Update (24 November 2010) – Post ini menceritakan pengalaman penulis & mengandungi gambar. Untuk informasi mengenai harga tiket, waktu operasi & peta lokasi Melaka Wonderland boleh rujuk post ini : Melaka Wonderland Theme Park
Haritu aku dengan sepupu aku & nenek aku pergi Melaka Wonderland ni. Duduk rumah pun takde buat apa, jadi kitaorang pun decide untuk pergi sini. Pukul 9 pagi semua dah siap bangun mandi semua, pukul 11 malam yang malam sebelumnya semua dah tidur padahal standard selalu pukul 3 pagi baru nak tidur. Jangan harap la kalau hari lain waktu cuti semester ni makhluk-makhluk tu semua nak bangun awal (eh including me hehehe). Bangun awal mungkin, mandi awal tak sangat kot. Hohoho
Berdasarkan pengalaman aku yang dah pergi Melaka Wonderland Theme Park ni, aku rasa boleh tahan la tempat ni. Nak kata besar tu tak besar sangat la. Macam A’Famosa Waterworld kira besar dah tu. Melaka Wonderland ni aku boleh cakap besar dia lebih kurang macam Desa Waterpark kot? Hahaha. Tapi setakat saje nak pergi jalan Melaka, okla tempat ni takde la teruk sangat pun, cuma tak besar sangat je
Weekend haritu aku pergi bercuti dengan family ke Cameron Highland. Pergi Cameron Highland ni boleh kata setiap tahun la, sampai dah naik muak. Nak kata ada saudara dekat sana, takde. Nak kata ada berkawan dengan manusia yang pandai menyumpit yang tinggal di Cameron Highland, lagi la takde. Tapi entah kenapa, encik ayah & puan emak memang suka sangat pergi sana. Aku? Ikut je la. Untung-untung dapat pokok bunga macam gambar dekat bawah ni. Hehehe :P
Pokok bunga ni dah lama sangat aku nak beli bila pergi kedai bunga tapi emak selalu xkasi ambil. Geramnya. Masa tengok dekat Melaka, memang nyonya jual bunga tu cakap ni pokok sakura. Haha. Bila pergi Cameron Highland pun, Bangla tukang jual tu cakap ni pokok bunga sakura. Setahu aku, pokok sakura ialah pokok besar yang bunga jatuh-jatuh, bukannya jenis pokok cinonet macam ni. Hehehe. Korang kenal tak pokok ni? Nama kampung dia ke, kalau tahu nama saintifik lagi bagus
Jom main pertandingan cari barang tersembunyi. Hohoho. Sebenarnya takde la tersembunyi sangat, jelas & nyata cuma korang kena alert sikit je la. Hahaha. Cuba cari apa yang pelik dalam video klip Iwan AF8 ni, tajuk lagunya VIP. Siapa dapat cari sesuatu yang pelik, menang hadiah percutian ke rumah sendiri. Hikhik. Jangan marah :P
Cluenya ialah, korang boleh start perhati daripada 0:45 di mana Iwan stop nyanyi dan ambil handphone untuk borak dengan ‘awek’ dia. Hihihi. Comel kan? Itulah wajah sebenar Liyanaa sebab dia suka sangat dengan Iwan ni sewaktu awal konsert AF8 dulu. Mmuahaha! *lariiiiii*
Btw, kalau korang nak tahu Lirik Kebahagiaan Dalam Perpisahan daripada Shahir kacak ni jadi famous sangat dekat blog 1LirikLagu. Terkejut juga tengok trafik naik starting from AF habis. Hehehe. Eh, dah keluar topik pula. Sorry -_____-”
Akhir kata, KRU kalau tak cukup budget nak ambil model video klip perempuan, ambil aku pun takpe kot daripada ambil si sorority boys tu? Hohoho. Yusry jangan marah naa.. :P