Asyik Search Jejaka Kacak Je. Takde Kerja Ke?
Hahaha. Post ni bakal merepek, sila bertahan. Sejak akhir-akhir ni, aku tengok ramai sangat pula yang search tentang jejaka kacak & lelaki jambu. Mula-mula aku rasa macam best la, mmiahaha trafik masuk banyak. Tapi lama-lama rasa macam scary & annoying pula dengan search terms di blog sendiri
Bila aku belek-belek balik post lama, patut la ramai cari sebab ada 3-4 post juga tentang jejaka kacak dalam blog ni. Senyum sorang-sorang tengok post merepek pasal CLEO Bachelor yang aku buat zaman single dulu. LOL. Baca balik post tu pun dah naik segan, tengok komen pun segan. Noob-nya gaya penulisan aku dulu. Hahaha
Lepas tu, bila tengok-tengok lagi dalam post pasal pilihan lelaki handsome dekat Malaysia tu, Fahrin Ahmad tetap ada dalam senarai. Ternyata dia memang tetap di hatiku dulu kini & selamanya la sebab waktu post pilihan lelaki hensem di Malaysia tu ditulis dia belum famous sangat. FA panpage pun takde lagi kot? I mean, already famous tapi tak sefamous sekarang di dunia Internet la..
Itu saja luahan hati aku hari ini tentang search terms di blog. Rasa macam nak buat post pasal jejaka kacak pilihan aku sekarang. Dulu masa zaman remaja, nak suka yang hensem comel je. Sekarang macam dah matang sikit, pilihan pun dah lain. Nak yang macam ala abang-abang je pula sekarang. Tapi Encik F tetap di hati la. Kekeke
P/S : Sekarang suka tengok lelaki pattern-pattern macam Talib Sebutan Syariah/Nasi Lemak Kopi O (NLKO) & Saiful Nizam Ismail. Tuakah aku?
P/S : Suka post My Water Moments untuk contest Nuffnang daripada beliau. Aku takde picture dalam air T____T


