Tips Untuk Cashout Nuffnang
Hari ini hari Isnin, hujung bulan. Maknanya apa? Bukan takde maknanya. Tapi maknanya sekarang ni tengah sangat sesuai la untuk kita memicit perkataan ‘Cash out my earnings’ di Nuffnang. Hohoho. Setakat ni saya dah terima 7 keping cek Nuffnang dan masih menunggu cek ke-8 bagi pendapatan bulan Mac yang dijangka bakal tiba awal bulan Mei nanti :D
Jadinya berdasarkan pengalaman yang ada, saya nak berkongsi tips-tips berkenaan bila masa yang sesuai untuk kita cashout earnings di Nuffnang. Sebab ada rakan-rakan blogger saya sendiri yang dah lakukan kesilapan sewaktu cashout. Itulah, malu bertanya sesat jalan. Jadi, jangan malu. Hehehe
- Cashout di HUJUNG bulan, diulangi HUJUNG bulan
- Jangan cashout awal bulan, akan kena tunggu 2 bulan untuk cek sampai
- Cashout pada atau selepas hari Isnin hujung bulan sebab earnings CPC update setiap hari Isnin
- Pilih tarikh selamat untuk cashout, saya biasa pilih 27 atau 28 haribulan
- Tapi kalau waktu tu tengah ada buffered earning yang masyuk, tunggu la lama sikit. Kot-kot buffered jadi metered. Hehehe. Tapi jangan sampai lewat sangat
Kalau tak faham berapa lama cek akan sampai, saya jadikan diri saya sebagai contoh :
Bulan ini (April) di hujung bulan, saya cashout Nuffnang. Sepanjang bulan Mei, pembayaran untuk pendapatan bulan April saya akan diproses. Jadinya, saya dijangka akan menerima cek pendapatan bulan April pada awal bulan Jun nanti
Apa yang berlaku kalau saya cashout awal bulan :
Saya cashout pendapatan bulan ini (April), contohnya pada 3 Mei. Cashout tersebut akan dikira sebagai cashout bulan Mei punya. Jadi, cashout tu tak diproses. Dia akan hold sampai hujung bulan Mei, bulan Jun dia akan proses pembayaran. Jadi, saya dijangka akan terima cek pada bulan Julai nanti. Wahh sempat berjanggut dulu la. Jadi, jangan cashout awal bulan ye? Hohoho
Sekian saja tips-tips ringkas bersama Chokilala. Anggaplah post ini sebagai tribute untuk Nuffnang sebab saya rasa lepas ni akan jarang terima cek Nuffnang lagi dah. Biru dah menjadi hijau. Biru hanya di blog ini sahaja. Hehehe
P/S : Kalau ada sesiapa yang nak minta suggestion lepas ni bila masa sesuai untuk cashout, just tanya je dekat shoutbox. I’ll reply ;)
owh..skang waktu sesuai laa erk?
kalau nak simpan sampai riban2 boleh kan?
ade efek tak nanti bile keluar?
ohh camtu..
nice tips =D
heee. good post. akak sebelum ni main cash out je.suka2 hati hahaha. then kalau lambat sampai cek, mengamuk sorang2 T__________T
baik lah saya akan cashout setiap 28/27 hb demi tips ini HAHAHA
kakak.
kalau saya curang pada N dan saya cashout pada hari ini sebelum saya curang,adakah cashout saya akan tiba pada awal bulan 7?
Wah bagus tips ni… Hm tapi duit nuffnang tak banyak mana pun/
kalau cash out tgh2 bulan, camne dia kira? sama cam hujung bulan?
jaws,
boleh je nak simpan. tapi aku xtahan tengok duit tersimpan je dalam nuffnang tu. every month aku cashout. haha
mrrollies,
thank you
yonna,
post ini ditujukan kepada anda. ahaks! sabar ye, bulan 5 nanti dapat la cek tu. hehe
ynn,
haa itu saya xtahu ye adik ynn. status gelihati confirm tak geli dah, tapi payment dia ikut gelihati semasa ataupun gelihati sewaktu cashout? i rasa mcm gelihati semasa. xsure la, belum curang secara terang-terangan lagi. sila tanya pendapat orang lain
x-po,
sama juga. kiranya senang cerita, dia kumpul semua request cashout daripada awal bulan sampai ke hujung bulan. then hujung bulan dia stop, lepas tu bulan seterusnya baru proses semua request tu. bulan lagi satu, baru dapat cek pula
Abg Juju Like this entry
nanti buat yg innity pulak yer, status Gelihati ku kembali pulih setelah mengeluarkan belog yg curang itu
choki ko explain ape tu buffered , ape tu metered. ak blur lg :D
tips yg bagus..aku arini baru 1st time bleh cashout, gile ahh..xbyk pn tp aku bsyukur, byk lg yg aku kne blajau ni..
