Melaka Wonderland Theme Park & Resort Kini Dibuka

Update (8 Jun 2010) – New post! Gambar Melaka Wonderland. I already went there! :)

Hai semua. Harini nak cerita pasal tarikan terbaru di Melaka iaitu Melaka Wonderland Theme Park & Resort. Baru je dibuka pada 15 Mei yang lepas. Boleh kata setiap hari aku ulang-alik lalu simpang nak ke Melaka Wonderland ni dalam perjalanan nak pergi kelas di kampus tetap UTeM. Hohoho

Melaka Wonderland ni merupakan taman tema air lebih kurang macam yang dah sedia ada di Melaka iaitu A’Famosa Waterworld di Alor Gajah. Aku belum pernah pergi lagi, tapi melihatkan kepada gambar, aku rasa taman tema air Melaka Wonderland ni tak berapa besar kalau nak banding dengan A’Famosa Waterworld atau Sunway Lagoon kot? Agaknya je la..

Sebelum tu, mari layan dulu video animasi 3D daripada pihak Melaka Wonderland. Kalau korang nak tahu, dinasour yang bercakap masa 0:05 tu guna suara Nazrien la. Hahaha. Gurau je Topo :P

Aha! Melihatkan kepada animasi 3D yang dihasilkan, memang nampak promising. Kira ada effort la untuk promosikan tempat ni. Selain tu, aku perhati jalan-jalan di Melaka ni banyak juga yang ada pasang bunting & banner tentang pembukaan Melaka Wonderland ni. Hehehe

Read more…

21
May 2010
AUTHOR chokilala
DISCUSSION 49 Comments

Dinner Malam Ni Yang Murah Tapi Best

Letak gambar je eh, boleh tak? Jangan marah la eh post ni too simple. Saje je lepas geram sebab dah lama tak update. Asyik belek theme je minggu ni. Hohoho

Kek yang dibeli di Resepi Rahsia aka Secret Recipe Tesco Melaka. Yang ni perisa Chocolate Indulgence. Sodap! Sebab dia macam ada letak aiskrim sikit. Kot?

Burger ayam, takmo sayur, letak cheese. Kekeke. Banyak sangat bahannya abang tu letak sampai comot sudah burger tu. Jangan terliur pula ye especially bila tengok gambar kek tu. Eh, korang dinner apa?

19
May 2010
AUTHOR chokilala
CATEGORY Peribadi
DISCUSSION 33 Comments

Theme Baru. Err Okay Ke Ni?

Hai. Testing theme baru. Asyik view guna plugin Theme Test Drive je, takut sangat nak klik ‘Activate’ lepas upload -______-”

Alamak. Banyak lagi nak kena edit nanti. Harap rasa okay la dengan theme baru ni ye? Nanti aku buat post khas pasal theme ni. Sekarang ni macam tengah cemas dengan pandangan orang. Takut ramai yang tak suka. Kekeke

Konsep design memang rojak, tapi anggap la ni sebagai testing je. Lagipun aku suka je design ni, so it comes from my heart la gitu. Hehehe

Nak komen apa yang tak best, apa yang best pasal theme ni, silakan. I’m open for suggestions. TQ :D

19
May 2010
AUTHOR chokilala
CATEGORY Pengumuman
DISCUSSION 49 Comments