How To Make Cute-Shaped Eggs

First of all, this entry will be written in English for the Birdie Know It All Tutorial Contest by Gisele Jaquenod. You can check out about the contest right here. I decided to make something for the contest which is on “How To Make Cute-Shaped Eggs”. So, here it goes..

Read more…

15
Dec 2008
AUTHOR chokilala
DISCUSSION 54 Comments

Kenapa blog Chokilala tak update?

Sorry sebab blog ni dah berhabuk dan bersawang sampai boleh kata sesuai jugak la untuk didiami oleh Encik Lelabah. Aku bukan xnak update, tapi aku xde inspirasi nak update. Inspirasi tau, bukan idea. Idea ada je banyak, tapi inspirasi ni lebih kepada cara bagaimana nak mengolah idea tersebut menjadi lebih merepek menarik

Antara aktiviti-aktiviti sepanjang tempoh ketidak updatean :

  • Menyaksikan secara live sesi pengorbanan En. Lembu & Pn. Kambing

  • Ber-sms secara berleluasa dengan boipren yang kini sudah kejauhan
  • Design untuk blog perniagaan yang produknya agak kelucahan -_-”
  • Download game PSP secara bersenang-lenang di PSPIso
  • Dah download, semestinya kena main game tu sampai lebam
    • Loco Roco
    • Patapon
    • Taiko No Hatsujin (tetibe paham tulisan Jepun)
    • Exit
  • Menjadi petani separa berjaya melalui projek penanaman taugeh
  • Belajar menggunakan XAMPP instead of melekat dengan AppServ je
  • Dalam proses menggodeh theme baru untuk blog Chokilala
  • Testing & explore kehebatan WordPress 2.7
  • Membeli-belah di PC Fair & Lovely yang diadakan di Mahkota Parade
    • Dapat beli camera pouch Golla dengan harga RM29
    • Salah satu wishlist daku, refer entry ni

Doakan lepas ni aku akan rajin update, sebab lately aku memang rasa macam malas je. Tempoh 2 hari sekali update yang aku amalkan dulu pun dah hilang entah ke mana. Aku juga sedang mencari inspirasi dan idea untuk theme baru. Psstt.. Kenapa dah skema semacam ayat-ayat aku ni

Erm. Apa pandangan korang? Nak pakai color apa? Layout masa dekat Blogspot dulu mcm jambu sangat la pulak. Sekarang ni, aku nak cater semua golongan xkira laki atau perempuan, muda atau tua. Jadi agaknya design yang macam mana sesuai dengan blog ni ye? Semestinya design tu mestilah riang, macam Chokilala Riang! Hohoho

P/S : Jangan lupa tengok Astro #551 pukul 9 malam, Ahad. Cerita tentang orang pokok. Eii gelimat~

13
Dec 2008
AUTHOR chokilala
CATEGORY Peribadi
DISCUSSION 15 Comments

Chokilala dah jadi Chokupin & Chokipin?

Hari ni Chokilala berkesempatan untuk meluangkan masa ke Karnival Pelancongan Melaka. Selain berblogging, kita kena la ada masa juga untuk social life atau dalam erti kata lain berdating. Kehkeh. Lepas ni, mungkin akan ada lebih banyak entry tentang pelancongan di negeri Melaka. Melawat Melaka bererti Melawat Malaysia. Hohoho

Tujuan utama pemergian aku ke karnival tu ialah nak berjumpa Upin & Ipin bagi menjeleskan Topo. Tapi sambil tu, tengok-tengok juga benda lain yang berkaitan dengan pelancongan. Nak dijadikan cerita, jalan punya jalan terjumpa dengan booth pelancongan dari Fiji. Sungguh memeranjatkan! Nak tahu apa yang hebat sangat dengan Encik Fiji? Cuba lihat gambar di bawah

Read more…

07
Dec 2008
AUTHOR chokilala
CATEGORY Peribadi
DISCUSSION 27 Comments