1st cashout aku tunggu sampai cukup 1rat..tapi aku picit 20 hari bulan dan masih menunggu cek..2nd cashout dapat lagi ari nih,tapi tak picit lagi sebab baru 26 ari bulan kan..ke nak tunggu 27/28 ek?tapi jumlah dia tak macam 1st cashout..suggestion pls?
tips yg berguna..thx chokilala.com
Bestnye dia hehe boleh la belanja.. :)
bilela NN aku nk boleh cashout nih..mmg lame lagi ahh T___T
juju,
eh boleh ke buat innity? lala mana pasang innity dekat sini. hehe
scromix,
buffered tu earning untuk kempen yang masih running. bila dia dah habis, dia akan masuk ke dalam ruangan metered, di mana duit tu dah masuk la ke dalam account kita. dah boleh cashout kalau cukup. hehe
arek,
xkisah. 1st cashout aku dulu pun, aku dapat RM52.79 je. lepas tu baru makin meningkat. hehe
piston pecah,
1st cashout ko tu 20hb last month ataupun this month? kalau last month, bulan 5 la dapat. kalau 2nd cashout pula untuk bulan ni yang ko maksudkan, sekarang ni dah sesuai la if nak cashout. sebab minggu lagi satu, hari isnin dia dah 3hb. jumlah xkisah pun, asalkan duit. keke
ika,
you’re welcome
syafrizal,
errr tapi cashout kali ni ciput je la. hehehe
apiih,
takpe sabar. aku dulu pun lama, 1st cashout semuanya earning CPC
nak jawap soalan Liyana – dah curang pun kalau earning kita cukup utk cash out , cek tu akan sampai mcm biasa juga… ( pengalaman 2 cek terakhir ni sampai selepas berlaku curang) cesss….
aku tak pernah cash out lagiiiii
aku nk kumpol byk2 dulu..
transfer rm6 masuk akaun nuffnang aku weh.. hohoho x cukup nak cashout.. tu la bahana curang pada nuffnang.. hahaha
tak penah cashout lg, hmpir setaun br dpt Rm1++, huhu..tgu byk dulu..
oooh macam gtew, baru paham, thanks for sharing :)
wah lau..nie mesti dah banyak kali cash out nie..huhu.. :-)
sadis..ak xpenah merasai duit dari advertiser tempatan..akan ku usahakn smpi nuff tunduk kepada aku.. =D
xnak cash out le.. nak tunggu sampai nak kawen nanti. leh wat duit hantaran.. hahaha.. perkahwinan yang ditaja oleh nuffnang.. hak3..
ooh paham da ckit ckit..=)
wahh..sgt menarikk…sebelum ni cuma prefer pada adsense shj…klu cash out wat blenje kawen tu pon idea bgus gak…
mcm mana NN kira nk bg kita duit?? still xphm konsep dia…
sadis..ak xpenah merasai duit dari advertiser tempatan..akan ku usahakn smpi nuff tunduk kepada aku.. =D
salam ramadhan semua, aku akan cash out simpanan nuffnang aku pada 27hb. Ogos ni.. yang berjumlah 5xx.xx.. alhamdulilah rezeki lepas rayalah ni..tq share info ni.. bagus sgt..
aku baru lepas cash out tadi.. masyukk.. baca entri dalam ni.. http://myvitrd.blogspot.com/2010/08/cash-out-nuffnang-sekarang.html
woahh, bestnya tengok orang cash out nuffnang semua..huhu
cek pertama pun tak lepas lagi nak cash out,,,bile lah nak kaye mcm korang3 sume nihh~
kalau 30 hb ok tak ? hari sabtu n bulan tu sampai 31 hb jer..sesuai tak ?
sesuai je. 31 pun boleh. tapi kalau nak selamat, better buat sehari sebelum. hehe
owh ok thanks Izah…:)
Salam.
lama tak datang sni. jadi gatai tangan komen kat entri ni. Thanks :P
Tq dear, info yang sangat berguna..
P/s:Hehe, i first time nak cashout nuffnang.
Thanks for da tips. Lama tak lawat Chokilala, lawa theme. ;)
Bagus juga tips ni. Saya masih lagi menunggu earning cukup syarat. Ha ha. Thank you. :D
woah, saya nak juga Nuffnang..
tapi, saya terlalu2 pening dengannya.
kne ada akaun bank ker?
kena la kot. sebab nanti dia nak issue cheque, macam mana nak masukkan duit tu kalau takde akaun bank?
saya 14tahun, boleh sertai nuffnang?
die xusik/ ambil duit bank kita ker?
tpi saya xtahu no.akaun bank..he3
haa? 14 tahun? boleh kot. cuba tengok syarat dia, boleh tak kalau below 18. hehehe
aishh. mana ada dia ambil/usik duit kita. tak link pun la. even nuffnang tak minta pun nombor akaun bank kita
cuma kalau nak tunaikan cek tu nanti, mesti nak kena masuk ke dalam akaun bank kita la. hehe
nice sharing cik..
keep it up!!
rugi la aku cashout.nanti tak
boleh tunjuk scren shot
kat orang lain.hehe..
nak cash out nuffnang jugakkk2!!! tapi belom penah nak dpt.. ada tips x nak bagi dia punye meter bergerak dgn pantas.. and duit dia melambung2?