Mari Belajar Paintball bersama Chokilala!
Paintball? Siapa yang xpernah main paintball, sila angkat tangan! Ok, yang angkat tangan ni sila berkumpul di sebelah hujung sana ye? Korang sangat menyedihkan. Paintball dah semakin berkembang dan popular di Malaysia ni pun masih xpernah cuba main paintball?
Hohoho. Jangan risau, jangan khuatir. Apa kata hari ini anda belajar mengenali paintball dalam rancangan “Mari Belajar Paintball bersama Chokilala!”
Peralatan wajib dalam sukan paintball

- Marker
Ingat, namanya marker. Bukan senapang, bukan pistol, bukan machine gun. Dalam sukan paintball, ia dipanggil marker. Jangan menggatal nak panggil dengan nama yang telah disebutkan tadi sebab ia adalah dilarang. Besar kemungkinan adalah bagi mengelakkan orang tersalah anggap bahawa ia senjata api

- Pallet
Ini pula dipanggil pallet. Sekali lagi, mengikut peraturan paintball janganlah ianya dipanggil peluru -_____-” Biasanya pallet akan pecah dan mengeluarkan cecair berwarna sejurus ia mengenai sesuatu objek. Dan mengikut pengalaman aku, kalau main paintball waktu pagi pallet senang pecah. Kalau main waktu tengahari/panas, paintball jadi keras. Tu yang jadi kejadian tembak-tembak xmati

- Face Mask
Seterusnya ialah face mask. Wah, dah macam cikgu-cikgi mengajar dekat sekolah pula. Face mask ialah benda yang SUPER DUPER WAJIB dipakai ketika dalam field, xkira la kalau korang dah kena tembak atau belum. Kesan buruk kalau bukak face mask samada referee akan pukul face mask korang sampai tertutup balik ataupun dia akan lompat dan peluk kepala korang xkira la perempuan ke lelaki. Safety is #1 dalam sukan paintball. Ingat! Bukak face mask = DOSA BESAR!
Tips untuk mengelakkan face mask jadi berkabus dan xnampak sewaktu permainan berlangsung ialah dengan bernafas melalui mulut

- Barrel Plug
Digunakan sebagai penutup barrel (muncung marker) bagi mengelakkan pemain melepaskan tembakan secara tidak sengaja
- CO2 tank
Disimpan dalam bentuk cecair dan berubah menjadi gas CO2 sejurus tembakan dilepaskan. Kegunaanya ialah bagi membolehkan pallet ditembak ke sasaran secara tepat
- Hopper
Tempat simpanan pallet. Berfungsi berdasarkan hukum graviti di mana setiap pallet akan jatuh ke bawah secara satu persatu
Kutip pallet yang xpecah dan masukkan kembali ke dalam hopper juga merupakan satu kesalahan sebab boleh mengakibatkan marker jammed
Aku rasa cukuplah apa yang kita dapat pelajari sedikit sebanyak mengenai paintball. Banyak lagi yang menarik tentang paintball seperti peraturan dalam field, format permainan dll. Kalau entry ni berjaya mendapat sambutan hangat daripada korang, mungkin aku boleh part 2 pula. Mana tahu aku nak cerita tentang evolusi lebam akibat terkena tembakan paintball ke. Hihihi
Kalau korang sukakan entry ni dan berminat supaya Chokilala membuat sambungan kepada entry ini, sudi-sudikanlah diri untuk meninggalkan komen secara berleluasa. Hohoho ^______^


