Cis! Sipi Lagi Nak Menang iPhone 3Gs


Oh yeah! Aku kembali. Masih bernyawa. LOL. Bila kesibukan melanda diri, memang blog yang akan menjadi mangsa. Itu belum lagi ambil kira dengan situasi aku yang dibius malas. Jadi, kombinasi-kombinasi tersebut berjaya menghasilkan blog Chokilala.com yang x berupdate selama sebulan. Syabas Inspektor Sahab!

Cerita mengapa aku xupdate selama sebulan lebih nanti biarlah dikongsi dalam post-post yang akan datang. Macam-macam benda yang berlaku, pelbagai cerita yang boleh dikongsi. Cuma menunggu masa yang sesuai je. Aku perlukan ketenangan dalam berblogging. Baru la post yang terhasil akan ‘ikhlas’ dan menarik. That’s my style of blogging *speaking plak dush dushh*

Haa, dengar baca la ni, aku nak eksen ni. Ingat lagi x dengan post pasal iPhone 3Gs percuma yang aku tulis dulu? Siapa sangka rupanya aku menang cabutan bertuah untuk contest tu. Hohoho. Penyertaan secara suka-suka tersebut berjaya membuahkan hasil yang agak kacak. Boleh refer keputusannya di sini

Western-Digital-My-Passport-Essential-320-GB

Aku telah berjaya memenangi Western Digital My Passport Essential 320GB atau dalam erti kata yang lebih mudah external hard disk sebesar 320gb. Besar sungguh kalau nak letak Rjuna dalam tu pun pasti muat! Syukur menang hadiah tersebut walaupun bukan iPhone tapi cukup la untuk membuatkan ramai kawan-kawanku jeles. Dan juga cukup untuk membuatkan Encik F berbangga mempunyai seorang awek bergelar Chokilala. Haha

Kalau ikutkan cabutan bertuah, ini kali kedua aku menang hadiah secara online. Kalau real life, pernah la sekali menang hamper masa meeting fakulti. Haha. Bagus juga sebenarnya menang sebab aku sendiri memang xde external hard disk. Haa, next time korang kalau ada jumpa contest mana-mana join je. Jangan fikir “ahh kompom xmenang punya”. Xsalah mencuba. Tengok tengok, gua dah menang hard disk 320gb. Boleh sumbat drama korea banyak2. Jangan jeles. Hoho

09
Oct 2009
AUTHOR chokilala
CATEGORY Contest
DISCUSSION 37 Comments

Soalan Lazim Tentang ChurpChurp

Disebabkan ramai yang tanya pelbagai soalan mengenai ChurpChurp kepada aku di Twitter, jadi aku rasa aku patut buat satu entry khas tentang di sini di mana aku akan cuba kongsi pengalaman peribadi serta info setakat yang aku tahu mengenai ChurpChurp. Kalau ada yang silap tu, harap diperbetulkan ok? ;)

Q : Apa itu ChurpChurp?
A : ChurpChurp ialah sebuah medium pengiklanan di Twitter di mana korang akan dibayar untuk setiap tweet bagi kempen yang telah di assign untuk korang

Q : Apa lagi yang aku perlu tahu tentang ChurpChurp?
A : Korang kena tahu bahawa ChurpChurp ni adalah di bawah satu syarikat atau pengurusan yang sama dengan Nuffnang. Jadi korang xperlu takut la samada benda ni scam

Q : Macam mana aku nak join benda ni?
A : Cuma pergi ke website ChurpChurp dan sign up sebagai Twitterer

Read more…

05
Sep 2009
AUTHOR chokilala
CATEGORY Tips & Tricks
DISCUSSION 64 Comments

Chokilala vs Facebook. Siapa Menang?


Jawapannya ialah Facebook. Dengan rasminya aku nak cakap aku dah terjebak dalam kancah game di Facebook. Hip hip hooray!

Kalau dahulu sangat berbangga sebab xpernah lagi terpengaruh untuk main mana-mana game di Facebook, hari ni aku dah termain Pet Society. Uhuk uhuk. Salahkan ramai orang sebab ‘meracun’ aku. Ceh. Pandai salahkan orang, padahal sendiri yang nak main. Ngehngeh!

Memperkenalkan pet aku, nama dia Fashar. Wakaka. Dah letak nama baru sms Encik F cakap letak nama dia sebagai pet. Nasib baik dia xmarah. Hihi

pet-society

Senang-senang datang la melawat pet aku ni ye. Bawa la sekali buah tangan, perabot ke barang yang mahal-mahal sikit bagi gift dekat aku. Rumah aku kosong lagi ni, ada beli langsir je. Baru dapat akuarium, lilin dengan pokok kaktus. Itupun orang sedekah. Hahaha

Hensem kan baju melayu tersebut? Cepat cakap hensem! Jangan lupa ye pesanan aku tu, datang melawat bawak gift sekali. Kahkah! Tata!

01
Sep 2009
AUTHOR chokilala
CATEGORY Peribadi
DISCUSSION 32 Comments