Tips Meningkatkan Pendapatan Nuffnang Dengan Cara Yang Betul

Haa. Kalau sebelum ni, berapi-api post daripada Khai dekat blog Abang Juju tentang team klik-klik Nuffnang. Sekarang ni mari Kak Lala cerita sikit tentang tips untuk korang semua menjana pendapatan daripada Nuffnang dengan cara yang betul. Psst, btw Kak Lala yang bagi nama Juju dekat Abang Juju tau. Kihkih!

Gedik pula Kak Lala segala bagai ni. Tukar la. Sebelum tu, mengulas mengenai post Khai di blog Rjuna tu, aku senyum je baca setiap apa yang Khai cakap dalam artikel tu. Memang betul la semua point yang Khai highlight dalam artikel tersebut. Cuma mungkin bahasa yang digunakan agak kasar sedikit, sehingga ada blogger newbie yang mungkin terguris hati

Terus-terang cakap, kalau mudah sangat terguris hati susah la nak jadi blogger. Bila korang semakin meningkat naik dalam dunia blogging, lagi banyak kutukan yang korang akan terima. Pada mata kasar, orang hanya nampak kita banyak terima pujian. So, belajar-belajarlah untuk menerima kritikan dengan hati yang terbuka. Bukan apa, apa yang Khai tegur untuk kepentingan kita bersama juga. Kalau Nuffnang bungkus sebab advertiser xnak beriklan dekat Nuffnang lagi camne? Ternganga secara berjemaah la kita beb..

Ok. Enough membebel. Ni aku nak share tips yang aku lakukan untuk menjana pendapatan sampingan daripada Nuffnang. Sebenarnya, lebih kepada tips secara xlangsung la, bukannya bila buat terus earning bertambah. Hihi

Selalu berinteraksi dengan Nuffnang
Berbaik-baiklah dengan Robb Chew iaitu staff Nuffnang bahagian Blogger Relations. Mengikut pengalaman aku, segala soalan akan dijawab dengan baik walaupun ada soalan yang aku tanya tu agak remeh dan xberkaitan dengan blog sangat. Hoho

Ubah jawapan untuk survey Nuffnang
Cara ini x diyakini sangat berjaya, tapi aku just buat je. Haha. Setiap 1-2 bulan sekali aku akan update survey Nuffnang mengenai blog aku. Aku akan ubah bahagian blog kita fokus tentang apa, apa kategori iklan yang kita rasa bersesuaian untuk blog kita. Lagi satu, jangan lupa untuk blog description tu tolong la describe betul-betul. Advertiser tengok blog kita mengenai apa daripada situ kot

Dapatkan panduan & ebook daripada sumber yang dipercayai
Korang kena la jadi blogger yang rajin google dan suka explore. Belajar daripada pengalaman orang lain. Di awal pembabitan aku dengan Nuffnang, aku banyak refer post daripada NoorizamShah & juga YM dengan Topo. Selain tu, ada ramai blogger berpengalaman yang buat ebook tentang Nuffnang dan semuanya PERCUMA!

Buat lebih banyak blog
Jangan terlalu fokus kepada satu blog sahaja sebaliknya explore niche/kategori lain. Dulu, aku cuma fokus kepada blog Chokilala dan mengharap earning daripada blog ni sahaja. Tapi aku fikir xleh jadi macam ni, memang dapat duit tapi sekadar cukup makan je la

Sekadar meminjam kata-kata SmartZul di Facebook suatu masa dahulu, sumber pendapatan ni kita boleh anggap seperti belon. Kalau pecah belon yang satu tu, kita dah xde apa-apa dah. Jadi, bersiap sedia la dengan banyak belon, supaya kalau belon itu pecah kita masih ada belon yang lain. Lebih kurang macam tu la bunyinya. Aku xpandai bermadah helah macam Kak ZZ la. Haha

