Hai semua. Sudahkah anda menjadi ahli di dalam Kelab Kipas Chokilala.com? Kalau belum, marilah menjadi ahli kerana kelab kipas tersebut baru saja dilancarkan tengahari tadi. Setakat post ini ditulis, bilangan kipas sudah mencapai ke 76 orang. Good job kipas-kipas, saya sayang anda semua!
Kelab Kipas tersebut ditubuhkan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama blogger dan juga pembaca blog ini. Saya terima banyak friend request daripada orang yang x dikenali, namun malang sekali terpaksa di-ignore. Sebabnya saya xselesa kalau orang yang saya xberapa kenal, tahu pasal hal peribadi saya. Facebook adalah ruangan peribadi saya. Jadi, under kelab kipas ni boleh la kiranya kita berkenalan, tak gitu?
Mengenai pemilihan nama page ni sebagai Kelab Kipas Chokilala.com pula bukanlah bermaksud untuk minta korang semua mengipas/mengampu pemilik blog ini, tetapi lebih kepada mencari ‘uniqueness’ di kala blog-blog lain sekadar memberi nama biasa kepada page mereka. Hehehe. Sebenarnya, ia adalah terjemahan daripada Chokilala.com Fans Club. Lagi sekali, bukan perasan ada peminat tapi kalau nak join kan kita mesti picit ‘Become A Fan’? Ok ok, perasan la juga sikit. Hohoho
Cerita yang paling sebenarnya ialah sewaktu Scha & Fahrin Ahmad masih bercinta dulu ada seorang fans ni bertanya dengan Fahrin, Scha ada ‘kelab kipas’ juga tak? Lantas Fahrin bagi URL page Scha sambil macam malu-malu. Dari situlah terbitnya idea untuk menggunakan nama ‘kelab kipas’ ni. Hehehe
Akhir sekali, marilah menjadi sebahagian daripada ahli kelab kipas dengan mengeklik di pautan Kelab Kipas Chokilala.com. Nak gosip pun boleh dalam tu, nak cari jodoh, nak berkenalan dengan tuan punya blog ke ataupun blogger-blogger lain semua pun boleh. Jual minyak urat je xboleh dalam tu, minyak lintah lagi la xboleh. Ok babai, jangan lupa join ye?
Hi semua. Saya baru lepas baca post-post di sebuah blog orang India berkaitan ethical hacking. Menarik juga post dia. Baca bukan sebab nak jadi hacker ke apa, tapi saje je tengok apa-apa yang menarik & xtahu selama ni. Rupanya baru tahu ada certificate untuk hacking ni, nama certificate tu CEH which stands for Certified Ethical Hacker. Hahaha. Nama cert tu macam ayat yang kita guna selalu seperti ceh, cisdel, cis dll
Dalam belek punya belek, terjumpa post tentang cara mengesan invisible users. Sebelum ni, memang saya pernah buat satu post mengenai cara detect invisible users di Yahoo! Messenger tapi harini nak tambah lagi cara-cara yang lain. Mengikut pengalaman peribadi, cara yang Doodle tu xberapa efektif berbanding cara yang saya bakal dedahkan di bawah

Saya dah cuba lebih kurang dalam 10 laman web untuk detect invisible users di YM, tapi hanya 4 laman web ni sahaja yang terbukti benar-benar memberi result yang tepat. Saya dah online, invisible & online kembali sambil cuba laman web semua ni, kiranya ni semua yang lulus ujian la. Hehehe
Korang cuba la sendiri. Saya buat dekat diri sendiri menjadi, xtahu la pula untuk korang mana tahu kot-kot ada yang tak menjadi ke. Kalau xjadi, mungkin sebab korang punya yahoo.com.my ke? Agak je la
P/S : Dulu selalu detect YM ex-boyfriend. Mr A, sorry! :P
Selamat hari jadi diucapkan kepada Encik F. Hari ini umur beliau genap 20-something tahun. Hehehe. Biarlah rahsia. Tapi dia 2 tahun lebih tua daripada saya la senang cerita. Hurm. Nak cakap apa ye? Tak reti la nak bermadah helah, berjiwang-jiwangan dalam blog. Uhuks :P

Semoga beliau dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah, kerja yang best, kesihatan & ketenangan. Hopefully hubungan kami pun semakin okay. Orang kata, kalau hubungan tu kalau target dia ke arah kebaikan maka perjalanan pun smooth juga. Harapnya begitu la sebab Encik F ni steady boyfriend dah & vice versa. Dah malas nak main-main in relationship lagi dah. Apa yang ada ni, stay je :)
Oh baiklah. Ini saja update ringkas daripada saya. Agak blank la sebab masih bersedih dengan pemergian Din Beramboi. Hukhuk. Membesar dengan lawak dia. Even kenangan untuk kitaorang pun, sebab gelak-gelak kalau dengar Drama Sebabak dalam kereta :(
Hadiah tak beli pun lagi. Tunggu cheque Nuffnang sampai la atau Innity masuk baru belikan hadiah. Berkenalan melalui blog, hadiah pun mesti la dijana daripada duit blog la kot? Tak gitu? Hohoho. Any ideas tentang hadiah birthday untuk lelaki?
Last but not least, selamat harijadi Encik F!
Chokilala sayang Encik F! *auwww malu malu*
Mesti ada yang xsuka saya letak gambar ni & cakap saya sayang bf saya ke apa ke. Huhuhu. Lantak la, malas nak fikir cakap-cakap orang. Saya bayar domain & hosting untuk blog ni. Sekian