Selamat Ulangbulan Ke-4, 1LirikLagu.com
Wahaha. Ada ke ulangbulan? Suka-suki je buat ayat sendiri kan. Tapi takpe la, saje je nak bagitau secara rasmi dekat sini bahawa blog 1LirikLagu tu milik seorang gadis bergelar Chokilala(aku la tu). Baru sekarang rasanya xmalu la kalau nak mengaku blog tu milik sendiri, sebab nampak macam dah agak kukuh la. Kalau nak bagitahu awal sangat, malu la sebab waktu tu post xbanyak & theme pun xberapa nak sesuai. Ahaks!
Blog tu diwujudkan secara rasminya pada 29 Disember 2009, tetapi secara tak rasminya 1-2 hari sebelum tu kot sewaktu saya setup WordPress. Oh btw, siapa nak upah setup blog WordPress boleh tanya saya, preferably gadis/wanita la. Caj xmahal pun cuma sediakan hosting je la. Hohoho. Hurm. Post pertama untuk blog tu adalah lagu Cinta Sempurna daripada Yuna. Xtahu la kenapa pilih lagu tu, mungkin waktu tu tengah suka lagu tu kot? Hahaha
Kini setelah 4 bulan blog tu beroperasi, secara kasarnya boleh dikatakan dah pulang modal la pelaburan yang dibuat ketika blog tu dibuka dulu. Hehe. Untuk blog tu, saya guna Innity. Earning biasa je xsampai sehebat blogger lain tapi kira tahap cukup makan la. Ahaks. Dan setakat post ini ditulis, fanpage di Facebook untuk blog tu dah mencecah 494 orang. Siapa yang belum join lagi, boleh join fanpage 1Liriklagu sebab xlama lagi akan diadakan contest. InsyaAllah
Bukan nak perasan, tapi saya sedar sejak adanya blog 1LirikLagu tu ada pula blog-blog blogspot lain yang baru buat, URL macam nak sama je dengan 1LirikLagu. Haiz. Saya pilih dulu sebab nak URL yang pendek & senang ingat. Xsangka pula ada orang yang berkenan, xpe la at least ada la juga orang yang ter-influence dengan kewujudan blog saya tu. Hehe. Ni kira macam kes blog Oh milik Khai la ni, semua pun sibuk nak buat Oh. Bukan xboleh tapi macam tiada identiti tersendiri la. Hehe
Ehem, lepas ni kalau sesiapa ada blog yang jenis macam ni, bila nak copy paste content dekat blog 1LirikLagu tu ingat sikit la waktu nak copy paste tu yang blog ni Chokilala punya. I’m watching you, ceywah. Gurau je. Haha. Bukan apa, ada sesetengah lirik yang saya dengar & tulis sendiri liriknya. Contoh yang terbaru, lirik sofea jane saya tulis sendiri liriknya & sengaja buat salah sikit awal tu sebab nak tengok blog mana yang copy tanpa check. Haha. Kejam kan? Saya pun copy lirik blog lain tapi saya dengar balik & check kalau ada silap ejaan ke apa ke. Lambat sikit tapi berkualiti la kot?
Bak kata pepatah moden yang dibuat sendiri — “Sekilas lirik di blog, sudah ku tahu kalau lirik original adalah datang daripada blog milikku”. Hehehe :P
Setakat ini saja bebelan tentang blog 1LirikLagu untuk hari ini. Kalau sudi, silakan la datang melawat ke blog tersebut dan kalau google lirik, selalu la pilih blog 1LirikLagu dalam search result tu berbanding blog lain *memancing undi*. Haha. Mungkin di post akan datang saya nak berkongsi cerita pasal ramai sangat kanak-kanak yang suka lagu Akim & Nubhan. Eii apa yang best entah. Tapi xboleh la nak cerita dekat sana kan? Hahaha. Ok bye!

