Kenapa Orang Malaysia Bila Salam Bawa Ke Dada Eh?

Haa korang tahu tak kenapa kebanyakan orang Malaysia yang salam kemudian bawa ke dada eh? Benda ni dah lama aku musykil, sejak daripada aku kecil lagi, sejak zaman sekolah menengah. Sewaktu sekitar Tingkatan 1 atau 2 mungkin aku sedar tentang benda ni?

Kalau macam aku sendiri, aku pun salam macam biasa dan kemudian tangan tu kemudiannya diletakkan di dada. Xtahu macam mana bermula, nak kata diajar secara formal oleh kedua ibu-bapa waktu kecil dulu, rasa macam tak je? Atau mungkin terikut-ikut daripada perlakuan ibu bapa aku yang salam macam tu?

Melalui apa yang aku perasan la, salam bawa ke dada ni majoriti yang buat macam tu adalah Melayu. Tapi ada juga aku perhatikan benda ni bangsa lain pun ada buat juga. Jadi benda ni dah macam meresap dan jadi identiti rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, mungkin? Ada juga aku tanya nenek aku tempohari samada benda ni memang daripada dulu lagi ke dah macam ni? Nenek aku cakap ye daripada zaman dia dulu pun salam macam ni dan kemudian bila aku tanya kenapa, dia sendiri tak dapat nak bagi jawapan yang konkrit

Ini antara info-info yang aku dapat melalui pakcik Google :

Fakta 1

Orang yang menghulurkan salam lazimnya hanya mengelus tangan pelawat yang disambut, kemudian menarik tangannya ke dada, seolah-olah menunjukkan yang dia ‘memberi/menerima salam tersebut dari hati’

Fakta 2

Beliau berkata, bersalam nampak seperti mudah, tetapi pada setiap gerak laku itu sebenarnya memberi makna. Dr Noriah turut memberi contoh bersalam yang wajar diamalkan.

“Pada saya, cara yang elok untuk bersalam adalah dengan menghulurkan kedua-dua tangan, digenggam sedikit, kemudian tangan dilekatkan ke dada masing-masing.

“Menghulur kedua-dua belah tangan menunjukkan kita ikhlas memberi salam dan menyambutnya dengan dua belah tangan pula menunjukkan kita benar-benar menghargai salam yang dihulurkan.

“Sesudah itu, apabila kita meletakkan tangan ke dada, menggambarkan bahawa kita menyematkan kasih sayang yang dihulur melalui salam itu ke hati, ”

Ok. Sekarang reason di sebalik semua tu mungkin boleh terima la kot? Kononnya daripada salam terus ke hati. Hohoho. Tapi ada lagi yang aku musykil iaitu macam mana benda ni boleh bermula? Mungkin ada pengaruh daripada negara lain ke, pengaruh Arab zaman dulu-dulu ke? Oh ye, kalau tak silap aku start musykil pasal benda ni sejak terbaca artikel berbahasa Inggeris tentang ada satu pelancong ni yang pelik dengan cara orang Malaysia bersalaman. Hahaha. Sejak tu, aku pun terikut musykil dengan mat saleh tu :P

Btw, video di atas ni adalah video terbaik yang aku jumpa setakat ini di Youtube bagi menunjukkan bukti yang kebanyakan rakyat Malaysia salam macam tu. Hohoho. Untuk pengetahuan korang, aku memang suka tengok majlis penyampaian hadiah macam ni atau bila pemimpin bersalam dengan rakyat, so that aku boleh memerhati betul tak orang Malaysia punya style salam macam tu? Ok, saya agak aneh di situ. Hahaha

Baiklah, mari memberikan pendapat anda. Kalau berkesempatan, tanya la juga orang yang lebih tua daripada korang tentang pendapat dorang mengenai benda ni? Cakap dekat dorang, Chokilala musykil, boleh tolong terangkan? Hohoho

07
May 2010
POSTED BY chokilala
POSTED IN Pengetahuan Am
DISCUSSION 32 Comments

32 Responses to : Kenapa Orang Malaysia Bila Salam Bawa Ke Dada Eh?

  1. amoi says:

    oit. nak tanya gak. aku sbg cina boleh ke salam tangan tuan umah bila aku pergi umah dorang beraya. tak pelik ke?

  2. .SaYa SeDaP. says:

    pun boleh jadi persoalan meh?

    klu ikut logok akal etika pun tangan dan hati memainkan peranan penting dalam membentuk cakra jiwa yang baik.

