Cara Block Aplikasi Pillow Fight di Facebook

Annoying sungguh aplikasi Pillow Fight dekat Facebook ni kan? Siapa yang main benda ni aku pun xtahu la apa motif dorang. Oleh itu, dengan jayanya aku dah block aplikasi ni semalam daripada appear di profile Facebook aku. Mmmiahaha!

Senang je nak block Pillow Fight di Facebook ni tapi xramai tahu cara untuk block aplikasi kot? Erm. Cara ni boleh juga guna untuk aplikasi-aplikasi lain yang korang xsuka. Kalau xtahu caranya, jom tengok tutorial simple ni. Mudah je cara yang diperlukan untuk menghapuskan kesan degil daripada Pillow Fight ni. Hehehe

1. Pergi ke Profile Facebook korang
2. Cari salah satu mesej Pillow Fight yang ada di Profile

block-pillow-fight

3. Klik pada ayat “Pillow Fight” tu yang sebelah via Pillow Fight
4. Korang akan dibawa ke page aplikasi tersebut
5. Sekarang, klik pada ayat “Block Application” di sebelah kiri page

block-pillow-fight-2

6. Done!

30
Dec 2009
AUTHOR chokilala
CATEGORY Tips & Tricks
DISCUSSION 39 Comments

Tips Meningkatkan Pendapatan Nuffnang Dengan Cara Yang Betul

Haa. Kalau sebelum ni, berapi-api post daripada Khai dekat blog Abang Juju tentang team klik-klik Nuffnang. Sekarang ni mari Kak Lala cerita sikit tentang tips untuk korang semua menjana pendapatan daripada Nuffnang dengan cara yang betul. Psst, btw Kak Lala yang bagi nama Juju dekat Abang Juju tau. Kihkih!

Gedik pula Kak Lala segala bagai ni. Tukar la. Sebelum tu, mengulas mengenai post Khai di blog Rjuna tu, aku senyum je baca setiap apa yang Khai cakap dalam artikel tu. Memang betul la semua point yang Khai highlight dalam artikel tersebut. Cuma mungkin bahasa yang digunakan agak kasar sedikit, sehingga ada blogger newbie yang mungkin terguris hati

Terus-terang cakap, kalau mudah sangat terguris hati susah la nak jadi blogger. Bila korang semakin meningkat naik dalam dunia blogging, lagi banyak kutukan yang korang akan terima. Pada mata kasar, orang hanya nampak kita banyak terima pujian. So, belajar-belajarlah untuk menerima kritikan dengan hati yang terbuka. Bukan apa, apa yang Khai tegur untuk kepentingan kita bersama juga. Kalau Nuffnang bungkus sebab advertiser xnak beriklan dekat Nuffnang lagi camne? Ternganga secara berjemaah la kita beb..

Ok. Enough membebel. Ni aku nak share tips yang aku lakukan untuk menjana pendapatan sampingan daripada Nuffnang. Sebenarnya, lebih kepada tips secara xlangsung la, bukannya bila buat terus earning bertambah. Hihi

Selalu berinteraksi dengan Nuffnang
Berbaik-baiklah dengan Robb Chew iaitu staff Nuffnang bahagian Blogger Relations. Mengikut pengalaman aku, segala soalan akan dijawab dengan baik walaupun ada soalan yang aku tanya tu agak remeh dan xberkaitan dengan blog sangat. Hoho

Ubah jawapan untuk survey Nuffnang
Cara ini x diyakini sangat berjaya, tapi aku just buat je. Haha. Setiap 1-2 bulan sekali aku akan update survey Nuffnang mengenai blog aku. Aku akan ubah bahagian blog kita fokus tentang apa, apa kategori iklan yang kita rasa bersesuaian untuk blog kita. Lagi satu, jangan lupa untuk blog description tu tolong la describe betul-betul. Advertiser tengok blog kita mengenai apa daripada situ kot

Dapatkan panduan & ebook daripada sumber yang dipercayai
Korang kena la jadi blogger yang rajin google dan suka explore. Belajar daripada pengalaman orang lain. Di awal pembabitan aku dengan Nuffnang, aku banyak refer post daripada NoorizamShah & juga YM dengan Topo. Selain tu, ada ramai blogger berpengalaman yang buat ebook tentang Nuffnang dan semuanya PERCUMA!

Buat lebih banyak blog
Jangan terlalu fokus kepada satu blog sahaja sebaliknya explore niche/kategori lain. Dulu, aku cuma fokus kepada blog Chokilala dan mengharap earning daripada blog ni sahaja. Tapi aku fikir xleh jadi macam ni, memang dapat duit tapi sekadar cukup makan je la

Sekadar meminjam kata-kata SmartZul di Facebook suatu masa dahulu, sumber pendapatan ni kita boleh anggap seperti belon. Kalau pecah belon yang satu tu, kita dah xde apa-apa dah. Jadi, bersiap sedia la dengan banyak belon, supaya kalau belon itu pecah kita masih ada belon yang lain. Lebih kurang macam tu la bunyinya. Aku xpandai bermadah helah macam Kak ZZ la. Haha

