Logo MAS dalam Transformers 2 : Revenge of The Fallen

Logo MAS (Malaysia Airlines System) wujud dalam filem Transformer 2 Revenge of The Fallen tu? Macam susah nak percaya je? Hohoho. Betul ke?

Sebenarnya memang betul..

Aku mula tahu tentang kewujudan logo ni diperkatakan di Twitter dan forum. Nasib baik hari ni aku terjumpa sebuah post mengenai logo Malaysia Airlines System dalam filem Transformers 2 di blog Encik Sejuk

Berpandukan kepada screenshot tersebut, memang logo MAS muncul dalam filem tersebut. Tapi xlama, dalam 2-3 saat je. Ini gambar yang telah di-mirror oleh Killvearn. Thanks Sejuk dan Killvearn :)

Read more »

Usikan Pocong

usikan-pocong

Kahkah. Dekat seminggu aku xupdate blog. Kalau Melly Goeslow dibius cinta, aku pula dibius malas. Hoho. Aku xupdate bukannya apa. Selepas lebih kurang 2 bulan bercuti, semester baru pun bermula Isnin yang lepas. Aku asyik mengantuk dan penat je kerana aku  sedang dalam usaha untuk membetulkan kembali body clock aku ni. Itulah sebabnya post baru terperuk lama dalam draft je. Huhu. Sorry~

Haa. Kali ni aku nak minta jasa baik korang semua untuk vote video kawan aku. Dorang ni pelajar UIA tapi minat berlakon dan mengarah. Haha. Dorang masuk pertandingan video yang dianjurkan oleh Fisherman’s Friend. Hadiah kalau menang pertandingan ni ialah peluang berlakon bersama Afdlin Shauki

Read more »

Ryehanna di Chokilala.com!

bismIllah…

Assalamualaikum, beautiful readers!

Haaa.. kali ni bukan Cik Chokilala yang menulis entry yer, tapi penulis entry kali ni didatangkan khas dari Land of Panda Bears untuk menulis di sini. Sajelah aku bertukar angin mencemar duli di blog ni. Hehehehe.. Ala, sebenarnya aku dah hack blog Chokilala ni…

Ape aku nak citer kat sini eh?

Mmm oleh kerana ni first time aku menulis entry di blog orang, meh la kita mulakan sesi mengumpat tuan tanah secara besar-besaran. Muahahaha!!

First time aku kenal Chokilala  ni adalah masa dia ade tinggalkan komen-komen di BlogMenjerit (tapi blog tu dah berkubur lame dah, kan Juki?). Masa dia tinggalkan komen-komen kat blog tu, aku just bace jer la. And bile dia kuarkan emotikon kucing ke ape tah, si Marzuki ade buat entry and credit kat dia. So, bermula dari situ aku rajin la menjenguk blog Chokilala yang dulunyer bermastautin di blogspot

Read more »

10 Filem Inggeris Kegemaran Chokilala


Post ini merupakan penyertaan aku kepada contest yang diadakan di blog MonsterBuzz berkenaan dengan 10 English Movies That I Should Watch. Sebenarnya aku keliru sedikit, copy paste saja post macam orang lain buat atau buat post baru? Tapi xpe la, aku buat je la post dengan harapan ada peluang lebih cerah untuk menang. Dan juga trafik sesat. Hoho

So, here it goes..

  1. Alive
  2. Kisah benar mengenai ketabahan sekumpulan manusia yang menaiki kapal terbang tetapi terhempas akibat kerosakan enjin di kawasan bersalji di Pergunungan Andes

    Diinspirasikan daripada kisah benar di mana mereka bertahan selama 3 bulan untuk terus hidup sehinggakan terpaksa makan daging daripada mayat rakan mereka sendiri yang telah mati

    Certainly, this is my favorite movie!

  3. Apocalypto
  4. Men of Honor
  5. Juga sebuah kisah benar lakonan Cuba Gooding Jr yang mengisahkan mengenai keazaman seorang warga kulit hitam untuk menjadi juruselam elit bagi pasukan tentera

    Walaupun kakinya putus dalam satu kejadian di atas kapal, namun dia tetap mahu membuktikan kepada isteri & anaknya serta orang ramai bahawa tiada apa yang dapat menghalang cita-cita seseorang sekiranya ingin berjaya

    Filem ini dipertontonkan sebagai pembakar semangat untuk para pelajar oleh pakar motivasi terkenal, Dr. Shukri Abdullah. Waktu tu aku ada join seminar dia. Hoho. Skema kan aku? :P

  6. Enchanted
  7. Drumline
  8. Oh yeah! Cerita yang paling wajib ditonton bukan kerana jalan ceritanya sangat tetapi kerana aksi dan muzik yang terdapat dalam filem ini

    Dibintangi oleh Nick Cannon (suami Mariah Carey), filem ini mengisahkan tentang perjalanan suka duka sebuah kumpulan pancaragam dalam merebut gelaran juara bagi satu pertandingan

    Melihatkan aksi mereka sambil diiringi rentak drum itu saja dah buat aku terpesona dan fokus. Hohoho

  9. Monkeybone
  10. Front of Class
  11. Filem yang baru aku tonton Sabtu lepas. Hoho. Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki bernama Brad Cohen yang menghidap Sindrom Tourette

    Sindrom Tourette ialah keadaan di mana seseorang itu mengeluarkan bunyi yang pelik dan kuat di luar kawalannya. Walaupun begitu, Brad Cohen mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang guru

  12. Cast Away
  13. The Terminal
  14. Edward Scissorhands
  15. Filem lakonan Johnny Depp ni memang agak lama dah. Ditayangkan sekitar tahun 1990. Walaupun dah lama, tetapi merupakan filem kegemaran aku yang pertama. Kalau xsilap waktu tu aku tengok di TV2, umur lebih kurang 5-6 tahun. Baru pandai membaca sarikata. Hoho

    Hoho. Suka betul aku tengok bila dia potong pokok dan ukir ais. Kreatif gila. Lagipun aku memang suka lakonan Johnny Depp ;)

Tamatlah sudah post mengenai 10 filem yang paling aku gemari. Memang sengaja aku highlight filem yang dah lama, sebab mungkin xsemua orang pernah tengok filem-filem ni. Kalau korang semua perasan, minat aku lebih terarah kepada filem jenis true story, fantasi dan jenis yang banyak ada aksi kreatif. Hehe :P

Page 14 of 56« First...«1213141516»...Last »