Buat blog tentang content yang ramai orang cari
Blog peribadi cerita pasal harini korang pergi mana, harini korang makan apa memang xberapa nak laku melainkan korang artis ataupun at least korang Hanis Zalikha. Kalau nak trafik letup-letup, buat la blog berkaitan hiburan. Hoho. Nuffnang is all about TRAFFIC, TRAFFIC & TRAFFIC! More traffic = more income. Unless you’re a celebrity blogger, dapat la buat advertorial kan? Hehehe

P/S : Blogger yang blogging pasal peribadi jangan marah ye. Maksud aku, contohnya bandingkan content Chokilala dengan content OhArtis. Jauh panggang daripada api kan? Sama juga dengan earning yang terhasil. Itu yang aku cuba sampaikan dalam point di atas. Hihi

Target pengunjung blog daripada Malaysia
Nuffnang lebih suka kalau pengunjung blog itu datang daripada trafik tempatan. Kenapa? Sebab mudah untuk dia target pengiklanan. Contohnya, ketika post ini ditulis ada kempen daripada syarikat penerbangan MAS menari-nari di sidebar & juga kempen DiGi

Cuba kalau korang ni orang luar, mesti fikir amende la pula DiGi ni kan? So, get what I mean? Oleh sebab itu juga la, Nuffnang xkasi kita pasang ads from other South East Asia rival company seperti Advertlets & Innity. Jadi, hasilkan content blog yang bersifat ‘Malaysia’ atau serantau

Erm. Aku rasa cukup la sekadar enam point yang diberi di atas. Kalau nak lebih tahu, lebih baik korang tanya secara peribadi dengan blogger-blogger yang berpengalaman seperti Kak Jie, Khai, Topotato. Kena sebut berpengalaman, maklum la xsemua orang suka perkataan otai. Hehe. Satu yang pasti, pendapatan mereka dengan Nuffnang semestinya JAUH BERBEZA dengan pendapatan aku

Sekadar perkongsian bersama, ini pendapatan aku yang terhasil setakat ini. Post ni istimewa sikit la sebab selama ni aku xpernah reveal dalam blog berapa dah aku dapat dengan Nuffnang. Orang lain buat post buffered earning, aku duduk diam-diam je. Kesian tau tangan nak buat tapi hati kata jangan. Hehehe :P

earning-nuffnang-chokilala-2

Ni screenshot baru lepas cashout di mana setakat ni dah 6 kali cashout secara berturut-turut setiap bulan bermula daripada bulan Julai 2009. Alhamdulillah, mampu la nak ada duit poket sendiri. Tapi ini baru permulaan, ada banyak lagi perancangan di fikiran. At least aku cemburu dengan earning orang lain then aku buat something, bersaing secara sihat, xla just duduk goyang kaki main klik-klik kan? Oops terlebih sudah. LOL

earning-nuffnang-buffered

Ni pula buffered earning sedia ada yang menunggu untuk jadi metered earning. Post ni bukan niat nak menunjuk, cuma aku nak bagi gambaran kasar je kepada blogger yang sakit hati pasal Khai tegur klik-klik Nuffnang tu bahawa korang pun boleh berjaya dengan cara yang betul. Ibaratkan korang artis, korang beli album sendiri banyak-banyak or bagi duit suruh kawan-kawan korang beli banyak-banyak pastu bangga cakap album laku. Memang orang kata waa hebatnya dia ni, tapi dalam hati kita sendiri tahu apa yang kita buat kan?

Oleh itu, pesanan ikhlas daripada penaja ialah bersainglah secara sihat. Cuba ikuti tips-tips di atas. Satu je yang aku boleh katakan, sabar itu manis. Hehehe

P/S : Mengidam netbook..

