Tutorial Upgrade Post Editor Baru Untuk Blogspot

Harini aku terperasan daripada blog Liyanaa tentang kewujudan antaramuka post editor baru untuk Blogspot. Patut la bila aku guna Blogspot, aku xperasan pun boleh upgrade. Rupanya kena ubah dalam setting baru dia akan tukar kepada yang baru. Lagipun aku biasa guna tab Edit HTML je sebab kalau guna Compose dalam Blogspot agak melecehkan la. Huhu. Sebelum tu, ini perbandingan antara post editor yang lama dengan yang baru

blogspot-new-post-editor

Yang atas ni post editor versi lama berwarna coklat dan agak xcantik di situ. Hohoho. Kalau korang perasan, untuk tab Edit HTML bagi versi lama ada banyak sikit fungsi berbanding yang baru. Nampaknya untuk post editor versi baru, dorang dah buang fungsi Check Spelling, Add Image & juga Add Video. Tapi ada penambahan fungsi strikethrough untuk versi baru

Read more…

25
Dec 2009
AUTHOR chokilala
CATEGORY Tips & Tricks
DISCUSSION 29 Comments

Lagu Tema & Pengacara Kelab Disney Malaysia Dulu-dulu

Ehem ehem. Pernah dengar tak lagu ni?

Hey Mickey
You’re so fine, you’re so fine
You blow my mind
Hey Mickey! Hey Mickey!

Haha. Kalau korang pernah hidup sezaman dengan aku, pasti pernah dengar lagu ni kira-kira 10 ke 12 tahun lepas. Woot! Nampak macam dah tua sangat bila sebut sampai 10 tahun lepas. Hohoho. Hakikatnya, aku takla tua sangat dan takla remaja sangat dah. 22 tahun, sedang elok la tu. Kuikui

Lagu Hey Mickey ini pernah digunakan sebagai lagu tema untuk Kelab Disney Malaysia. Wahh, boleh kata setiap minggu aku akan tengok Kelab Disney Malaysia semata-mata nak tengok kartun kegemaran seperti Mickey Mouse, Donald Ducks beraksi. Maklum la, dulu-dulu mana ada sangat cerita kartun tak macam sekarang siap ada Astro Ceria. Cemburunya

Waktu tu pengacara Kelab Disney Malaysia ialah Phoebe. Tapi biasanya dia akan bahasakan diri sebagai Kak Phoebe. Comel je Phoebe tu. Selain tu, Nazrudin Habibur Rahman atau lebih dikenali sebagai Zack Imran dalam drama Ghost pun pernah jadi pengacara. Tapi waktu tu aku dah besar sikit la. Best kot dia tu dalam Kelab Disney Malaysia sebab sampai sekarang pun aku still refer dia sebagai Abang Naz. Lepas tu pengacara baru dan aku dah makin besar, dah kurang layan sangat dah. Tapi masih ingat la Kak Erin & Abang Nick semua tu. Hehehe

Berbalik kepada lagu Hey Mickey tu, harini aku terjumpa balik video lagu tu. Seingat aku, waktu sekolah dulu kitaorang akan tunggu setiap minggu untuk tengok video lagu tu. Siap bincang dalam kelas betapa bestnya lagu tu dan siap tulis lirik lagi. Haha. Gila noob

Sekarang ni bila aku tengok balik video klip ni, aku rasa ngeri pula. Tertanya-tanya pun ada juga apa punya hampeh la taste masa sekolah dulu suka tengok video tu. LMAO. Tengok muka penyanyi tu waktu awal lagu start dah pelik. Apatah lagi tengok peha para cheerleader yang gebu semacam tu. Kehkeh. Tapi memang takleh nak deny la, lagu Hey Mickey tu catchy habis

Dulu pernah juga hantar lukisan dekat Kelab Disney Malaysia TV3 ni tapi haram xpernah terpilih. Ke tu aku hantar dekat Chicky Hour yang KFC? Err Kelab Disney Malaysia dengan Chicky Hour benda yang sama ke tak eh? Tak ingat dah. Aku hantar gambar Mickey Mouse tengah posing, tekap daripada almari baju. Tak berbakat punya pasal. Hahaha

23
Dec 2009
AUTHOR chokilala
CATEGORY Video Best
DISCUSSION 26 Comments

Oh Kekasih Gelapku. Maaf Encik F

Hari ini aku happy sangat! Kenapa? Bukan sebab dapat jumpa Encik F la. Ahh apa barang Encik F. Aku dah ada kekasih lain sekarang, tapi kekasih gelap je la sebab Encik F xtahu dia datang ke Melaka hari ni. Huhuhu. Berdebar juga hati ni bila berkelakuan curang macam ni. Rasa bersalah sangat-sangat pun ada juga

Tapi demi kekasih gelapku ini aku sanggup berkorban apa sahaja. Beliau ni dah la berkulit hitam manis, badan cantik gila macam badan Jay Sean dalam video ni daripada 0:11 sampai 0:15, kulit pun cantik. Macam mana la aku boleh x terpikat?

Pagi-pagi lagi dia dah datang ke rumah aku. Berani sungguh dia datang rumah, terus nak jumpa mak ayah aku. Tapi sayang, dorang keje plak tu. Hurm. Beliau ni bukan orang biasa tau, datang pun siap ada driver yang hantar. Eii bertuah betul aku. Kenderaan yang dia naik tu dah la besar, LAJU pula tu, pemandunya pula siap pakai uniform. Kagum sekejap aku tadi

Read more…

11
Dec 2009
AUTHOR chokilala
CATEGORY Peribadi
DISCUSSION 35 Comments