Nuffnang Xchange Widget Tingkatkan Trafik Untuk Blog Kecil

Nuffnang Xchange Widget merupakan widget terbaru daripada Nuffnang selain daripada widget sedia ada seperti Happy-O-Meter & Poll. Aku mula perasan tentang kewujudan widget Nuffnang Xchange ni malam semalam sewaktu hendak sign in Nuffnang. Biasa la, rutin harian sekarang ni ialah check earning kempen (walaupun naik mcm semut). Hoho. Tapi waktu tu masih lagi tertera perkataan “Coming Soon”
Secara ringkasnya, widget Xchange daripada Nuffnang ini berfungsi untuk meningkatkan trafik ke sesebuah blog. Yang lebih menarik, fungsi ini disasarkan kepada blog yang mempunyai purata kurang daripada 300 uniques setiap hari. Untuk penerangan lebih lanjut mengenai widget Nuffnang Exchange boleh rujuk post yang telah disediakan di blog Topo. Oh, fungsi ini terhad untuk pengguna Nuffnang berstatus Gelihati Glitterati sahaja ye?
Blog Chokilala punya uniques macam roller-coaster. Antara layak & xlayak untuk pasang widget ni, tapi cuba je la mana tahu ada trafik masuk. Hohoho
Kelebihan widget ni pada pandangan aku sedikit sebanyak dapat membantu blog-blog kecil yang mempunyai trafik sederhana. Selain tu, ruang iklan baru juga ditambah melalui kewujudan widget Xchange ini yang bermakna lebih peluang untuk para blogger meningkatkan sumber pendapatan Nuffnang mereka
Kekurangannya pula, secara peribadi aku rasa widget ni xde la boleh jana trafik kaw-kaw sangat. Trafik sesat mungkin la kot? Selain tu, saiz dan placement widget ni juga yang kurang efektif membuatkan pengunjung rasa kurang selesa bila melayari blog tersebut
Ada ke patut Nuffnang suruh kita tepek bunga besar anak gajah kat tepi blog? Memang xpatut betul. Hoho
Widget Nuffnang Xchange ni akan dipasang sebagai percubaan untuk satu jangka masa yang bersesuaian. Agak-agak nanti kalau datang lagi blog Chokilala ni dan widget Xchange tu dah xde, maknanya xbest la tu. Hehehe
aku baru jumpa satu je blog yg kacak letak bunga besar tu..
http://milkywaycups.blogspot.com/ hoho lain sume xde yg berani cube.. hohooh
Patut blog ko pasang yg bunga tu choki baru seswai, gi tukar cepat hehe, blog aku takleh nanti dituduh mat bunga, emm aku baru nak pasang hehe
untuk pengguna monitor wide agak bersesuaian la kalo letak mende ni.. tp mcm mn plak bagi pembaca blog yg gune monitor kecik? huhuhu.. gile sempit.. tak efektif lansun.. lalalala..~
HMMM….bestnye….. thks for the new info…. widget tu macam getyoumedia yeek…
Aku pun baru cuba letakkan widget ni… tapi rasa cam semak jer. kalau tak best nanti delete jer
blog choki ni mana layak nak letak widget xchange ni.. bagi la blog2 picisan cam aku ni je yg letak..
He he… hmmm.. huwaaaa… aku tak pakai nuffnang…
Aku dah pakai kejap…tapi dah buang…nampak serabut…ahahaha…
@EiNS : aku pun baru lepas buang. blog jadi slow gile. hoho
untuk berlaku jujur, aku sgt kejelesan dgn org yg ada nuffnang kt page dorg ni. tapi aku sendiri malas untuk ada. jadi macamana ni? adekah aku layak disebat di punggung?
@eireen jelita : layak. nak pukul slow ke kuat? hoho
mane widget tue? tak nampak pon.. aku nak tgk lawa ker tak.. kalo lawa aku letak kat blog.. heheh..
@samanosuke_04 : seperti yang dinyatakan dlm entry, kalau xnampak lagi maknanya xbest la tu. telah dibuang dengan jayanya sebab buat blog slow gile loading. huhu
x mo letak la
design widget tuh tak cun
tak ngam ngan theme. hehe :)
xpayah letak la. saya sendiri dah remove xchange widget untuk blog ni. blog jadi slow lagipun xdpt tarik trafik pun. hehe
Baru ingat nak try pasang..tp nmpak gaya x jadi la..cam rmai je yg dh buang blik widget ni..huhuu..