aku pernah main skali je..
x tau ape..
tau tembak je..
haha… tp aku takot..
1st time main la katakan…
aku duk statik tembak yg mana mampu..
x maju ke depan pon..
haha…
tak berani nak main lah =.=
pernah try sekali je itupun kena paksa.
lepastu tak berani sebab takut kang
mati betul – betul . Hehe
huhu x pernah men pon xD
jom la kita lawan tgk sapa terer
Hahaha. Pernah main dulu. Main dekat a’famosa. Ada sekali tu masa main, tertembak sekor siput babi. Terus kojol. Gila kejam. Haha.
Dah lama tak main. Last main 2 tahun dulu. Sekarang ni lagi gian main bowling kat mahkota parade.
Eceh.
ingat nak maen ngan kawan2 dulu..but takde masa…berapa ek bayarannya…tau tak?
aku pun tak pernah main lagi menatang ni. tapi aku mmg berminat dalam extreme sport cam ni.
insyallah nantikan War Game kat tmpat kita..hahaha
nak cube tp mahal la ..
tp kalo chokilala nak belanja,wan oke je…keh3
huhu…saye pun insan yg xpernah main benda alah ni…
syia pernah main ada la 4x tapi x nah ambik tau nama alat2 ni heheh
aku xpenah main paintball la cik choki… xde sape nak bawak men pun. huhu sedih kan…
main paintball memang sungguh agresif….boleh hilang tension biler main paintball….sonok giler…tapi kena ade stamina tinggi baru boleh bergerak aktif…
Nk gak maen. xpenah try skali pon. tQ for the tutorial on how to play paintball. So cmne nk decide menang ke tak??dgr cite kalau pakai vest tu,kna tembak kt badan pon sakit gak.
kalo yang penah main nak kumpel belah mana kak?
*kumpul…typo
shepha : wakaka. kak bulat champion. kumpul atas podium terus je la. haha. biar org kasi head shot seketul. haha
Tempat aku ada tapi tak pernah main lagi sebab takde geng (alasan)
ini kategori sukan mahal beb
100 Pallet berapa entah dia caj, tu belum sewa Marker dgn Mask dan aksesori dia lagi, tapi nak try sekali-sekala apa salahnya
Tak suka perang biasa yg ada belon n rampas bendera tu, suka yang dalam hutan, rampas tempat musuh
mahal tak main bnde alah ni? eerk?
sakit tak kalo kne tembak? :P
Jom lawan. Haha.
Chokilala kene tambah sket : kesan-kesan tembakan.
My brother punye lengan pecah kulit sebab kene direct hit from marker. amek ko, bulat berdarah. haha.
hohoho… men mnde alah ni memang best… lagi2 main kat ladang kepala sawit… hihi… kalau tanak sakit kene tembak, pakai baju ngn seluar labuh2… nanti kene tembak pallet tu susah mau pecah, sebaliknya melantun… ekeke… ;)
tak penah main pown.. tingin gak.. tapi x dok team.. dah x la x dok team.. sume pakat penakot je.. da tuh depa kata mahal.. sosososoob~ sedeyh!
aku xpnah maen la bende nih.maen counter strike slalu la.same kot hahaha.sakit x kene biji tuh ke macam gigit semut je
posting lama aku dulu ada cerita main paintball di bukit cerakah..best giler..main dalam hutan…tapi tercungap-cungap la pakai mask tu…aku tak berapa suka bila keletihan bercampur dengan perasaan takut..body kita akan rasa lain oo..kalau korang main paintball nanti baru tahu perasaan tu huhuhu
rajin gle ko cte izah..
hahahaha
kalu ak, kem salam nk merajinkn diri spt itu…
nape la aku tak penah main? sbb mahal kot.. hahaha… kalo free kan besh…
ooo gitu pe nye, aku x penah main, tp memg nak main, dah byk kali org ajak..tp xde geng x best r..
best ke main ni..mcm seram lak..tembak2..
tp mahal kan game ni,,,xsilap la…
salam, singgah di sini…membaca dan mengomen…
Paintball adlah permainan paling selamat berbanding lain-lain permainan jika mengikut peraturannya. Kepada yang rasa takut nak main, bacalah blog-blog yang menulis tentangnya. Cuma yang tak bestnye, kos untuk main agak mahal.
http://www.my-paintball.blogspot.com
cipan paintball!!!
teringin nak main, tapi tak tahu kat maner? macam main CS nie..syok gak
ko ada missile sendiri ker??
Teringin nak main jugak!!
aku takde member nak ajak.. budak2 opis semua layan boling je.. aku join ko je la
waaa aku kene duk tepi.. sebab tak pernah main :D
tapi paling kurang aku leh jawab soklan anti spam ko. wakakka
best tengok orang main neh.. tapi tu la.. masa dan $$$ membantutkan la.. :)
hurm.. bila la agaknya aku boleh pegang machine gun, eh silap.. marker tu? yer la, slama aku terperap kat sabah ni, tak pernah plak aku dengar ada tempat main paintball wujud kat sini. atau aku je yg masih tinggal bawah tempurung. kui3
Pergh seronok beb main paint ball ni..especially kalau ramai geng lah..
mahal dol nak main game nie… pakai duit banyak, kalu selalu main leh pokai eden…
@adol : kalau nak main, join comp kecil2an. bayarannya murah
bapak rugged ko choki, hehe ajar orang lain bunuh orang.. hihi, aku dah penah main, sakit woo kalau kena tembak.. bleh luka.. hihi,
satu tips maut dari aku, kalo korang nak bagi orang takot, korang tebalikkan marker tue, pastue tembak banyak! Jangan risau peluru tak keluar, hahahaha!!!
@samanosuke_04 : yup. tu antara tips gak in case dah abes pallet. utk buat musuh xkuar drpd bunker, sbb takut dgn bunyi. hoho. tapi kalau player berpengalaman, boleh dengar tu bunyi ada pallet or x. hoho
hmm. kelihatam suruh seronok :)
try le main kt tmpt sye. lyri http://camprpg.blogspot.com
Jemput sertai kami