Kad raya ni diterima selepas raya, masa tu hari raya ke-4 atau ke-5. Tak ingat sangat dah. Ni la baru namanya betul-betul kad raya sebab dapat bila dah raya. Kad yang biasa dapat tu patutnya dipanggil kad puasa. Hohoho
Sebenarnya kad raya daripada @zasishak ni macam kad raya biasa je, cuma apa yang istimewanya ada satu lukisan kartun dekat belakang kad tu. Kelakar kot sampai rasa macam nak jentik je telinga Encik Zas kerana menghasilkan kartun yang sungguh ‘menghiburkan’ tu. Tapi takleh nak jentik betul-betul la, dia lagi tua. Haha
Ni kartun yang dilukis oleh beliau,

(klik untuk tumbesaran berganda)
Tengok la tu, ‘pandai’ betul dia lukis dah nak macam sama dengan maskot Chokilala. Paling tak boleh blah ayat yang dia tulis sekali tu. Zzzzz -____-” Macam mana? Boleh tak kartun Zas ni ganti kartun Chokilala yang sedia ada tu? Hahaha
P/S : Comel tak theme baru? Hihihi
Kuih yang dijumpai di rumah mak saudara aku. Nama diberi kuih Puteri Salju, tapi sekali pandang terus aku terbayang logo Google Chrome. Sama kan? Even warna dia punya susunan pun sama, cuma takde bulatan dekat tengah tu je. Hohoho

Sebenarnya kuih Puteri Salju tu kalau tak silap cuma modified version of Kuih Suji. Erm. Nama kuih sekarang nak gempak je
P/S : Kuih sarang semut menjadi pilihan hati
Miahaha. Hilang la sangat, sebenarnya selalu je ada online terutamanya dekat Facebook la. Terus terang cakap, memang takde mood nak update kalau tengah serabut. Serabut sebab sekarang ni dah start praktikal selama 6 bulan, sampai la bulan 12 nanti. Gulpp! Lama. Hehehe. Serabut bukan tak suka kerja, tapi macam tengah adapt dengan new life, body clock semua berubah :P
Daily routine aku ialah masuk kerja pukul 9 pagi dan balik pukul 5:30 petang. Kira macam 5:29:59 tu aku dah siap kemas la, tinggal nak picit butang Shut Down je dekat komputer. Hehehe. Start masuk kerja, 5 haribulan Julai haritu dan setakat 2 minggu pertama memang bosan takde kerja sangat. Start minggu ni dah ada kerja yang okay juga la, edit-edit coding. Macam awal-awal dulu kena buat Illustrator. You tahu nyah? Menggigil tangan mak sebab mak bukannya tahu sangat guna. Kikiki
Dapat nickname baru, Otak. Sebab kena trace gambar otak guna Adobe Illustrator. Heh!
Bila balik rumah, biasanya dah penat. Makan, mandi, main PSP kejap, dalam pukul 10-11 biasanya dah tidur dah. Ala-ala macam baby baru lahir gitu. Ahaks! Oh, post pasal beli PSP haritu pun tak buat-buat lagi kan? Pemalas tahap unta Baghdad betul. Huhuhu. Btw, video dekat bawah ni saje nak tunjuk game yang aku main everyday. Game ni memang dah lama, main waktu Playstation dulu time tu aku rasa macam aku Form 2 ke Form 3 entah. Tapi sekarang dia ada version PSP, so aku main je la. Dah ni je game yang tak buat aku bosan. Heh~
Selain game ni, ada je game-game lain yang main tapi game ni yang paling setia main la. Sebab tak payah nak fikir banyak sangat. Waktu kerja dah serabut, bila main game mesti la nak yang boleh relax, taknak main yang kasi lagi serabut kan? Game yang kena fikir banyak, main weekend boleh la. Hehe. Eh, okla nak bersiap la. Ni pun curi-curi masa update sebelum pergi kerja. Bubbye! Don’t forget me :P