entri ni. agak2 sapalah kutuk chokilala ni yerk. hehe

  20. encik luth says:

    patutla faizah gila sangat si FA.. sebok tweet pasal FA nih.. hohoho ada sebab rupanya!

  21. F I T says:

    hahaha tak tahan dialog tu..ada hati nak tulis I love U.. meh AF nak autograf lak :P

  22. zuhaini says:

    wah.. Fahrin tu! :) sangat hensem la! :)

    yup. sangat setuju dengan tips2 yg diberikan… :D

  23. syin says:

    hahaha…..fahrin ahmad oh fahrin ahmad………rami sungguh yg teruja dengan kamu……..mana kurangnya dgn diriku ini………..hahaha…

  24. Adry Sabry says:

    Salam…
    patutla…. minatnyer awak ngan FA ni ek…

  25. naz says:

    ko mmg kipas susah mati FA. domain fahrin ahmad dot com still available, ape kate ko handle. hohoho :P

  26. titan says:

    hehe. biasalah. pempuan. fahrin aje..

  27. x-po says:

    ala, aku pun leh wat cme FA tu gak..eekekeh

  28. joegrimjow says:

    hehe
    suke sangat kat fahrin ni
    ishh
    xpaham hensem tang mana die tu <– nada jeles

    ngah mencari tutorial untuk pasang

    'related post' kat bawah tu. ada ke ek?

  29. h3r0 says:

    Dahsyat tul aku pun nk wat camni la…

    Aku sangka, aku lebih boroi dr fahrin..
    sebab fahrin xboroi.. he he he..

  30. Pingback: Apa U-Know Yunho ajar aku tentang blog | To bE HuRuL_AiNi

  31. Pingback: menteil.net

  32. Pingback: Apa yang Memey Suhaiza Ajar Aku Tentang Blogging... | topotato.com

  33. aizuddin says:

    aku pernah amik gambar dgn dy..time tu abg aku kawin..hehe

  34. cik epal says:

    nice post.

    *teringat zaman dahulu kala. hahaha.

    kirim salam kat Fahrin Ahmad :D

  35. Pingback: Bagaimana cristiano ronaldo ajar aku blogging

  36. Mr President says:

    yap..u right!
    FA mmg pkai Toyota Camry 2.0.cntik kete dia,tinted gelap plate J**.
    Sport rim pun hitam gak,smart laa..executive style,kena la ngan gaya dia.
    aku tau sgt ni sbb umah mak dia dkat je ngan umah aku..huahua
    tp cm haremm nk tngok dia berkeliaran kt tmn tu.
    time ry laa bru sempat nk tngok jp pn,bese la org bz..
    ngah malatop kn..

  37. Pingback: Aku lelaki tak tahu berfesyen! | Luth Textile [dot] com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="">