28
Dec 2009
POSTED BY chokilala
POSTED IN Nuffnang
DISCUSSION 102 Comments

102 Responses to : Tips Meningkatkan Pendapatan Nuffnang Dengan Cara Yang Betul

  1. fatehah says:

    wah panjang pulak entri Kak Lala kali ni.hehe macam ni baru puas baca

    pst….mcam best lak panggil Kak Lala.haha

  2. Mr.Bintang says:

    fuyooo… cecah riban… terkejut topo.. hahaha.. :haha:
    :love: lanje I lala…~ :lala: hihihi..

    nak jeles ke x ni erk? :sad:
    x pe.. bulan depan bakal cashout kali ke-2.. hohoho.. i nye ckit je pun.. :cry:

  3. fadzioriq says:

    salam,
    eh kat mana eh nak tgk buffered earning tuh? macam takde aje?huu

  4. azizwan says:

    woot :what:

    byk tu.. jeles seh. hehee..

    btw.. terima kasih yer kak choki sbb share tips2 tu.. insyaAllah akan dicuba try test..

  5. chokilala says:

    topo,
    topo gay

    fatehah,
    wahh ko baca sedap la. aku ni yang berpeluh-peluh menaipnya. hehe

    mr bintang,
    belanja? beri 50 sebab kenapa kena belanja? hehe. birthday u ke nyah? bilakah?

    fadzioriq,
    err. click earning. kalau dapat kempen, ada la buffered earning tu. hehe

    azizwan,
    boleh la sikit2. khai lagi berkepuk2 duit dia. hehe. ok, cuba la. good luck :)

  6. k_afzal says:

    perghh :love: ,
    lepas ni boleh jd full time blogger baru lg masyukkk

  7. arrizz says:

    thanx alot..tips yg sgt mbntu..

  8. x-po says:

    wah, bagus info ni utk blogger noob cam aku ni..hukhuk..tak tahu pe2 pun pasal nuffnang ni..apa jadahnya nuffnang ni ek? leh explain skit x? hehe

  9. blowie says:

    still taknak reveal dia punya lubuk nuffnang tuhh,hehehehe

  10. Mr.Bintang says:

    huuuu~ x larat nak senarai 50 sebab.. :cry:
    x pe lah… t’paksa ni… sebab pertama.. a’ah.. besday i 7hb depan..
    sebab kedua… besday i..
    sebab ketiga… pun besday i..
    sebab ke-4 dan seterusnya pun besday i gak… hahahaha.. :haha: lanje.. lanje.. :lala:

  11. yash says:

    giler lah weyh! bulat mata aku tgk ko nya duit! pehhh! respek! jeles tahap aku mcm nak lempang ko lelaju.. hak3 :what:

  12. chokilala says:

    k_afzal,
    setakat ni, masih part time lagi. hehe

    arriz,
    u’re welcome :)

    x-po,
    nuffnang tu sejenis makanan tradisional negeri pahang. hihi

    blowie,
    rahsia kerajaan dowh. hahaha

    mr bintang,
    uiks. sama dgn topo ke? korang kembar eh? haha

    fadzioriq,
    welcome :)

    yash,
    cis. nak lempang aku plak. haha

    amoi,
    tu la, sedekah la dekat aku rm19, pelis? :P

  13. zool says:

    Memang kayalah. Tak leh nak cakap apa…

  14. Akuro San says:

    wow, hebat! tips yang bermanfaat~ :wink:

  15. Rjuna says:

    Siapa nak tau blog choki sila ngorat aku (gadis comel sahaja) hahaha

    antara Azam tahun 2010 aku ialah bayar bil tenet umah dgn duit nuffnang, selama ni kikis duit mak bapak jer bayar bulan2 ahhaha

    Hah Team Klik Klik sila buka mata bila baca topik ni yer

  16. Encik K says:

    waaa.. sangat informatif info kak lala kali ni..saya akan menjadi lebih aktif kali nih.. nak dapat seploh ringgit pon merangkak2 nih. aduuiii.. huuuu

  17. qismina says:

    hmmm.. baru buat nuffnang tadi.. still tgh godek2.. tak tau sngt bnda nie.. tnx for the info.. ble dipraktikkan tuh.. ehhehe.. i’m the newbie

  18. aman says:

    Pergh. pasnie kena tuntut ilmu kat Kak Lala.

