ManggaAd Update Earning 1st Time

ManggaAd yang dipasang di blog 1LirikLagu dah mula menunjukkan hasil. Harini aku cuba login dashboard ManggaAd, saje je la nak cuba nasib mana tahu kot-kot ada update earning. Aku nak tahu sangat berapa dia boleh bagi, yela dalam Dashboard tu siap ada ayat tulis ni

PLEASE TAKE NOTICE
We have HIGHER PAYOUTS compared to other blog ad networks

Jadi, harini aku login dan tengok dia dah update earning. Alahai sikitnya. 64 sen je? Hahaha. Jadi la, daripada takde kan. Huhuhu

Memang la earning aku dah RM20.64 tapi sebenarnya earning aku 64 sen je tu. Yang RM20 tu aku dapat bonus daripada ManggaAd. Bila hantar email tanya kenapa dapat, ini jawapannya

It is based on a number of criteria. The main contributing factor is that we want to award the early adopters and the bloggers with websites that have good traffic. It is only given to a small group of people.

Tak sia-sia aku register dan pasang sebagai alternate ads di Innity, siapa tiba-tiba nak bagi RM20 kan. Syukur. Btw, earning yang diterima tu sikit sangat je, macam tak seronok je? Tu earning seminggu tu. Agak tak berbaloi-baloi sangat la buah mangga ni. Murah sangat 2 sen je. Hohoho

Tapi kalau nak cuba, boleh je kot cumanya ManggaAd ni baru lagi. Advertiser tak banyak sangat lagi, even blogger yang register pun tak ramai sangat. Sekarang tengah ada contest rekrut blogger, cuba la join. Mana tahu dapat hadiah sesat, menang RM50. Hehehe

Agaknya berapa ye earning blogger lain? Aku je ke yang sikit? T___T Kalau ada blogger lain yang dah pasang ManggaAd ni lama & dah dapat tengok 1st earning, sila tinggalkan komen ye? Thanks

P/S : Aku start pasang ManggaAd daripada 23 Mei

15
Jun 2010
AUTHOR chokilala
CATEGORY ManggaAd
DISCUSSION 42 Comments

WTH is Poken?

Harini aku nak bercerita pasal Poken. Korang tahu tak apa itu Poken? Abang Po ada buat satu post tentang Mengenali Poken Bersama Topo. Dalam post tu, beliau bagi penerangan secara bergambar. Well, aku tak berminat la nak terangkan secara mendalam tentang Poken seperti cara nak tengok balik contacts details tentang kawan-kawan kita ke apa ke, sebab aku sendiri belum beli lagi menatang ni :P Cuma aku nak sentuh secara surface je tentang apa itu Poken

Poken

Basically, Poken ni boleh dikatakan seperti online business card. Dengan kebanjiran pengguna dari Malaysia di Facebook sejak kebelakangan ini, aku rasa baru sekarang adalah masa yang agak relevan untuk bercerita tentang Poken, walhal aku dah lama nak buat post tentang topik ni, cumanya takut tak banyak pengguna social media sangat je di Malaysia ni. Hurm

Read more…

13
Jun 2010
AUTHOR chokilala
CATEGORY Pengetahuan Am
DISCUSSION 16 Comments

Drama Korea Yang Menjadi Pilihan Mak & Ayah Aku

Siapa kata drama Korea orang muda je tengok? Mak & ayah aku pun ikut cerita Korea tau. Tu kalau tanya mak aku, dia suka tengok Minho. Tapi Minho bukan pelakon, dia penyanyi kumpulan SHINee. Mak aku kenal dia daripada game show Let’s Go! Dream Team. Tak sia-sia dulu aku ajar dia buka channel 303, terus dia melekat selalu tengok rancangan Korea. Kalau tak, mesti nak cuba buka channel 202, yang filem Tamil tu. Kalau ada subtitle, takpe la juga. Huhuhu

Macam mak ayah aku, sekarang ni setiap hujung minggu melekat la depan TV tengok cerita Three Brothers. Diaorang memang suka tengok cerita yang jenis family type sikit kot. Sebelum ni tengok cerita Korea yang pasangan dah kahwin, aku tak ingat pula tajuk dia. Yang suami dia pembaca berita tu. Aku pula lebih suka drama jenis orang muda, yang gila-gila, lawak


yang tengah tu i punya, auww!

Demam Korea dalam keluarga aku bermula ketika zaman Winter Sonata dulu, lepas tu ayah aku dah start join sekaki tengok cerita Autumn In My Heart. Kemudian diaorang dah melarat-larat tengok My Love Patzzi, Successful Story of a Bright Girl, Truth, My Girl dll. Siap sampai suruh aku pergi belikan VCD original, sebab dah tak larat sangat nak tunggu setiap hari depan televisyen. Aku suruh tengok je drama Korea online taknak pula. Pandai ye?

Tapi tahap keterujaan kitaorang masih lagi di paras normal dan belum mencapai tahap 2 orang hantu Korea ni, iaitu Hurul Aini & Rucci. Diaorang ni memang dah kira fanatik dengan Korea, sampai kadang-kadang takut pula aku tengok. Semuanya tahu. Hehehe

So, korang macam mana pula? Mak ayah korang terjebak juga tak dengan drama Korea? Ke tak habis-habis layan sinetron je? Kihkih :P

P/S : Minho SHINee & Lee Min Ho adalah dua individu yang berbeza

12
Jun 2010
AUTHOR chokilala
CATEGORY Peribadi
DISCUSSION 26 Comments