Buat blog tentang content yang ramai orang cari
Blog peribadi cerita pasal harini korang pergi mana, harini korang makan apa memang xberapa nak laku melainkan korang artis ataupun at least korang Hanis Zalikha. Kalau nak trafik letup-letup, buat la blog berkaitan hiburan. Hoho. Nuffnang is all about TRAFFIC, TRAFFIC & TRAFFIC! More traffic = more income. Unless you’re a celebrity blogger, dapat la buat advertorial kan? Hehehe

P/S : Blogger yang blogging pasal peribadi jangan marah ye. Maksud aku, contohnya bandingkan content Chokilala dengan content OhArtis. Jauh panggang daripada api kan? Sama juga dengan earning yang terhasil. Itu yang aku cuba sampaikan dalam point di atas. Hihi

Target pengunjung blog daripada Malaysia
Nuffnang lebih suka kalau pengunjung blog itu datang daripada trafik tempatan. Kenapa? Sebab mudah untuk dia target pengiklanan. Contohnya, ketika post ini ditulis ada kempen daripada syarikat penerbangan MAS menari-nari di sidebar & juga kempen DiGi

Cuba kalau korang ni orang luar, mesti fikir amende la pula DiGi ni kan? So, get what I mean? Oleh sebab itu juga la, Nuffnang xkasi kita pasang ads from other South East Asia rival company seperti Advertlets & Innity. Jadi, hasilkan content blog yang bersifat ‘Malaysia’ atau serantau

Erm. Aku rasa cukup la sekadar enam point yang diberi di atas. Kalau nak lebih tahu, lebih baik korang tanya secara peribadi dengan blogger-blogger yang berpengalaman seperti Kak Jie, Khai, Topotato. Kena sebut berpengalaman, maklum la xsemua orang suka perkataan otai. Hehe. Satu yang pasti, pendapatan mereka dengan Nuffnang semestinya JAUH BERBEZA dengan pendapatan aku

Sekadar perkongsian bersama, ini pendapatan aku yang terhasil setakat ini. Post ni istimewa sikit la sebab selama ni aku xpernah reveal dalam blog berapa dah aku dapat dengan Nuffnang. Orang lain buat post buffered earning, aku duduk diam-diam je. Kesian tau tangan nak buat tapi hati kata jangan. Hehehe :P

earning-nuffnang-chokilala-2

Ni screenshot baru lepas cashout di mana setakat ni dah 6 kali cashout secara berturut-turut setiap bulan bermula daripada bulan Julai 2009. Alhamdulillah, mampu la nak ada duit poket sendiri. Tapi ini baru permulaan, ada banyak lagi perancangan di fikiran. At least aku cemburu dengan earning orang lain then aku buat something, bersaing secara sihat, xla just duduk goyang kaki main klik-klik kan? Oops terlebih sudah. LOL

earning-nuffnang-buffered

Ni pula buffered earning sedia ada yang menunggu untuk jadi metered earning. Post ni bukan niat nak menunjuk, cuma aku nak bagi gambaran kasar je kepada blogger yang sakit hati pasal Khai tegur klik-klik Nuffnang tu bahawa korang pun boleh berjaya dengan cara yang betul. Ibaratkan korang artis, korang beli album sendiri banyak-banyak or bagi duit suruh kawan-kawan korang beli banyak-banyak pastu bangga cakap album laku. Memang orang kata waa hebatnya dia ni, tapi dalam hati kita sendiri tahu apa yang kita buat kan?

Oleh itu, pesanan ikhlas daripada penaja ialah bersainglah secara sihat. Cuba ikuti tips-tips di atas. Satu je yang aku boleh katakan, sabar itu manis. Hehehe

P/S : Mengidam netbook..

28
Dec 2009
AUTHOR chokilala
CATEGORY Nuffnang
DISCUSSION 102 Comments

Nobody But You Wonder Girls Versi Robot

Lagu daripada kumpulan Korea ni dah lama tapi baru-baru ni aku dengar versi Inggeris dimainkan di Fly FM. Bunyi macam agak pelik sikit la sebab xberapa nak faham gadis-gadis Korea ni nyanyi dalam bahasa Inggeris. Hehe. Tapi xsilap aku, lagu tu popular sangat di Fly FM sebab ramai orang undi

Hei. Aku pun kalau lagu ni keluar masa drive rasa macam nak joget je. Tahu la sikit-sikit moves dalam video klip kumpulan Wondergirls ni kan terutamanya aksi “but you” dan aksi tangan yang ke kiri ke kanan tu. Ala, faham-faham sendiri la kot yang mana. Minit ke 0:50 dalam video klip di bawah. Hohoho

Kepada pelajar AI aka Kepintaran Buatan di UTeM, korang buat la gempak-gempak macam ni untuk pameran bengkel. Confirm aku duduk melekat je dekat booth korang nanti. Hohoho

Paling xleh blah tengok aksi robot tu buat breakdance di minit-minit terakhir video. Hoho. Hebat betul. Mesti susah dia nak programkan siap-siap robot tu. Kalau sesiapa yang xpernah tengok video klip asal kumpulan Wonder Girls ni, boleh klik sini. Panjang sikit videonya, tapi sangat menghiburkan! Kepada sesiapa yang hantu drama Korea pula, boleh tengok post mengenai tonton drama korea online dan juga kepada yang menyukai lagu ini, dapatkan lirik nobody wonder girls

27
Dec 2009
AUTHOR chokilala
CATEGORY Video Best
DISCUSSION 21 Comments