  19. chokilala says:

    zool,
    kayap ade la. kahkah

    akuro,
    sila praktikkan mana yang boleh. hehe

    rjuna,
    syyhhh. jangan la cakap blog jejakacomel.com tu i nye. keke
    bukak mata, bukak hati, bukak minda :P

    encik k,
    yezza encik k, buat blog banyak sikit. nampak mcm ada buat blog review filem ek? nice. hehe

    qismina,
    haa baru buat? kena sabar banyak banyak banyak. lambat sikit tapi berbaloi-baloi kalau sabar

    aman,
    cis. abang aman lagi tere. innity jemput lagi tu. hehehe

  20. chokilala says:

    shipa,
    ko jgn nak terhuyyo2. haha. ko nye lagi hebat. ko la sifu aku. i lap u shipa :love:

  21. hilmi says:

    wooahh.. kayanya kak lala… :what: :what:

  22. Eriyza says:

    Nak beguru dgn Chokilala laa.
    Maseh baru sgt dgn benda alah ni.
    Pendapatan pun ciput lagi.
    Tq eh.

  23. Liyanaa says:

    :eyes: :eyes: :eyes: pengsan i tengok earning u and earning dkt buffered tu pfft *bepeluh*

    baik, i nak creat terunahangat.com pulak

  24. mohdisa says:

    ini yg takut nak klik publish smlm yerk…haha

  25. mohdisa says:

    huhu, mantap beb tips yg diberikan. pasal survey tu mmg betul kot. kalau tulis description ala balai jerk. sapa nak kasi ko pasang iklan. betul tak kak lala. :P

  26. Nedy Nadia says:

    bagus tips kat sini.
    I nie tak faham sgt psl nuffnang nie.
    bile da byk mmbace, faham la sket2 camne nk kasi naek nuffnang tu. hehe

  27. Rara says:

    pheewwwwittt pheeewwwitttttt :DD

    * yang censored tu semua i tahuuuuu wekkkkk.

  28. Azah says:

    best la ko…
    wei, datang kb skali lg weh..
    kali ni blanja aku, aku da x interrupt da ko nk bayar ke x..
    haha…

    ~ bile bole angkut netbook tu?

  29. chokilala says:

    hilmi,
    mana de kaya. beruang sikit je. hoho

    eriyza,
    xpe, lama-lama berhasil la. hehehe

    liyanaa,
    jom create. i boleh suppy picture untuk blog tu. nanti i kasi picture pian cecupak. hikhik!

    mohdisa,
    yup. inilah dia. haha. bagi aku, description untuk blog adalah benda yang sangat-sangat penting. rugi kalau sesiapa describe blog dia sambil lewa je

    nedy nadia,
    kena banyak explore dan membaca. dah lama nanti faham sendiri. saya pun awal dulu blurr, banyak tanya topo yang xkacak tu je. haha

    rarakus,
    lalala. tahu senyap, xtahu pun senyap. hehe. u punya lagi banyak >___

  30. apiih says:

    Perggghhh!!!!…earnings die nk dkt sribu..jelez teramat!!..ahahaha

  31. Hazwan Hakim says:

    dasat..
    income tu dari 1 blog jer ker ur campur dari blog2 yg len?

  32. Jimmy MRR2 says:

    Wah.. x sangka blog melayu pn boleh wat bnyk camni..
    Aku ada satu portal dlm BM. Aku join TLA dan dpt RM50 tiap2 bulan utk portal tu walau x prnah update… kire OK la tu..

    ………………………………………………………………………..

    BTW, ak x berapa stuju sgt utk buat beberapa blog yg berlainan niche. Bagi aku lebih elok kalu buat beberapa blog yg sama niche pastu linkkan sesama sendiri. Jadi lebih cepat naik pagerank.. dan x susah sgt utk kite tulis artikel sebab kita mmg dah kuasai niche tersebut.

