Kenapa Orang Malaysia Bila Salam Bawa Ke Dada Eh?

Haa korang tahu tak kenapa kebanyakan orang Malaysia yang salam kemudian bawa ke dada eh? Benda ni dah lama aku musykil, sejak daripada aku kecil lagi, sejak zaman sekolah menengah. Sewaktu sekitar Tingkatan 1 atau 2 mungkin aku sedar tentang benda ni?

Kalau macam aku sendiri, aku pun salam macam biasa dan kemudian tangan tu kemudiannya diletakkan di dada. Xtahu macam mana bermula, nak kata diajar secara formal oleh kedua ibu-bapa waktu kecil dulu, rasa macam tak je? Atau mungkin terikut-ikut daripada perlakuan ibu bapa aku yang salam macam tu?

Melalui apa yang aku perasan la, salam bawa ke dada ni majoriti yang buat macam tu adalah Melayu. Tapi ada juga aku perhatikan benda ni bangsa lain pun ada buat juga. Jadi benda ni dah macam meresap dan jadi identiti rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, mungkin? Ada juga aku tanya nenek aku tempohari samada benda ni memang daripada dulu lagi ke dah macam ni? Nenek aku cakap ye daripada zaman dia dulu pun salam macam ni dan kemudian bila aku tanya kenapa, dia sendiri tak dapat nak bagi jawapan yang konkrit

Read more…

07
May 2010
AUTHOR chokilala
CATEGORY Pengetahuan Am
DISCUSSION 32 Comments

Aku Menang Patung Upin & Ipin

Hohoho. Aku menang anak patung Upin & Ipin! Oops maaf, aku akan kembali menggunakan aku semula *ye saya lalang*. Sebab guna saya ni rasa macam kurang feel, dulu nak guna saya sebab ada readers yang lebih berumur. Tapi bila fikir balik, kalau sendiri rasa xbest, buat apa guna? Xnak jadi hipokrit. Hehehe

Berbalik kepada cerita, patung Upin dan Upin ini aku menangi sebab aku masuk Pertandingan Mengira Oopet yang dianjurkan oleh Les Copaque. Kiranya tak sia-sia juga la gua beli DVD Geng Pengembaraan Bermula yang original dulu. Mmuahaha!

Sedutan perbualan telefon orang Les Copaque cakap nak menang hadiah :

LCP : Hello, ni Cik Faizah ke?
Chokilala : Ye saya
LCP : Tahniah ye, awak menang hadiah untuk pertandingan mengira Oopet
Chokilala : *Bermonolog dalam hati, jangan cakap aku menang hadiah utama yakni percutian ke Disneyland Hong Kong?*
Chokilala : Oh yeke? *Sambil pura-pura cool*
LCP : Ye, awak menang hadiah saguhati plush toy Upin & Ipin
Chokilala : Oooo. Hohoho. Okay! *Hati pecah*

Staff LCP tu call untuk sahkan alamat. Hehehe. Petang tadi baru aku ambil dekat Poslaju, buka dalam kereta terus! Hehehe. Ingatkan dapat sekor je, rupanya dapat 2 ekor! Dapat Upin & Ipin satu pakej. LOL. Dan kebetulan balik daripada ambil hadiah ni, aku singgah kedai jual barang Upin & Ipin dekat Melaka ni untuk tanya harga patung ni. Dia cakap satu RM30, kalau beli sepasang RM50

Memandangkan rupa paras patung ni yang kelihatan xberapa best untuk dipeluk, aku dah merancang untuk bagi je budak botak 2 ekor ni dekat anak sepupu aku nanti. Budak-budak tu hantu Upin, pantang tengok kartun tu keluar dekat TV, habis la orang lain xdapat tengok cerita lain

Haa ambil la kau budak-budak, raya nanti xyah bagi korang duit raya (sebab mak bapak dorang tahu aku dapat duit from blogging, daripada haritu dorang dah claim suruh bagi anak dorang duit raya, padahal aku xkeje pun lagi). Sungguh kejam. Tapi hebat kan taktik melepaskan diri aku? Hohoho

06
May 2010
AUTHOR chokilala
CATEGORY Contest
DISCUSSION 21 Comments

Kalau Dapat Theme WordPress Cute Macam Ni Kan Best?

Theme WordPress yang cute memang sukar dicari. Trust me! I mean, yang betul-betul berkualiti la tanpa perlu modifikasi secara melampau. Banyak theme WordPress warna lelaki je, hitam biru putih. Oh bosan, tahu tak?

Anggap la ini sekadar post luahan hati daripada seorang blogger perempuan yang masih kekurangan duit kalau nak buat custom theme. Hahaha. Sekadar mampu cuci mata je setakat ni. Uhuk uhuk. Sedihnya! :(

Ini antara template blog yang saya suka, ada yang WordPress dan ada juga yang Blogger. Tapi saya cuma nak tunjuk design-design yang saya suka. Semua pink! Baru perasan waktu buat post ni. Kehkeh! Kalau nak tengok secara real, boleh klik pada gambar tersebut. Comel gila bukan?

Nak sangat sangat sangat sangat ada theme yang comel macam ni. Tapi setakat ni masih belum berpeluang lagi untuk ada atas sebab-sebab yang tertentu. Hurm. Hope the time will come soon :(

05
May 2010
AUTHOR chokilala
CATEGORY Inspirasi
DISCUSSION 26 Comments