Events

Pengalaman di KL Fashion Week 2015

KL Fashion Week 2015 telah berlangsung selama 4 hari iaitu daripada 12 Ogos hingga 16 Ogos 2015. Terima kasih kepada Volkswagen Malaysia, saya sekeluarga dapat merasai pengalaman ke pertunjukan fesyen tersebut buat pertama kali. Teruja, gembira, dan don’t know what to expect! Maklumlah kali terakhir pergi ke pertunjukan fesyen ialah sewaktu pertandingan pakaian beragam ketika di tadika dahulu (boleh kira ke tu hehehe).

Persembahan dimulakan dengan video pengenalan daripada Volkswagen Malaysia dan seterusnya diikuti oleh pertunjukan daripada pereka fesyen Singapura iaitu Thomas Wee. Sejurus selepas itu pula ialah pertunjukan fesyen daripada pereka Malaysia yang sedang meningkat naik, Alia Bastamam. Pengalaman duduk berhadapan runway memang sangat mengujakan!

Ramai selebriti tanah air yang datang memberi sokongan pada malam tersebut. Antara yang saya perasan ialah Fazura, Sazzy Falak, pasangan Awal & Scha, Siti Saleha, Liyana Jasmay dan ramai lagi. Oleh kerana pertunjukan fesyen tersebut diadakan di dalam kawasan tertutup, maka kami dapat beramah mesra secara up-close dengan para selebriti.

kl-fashion-week-2015

Bergambar kenangan bersama pasangan Schawal

Pengalaman berharga menghadiri KL Fashion Week 2015 ini pasti akan sentiasa kekal dalam ingatan saya sekeluarga. Sebelum beredar, kami tidak pulang dengan tangan kosong sebaliknya pihak Volkswagen Malaysia telah bermurah hati memberikan pelbagai cenderahati untuk dibawa pulang. Terima kasih Volkswagen Malaysia!

Leave a Comment