    Kalu banyk2 niche pening kepala nk cari idea baru…

    Tapi sebenarnya, lebih bagus kalau kita fokus blog kita pada satu keyword yg dapat search tinggi sahaja. Sebagai contoh keyword ‘laptop keyboard’ terima traffic purata melebihi 200ribu setiap bulan.

    Jadi kalau kita boleh optimized blog kita utk msk dlm first page SERP utk keyword ‘laptop keyboard’, maka senang2lah boleh dpt 100-200 ribu pageview sebulan..

  33. waaa… expert gila ko.. huhu, aku dah brape tahun pasang nuffnang, tapi dapat lima posen jerr.. takpelaa nanti lenkali aku baru focus buat duit, skang nie suka2 jer…

  34. shy guy says:

    pergh cm tak caya a leh dapat almost 1k..brapa byk blog awak ada?

    P/s: cam kenal ja..heh!

  35. Encik K says:

    yeayy.. nuffnang dah 5ringgit.. lagi 45 ringgit leh cashout..
    isk isk isk… sedey la saye…
    chuki.. dermakan 45 ringgit leh x? hikhik

  36. chokilala says:

    jimmy mrr2,
    mcm nama highway. hehe. boleh je blog melayu, cuba tengok ebook nuffnang daripada hafreze. riban2 pendapatannya. hehe. aku xjoin TLA sbb blog melayu. haha

    menurut apa yang aku tanya daripada org nuffnang, kalau boleh dorang lagi suka returning visitors berbanding organic visitors. dan dorang lagi suka kalau blog tu nampak ada authornya, kiranya ada personal touch la

    samanosuke,
    haa. fokus la betul2. xdapat yang betul lagi mmg cakap suka2, tapi once da sedap mesti rasa nak lagi dan lagi. hohoho

    shy guy,
    3 blog sahaja :) 1 trafiknya agak tinggi juga la, satu sederhana, satu trafik sedih. wakaka

    mcm kenal? errr yeke? aku xkenal ko pun. gi blog, xnampak muka pun. hehe

    encik k,
    chaiyok encik k! u can do it! i boleh derma dekat u encik k, tapi u derma la dulu untuk i kasi genap 1k duit i tu. hehehe

  37. mieya says:

    Waah banyak nye earning.
    Earning mieya baru rm12+ tauu.
    Taktau mcm mana nak naikkan earning T_______________T

  38. uda says:

    salamm..
    banyakkk.. nyaaa..

  39. azizan4444 says:

    wow..speechless..hahaa…mantap siut..

  40. shy guy says:

    tgk a kat link about fit tu..ada je gambar seketul..hehe

  41. shy guy says:

    eh thanks tegur pasal comment moderation tu..kalu tak, memang tatau yg bukan googler dan blogspoter tak leh comment..heh

  42. syaza says:

    ohh , terkedu tgok nuff kak lala…
    greattt !
    :)

  43. nikel says:

    helo helo..i wan ur traffic too..link sum to me..kakaka

    here me at Nikel Khor

  44. Johnytim says:

    ye btl tu, no 1 traffic kena bgus, blog kena update selalu..aku dulu xde nak main klik2..sampai la aku t’ikt owg2 di luar sana..sbb nmpak mcm seronok..

  45. arin says:

    pheewwiit.

    Hasil bape lama menanti nak cecah hampir ribuan tuh?

  46. Kujie says:

    Jimmy MRR2 Says: elok kalu buat beberapa blog yg sama niche pastu linkkan sesama sendiri. Jadi lebih cepat naik pagerank..

    bahaya ni – nanti kena Google SLAP @ penalize PR kerana Link Farm

    dalam pelajaran SEO, Link Farm dok dalam kategori DON’T, lagi2 kalau backlink berasal dari IP yang sama….mudah sgt encik google tu lempang
    dan blog yg ada blogrol banyak2…di anggap sebagai Splog (spam blog)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="">