WTH is Poken?
Harini aku nak bercerita pasal Poken. Korang tahu tak apa itu Poken? Abang Po ada buat satu post tentang Mengenali Poken Bersama Topo. Dalam post tu, beliau bagi penerangan secara bergambar. Well, aku tak berminat la nak terangkan secara mendalam tentang Poken seperti cara nak tengok balik contacts details tentang kawan-kawan kita ke apa ke, sebab aku sendiri belum beli lagi menatang ni :P Cuma aku nak sentuh secara surface je tentang apa itu Poken

Basically, Poken ni boleh dikatakan seperti online business card. Dengan kebanjiran pengguna dari Malaysia di Facebook sejak kebelakangan ini, aku rasa baru sekarang adalah masa yang agak relevan untuk bercerita tentang Poken, walhal aku dah lama nak buat post tentang topik ni, cumanya takut tak banyak pengguna social media sangat je di Malaysia ni. Hurm
Bayangkan ye, sekarang ni majoriti rakyat Malaysia banyak yang dah ada akaun Facebook sendiri ataupun Twitter dll. Artis Malaysia pun ramai yang dah ada Twitter. Tinggalkan kaedah pen & kertas tapi cuba tengok kepada teknologi Poken ni. Korang cuma perlu simpan details tentang korang dalam Poken, then bila jumpa kawan baru, korang cuma kena ‘High-4′ je dengan Poken orang tu. Kemudian, contact details korang seperti profil Facebook, akaun Twitter dll akan di-exchange selepas itu ke dalam Poken masing-masing. Mudah kan?
Kalau nak lebih faham, boleh tengok video yang disediakan di bawah ni..
Bila dah ‘High 4′ tu, balik rumah cuma cucuk je menatang Poken ni dekat port USB komputer korang, kemudian dah boleh tengok maklumat tentang orang yang korang baru kenal tadi. Neat kan gadget ni? Tapi benda ni masih tak meluas lagi penggunaan di Malaysia. Kalau tak silap aku, Tekong & IcedNyior adalah antara yang terawal juga la memiliki Poken di Malaysia
Jadi, macam mana? Berminat tak? Kalau berminat, sama-sama la kita start merevolusikan penggunaan Poken ni secara meluas di Malaysia. Seriously, aku nak beli tapi rasa macam tak best je sebab takde orang pakai sangat. Huhuhu
P/S : PokenAsia ada menjual Poken di Malaysia
P/S : Psstt.. Kalau beli banyak/bulk order, boleh dapat diskaun
abang po? adeh.. hohoh dah lama dah takde orang bercerita pasal poken ni.. macam dah senyap sikit
jom kak lala beli poken…hehe
lepas ni high 4 je la kan mana2..itu pun kalau org lain ada poken -__-
tak minat, dan tak best,
cadangan= apa kata poken ni di tambah dalam fungsi henpon n leh pakai blutooth, kan lebih best
“eh ko ada poken? on blutooth jap”
aritu project-500 ada kasi free poken, aku amik je la. tapi tak terguna2 lagi haha. bagus untuk curang benda ni hoho
bkn ke poken ni menda lame???akak chokilala dah ade ke menda nih??hehehe..jom poke2..haha.mcm la kite ade.
poken oken!comel gila nama.
laa..ingatkan poken ni sejenis aplikasi cam twitter atau facebook.rupanya ia adalah hardware/gajet.hhmm..nice sharing. 1st time dengor ni.
kalo majoriti org kat malaysia ni ada poken mcm memiliki facebook, aku rasa mmg akan beli satu..
comel giler..
rasa cam nak beli satu jek ;)
poken cambest je. Kena promote bg sume org ade br leh beli kot. hehe
Dari tahun lepas aku nak beli sangat poken ni sebab comel lah.Tapi orang sekeliling takda yang minat poken2 ni la,so kalau beli pun rugi je sebab tak dapat berpoken
Kalau nak beli bulk aku pun nak join *
tak main dah poken. kalo ada iphone atau android, try download free app = Bump
ermm, I tak pasti I tahu ke pasal ni.. anyway thanks for your comment tau
wah berapa ratus harga menatang tu?
la tu je fungsinya. cam xbest jeee.. kecik sng hilang utk saya yg sgt cuai ini