  3. sickchild72 says:

    weh cam klaka lak aku tgk diorg salam bila kau ungkit hal ni wahakakakaka

  4. dah jadi tradisi kot…
    sbb kebanyakan kite memang salam pastu bw ke dada

  5. arek says:

    ade 1 lg trend pempuan kalo salam pastu laga2 pipi..

  6. Hazzy says:

    setuju dgn kedua2 fakta tu
    sedikit sebanyak orang tahu kita memang berniat salam secara ikhlas

    With Love,
    HazzySuperb

  7. x-po says:

    hoho hidup pasukan bola kelantan!

  8. Mr.Bintang says:

    I rase mcm pernah baca la entri seakan ini… rasanya kat blog lama u pun ada mentionkan kan? ke baru je ni? ntah la.. lupe lak.. tp rasa cam pernah bace lah.. hehehee… :P

  9. Rara says:

    i tergelak gila bila tengok video tu, hahahaha comel pulak bila i agak siapa yang akan letak tangan dekat dada bila bersalam HAHAHHAA

    :err:

  10. ann says:

    baru ni ade perhati team singapore(bola ke ape ntah), majoriti melayu..ada 1-2 org je slm ke dada, lps tu puji…bgusnye dia ni..

  11. apiih says:

    aku salam membawa ke dahi..ape maksud tu??terima dgn dahi terbuka ke???uhuhuhuu

  12. ade orang salam pastu cium tgn sndri…tu style mane pulak?

  13. kak ina kl says:

    salam perkenalan dari akak…tq sudi datang ke blog akak yer..

    dah satu tabiat kot???akak pun selalu buat camtu..

  14. MuNsYi~SaMa says:

    Bukan tabiat kot. Orang malaysia kan berbudi bahasa. Dh diajar cmtu dr kecik.

  15. zaiMi says:

    benda tu dah jadi macam adat turun temurun kot. nak bagi beza dengan salam bangsa lain. hehe

  16. jaja says:

    erm..itu adat melayu kot..sopan santun :)

  17. Pingback: Tweets that mention Kenapa Orang Malaysia Bila Salam Bawa Ke Dada Eh? | Chokilala.com -- Topsy.com

  18. arrizz says:

    stail slam aku cmne la..tarbiyahnye pd aku utk lembutkan hati..hehe

  19. penulis says:

    ke dada dn dahi…ngee~

  20. meo188 says:

    org melayu mmg bersopan santun… :D

  21. serol says:

    daripada salam turun ke hati? menarik.. yela, pernah jugak terfikir dari dulu..hehe

  22. Syafrizal says:

    Menunjukkan tanda ikhlas kita kot hehe

  23. syahirul says:

    ada juga yg salam pastu tangan dia angkat ke kepala sendiri.. tu yg aku perati lain dari yg biasa..

  24. aku pun pelik gak.. haha tak terdetik plak bende nie dalam kepala aku.. tapi bagi aku.. kalau buat camnie nampak sopan… lagipun xde sapa2 marah pun kan buat camnie.. so, aku sokong cara yang org kite amalkan skang nie.. hohohoho

  25. Mr Fathi says:

    salam???mula dari tangan dan turun ke hati…tangan memberi,hati menerima dan tiada persengketaan di pagi raya…ehh raya ker???hehe… :what:

  26. jam tangan says:

    aku rasa memng adat kot..
    tapi xslahkan klu tak ikut??

  27. sbg islam..salam jangan goncang tangan sebab itu menyerupai org bukan islam..kita ada adab. so salam je lah ikut adab yang baik.. nak pelik pe nye?? saya salam bawak ke dahi.. hah ada siapa nak jawab? mungkin terikut-ikut dengan cara ustaz kat sek agama dulu ni hehe

    - – -
    2 Laptop Acer bernilai RM1299 Untuk Dimenangi!

  28. blowie says:

    kalau salam dengan mak ayah, kompem kena letak kat dada.
    bukan sbb ikhlas ke ape, sbb lega tak kena bebel :P

  29. Nine says:

    ada juga org yang tua2 dari kita, selepas kita salam ngan diorang kdg2 selalu pegang lengan kita, then tanya khabar.. :D

  30. kila says:

    eehheehhehe..first time datang sini gila comel lah kat sini.meriah,suka.

    btw, selalu gak musykil.malaysia banyak cara salam.dahi dgn dada lah paling banyk tgk ngeeee :haha:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="">