Mengenali Puan Browser Bersama Chokilala

Saturday, July 18, 2009 26 Comments


Apa itu browser? Wahaha

“Chokilala ingat aku ni ngok sangat ke xtahu mengenai browser”, getus hati kecil korang. Betul tak? Betul tak? Hehehe

Bagus la kalau korang semua tahu dengan jelas dan terperinci mengenai kegunaan browser. Secara logiknya, mestilah korang sedang membaca tulisan dalam post ni menggunakan browser bukan?

Haa, sebelum tu jom layan satu video daripada Google di mana mereka bertanyakan kepada orang ramai soalan mudah seperti “What is a browser?“. Respons daripada orang ramai untuk video ini sungguh mengejutkan aku, okay?

Ternyata masih ada pengguna Internet di luar sana yang xtahu tentang apa itu browser. Huhuhu. Atau mereka keliru antara browser dan search engine?

Jadi, apa itu browser?

Definisi skema daripada Wikipedia, browser ialah sejenis atur cara komputer yang menerima pertanyaan HTTP daripada pelanggan, lazimnya pelayar web, dan menjawab pertanyaan tersebut, lazimnya dalam bentuk laman HTML

Definisi separa cool daripada Chokilala, browser ialah suatu aplikasi yang digunakan untuk mengakses sesebuah laman web yang terdapat dalam jaringan Internet. Antara contoh browser popular adalah Firefox, IE & Chrome

Jelas sekali browser sangat berbeza dengan search engine. Search engine ialah laman web carian seperti Google, Yahoo, Bing dll yang digunakan untuk memasukkan sesuatu kata carian

Oh btw, kenapa aku panggil browser sebagai Puan Browser? Kerana semua orang dah biasa sebut Google dengan panggilan Encik Google. Jadi, ini bermakna browser dan search engine adalah saling melengkapi

Tanpa Puan Browser, xboleh la nak melayari Encik Google, betul tak? :P



Logo MAS dalam Transformers 2 : Revenge of The Fallen

Wednesday, July 15, 2009 50 Comments

Logo MAS (Malaysia Airlines System) wujud dalam filem Transformer 2 Revenge of The Fallen tu? Macam susah nak percaya je? Hohoho. Betul ke?

Sebenarnya memang betul..

Aku mula tahu tentang kewujudan logo ni diperkatakan di Twitter dan forum. Nasib baik hari ni aku terjumpa sebuah post mengenai logo Malaysia Airlines System dalam filem Transformers 2 di blog Encik Sejuk

Berpandukan kepada screenshot tersebut, memang logo MAS muncul dalam filem tersebut. Tapi xlama, dalam 2-3 saat je. Ini gambar yang telah di-mirror oleh Killvearn. Thanks Sejuk dan Killvearn :)

Read the rest of this entry »



Usikan Pocong

Friday, July 10, 2009 27 Comments

usikan-pocong

Kahkah. Dekat seminggu aku xupdate blog. Kalau Melly Goeslow dibius cinta, aku pula dibius malas. Hoho. Aku xupdate bukannya apa. Selepas lebih kurang 2 bulan bercuti, semester baru pun bermula Isnin yang lepas. Aku asyik mengantuk dan penat je kerana aku  sedang dalam usaha untuk membetulkan kembali body clock aku ni. Itulah sebabnya post baru terperuk lama dalam draft je. Huhu. Sorry~

Haa. Kali ni aku nak minta jasa baik korang semua untuk vote video kawan aku. Dorang ni pelajar UIA tapi minat berlakon dan mengarah. Haha. Dorang masuk pertandingan video yang dianjurkan oleh Fisherman’s Friend. Hadiah kalau menang pertandingan ni ialah peluang berlakon bersama Afdlin Shauki

Read the rest of this entry »



Ryehanna di Chokilala.com!

Friday, July 3, 2009 59 Comments

bismIllah…

Assalamualaikum, beautiful readers!

Haaa.. kali ni bukan Cik Chokilala yang menulis entry yer, tapi penulis entry kali ni didatangkan khas dari Land of Panda Bears untuk menulis di sini. Sajelah aku bertukar angin mencemar duli di blog ni. Hehehehe.. Ala, sebenarnya aku dah hack blog Chokilala ni…

Ape aku nak citer kat sini eh?

Mmm oleh kerana ni first time aku menulis entry di blog orang, meh la kita mulakan sesi mengumpat tuan tanah secara besar-besaran. Muahahaha!!

First time aku kenal Chokilala  ni adalah masa dia ade tinggalkan komen-komen di BlogMenjerit (tapi blog tu dah berkubur lame dah, kan Juki?). Masa dia tinggalkan komen-komen kat blog tu, aku just bace jer la. And bile dia kuarkan emotikon kucing ke ape tah, si Marzuki ade buat entry and credit kat dia. So, bermula dari situ aku rajin la menjenguk blog Chokilala yang dulunyer bermastautin di blogspot

Read the rest of this entry »