Nuffnang Cashout Chokilala Yang Pertama


Butang “Cashout” yang terdapat di dashboard Nuffnang telah ku tekan dengan jayanya pada 27 Julai yang lepas. Post ni sebagai hiburan semata-mata selepas aku tengok post yang dibuat oleh Azizwan mengenai Advertlets. Membayarkah Advertlets? Ooops! Terlebih sudah :P

Tujuan post ni cuma nak tengok tahap keberkesanan Nuffnang dalam membayar para blogger. Mengikut kebiasaannya, cek akan mengambil masa lebih kurang sebulan lebih sekiranya korang picit butang “Cashout” tu di hujung bulan

Contohnya, macam aku cashout 27/7 yang lepas maka bulan Ogos mereka akan proses request tersebut dan dijangka awal bulan September nanti baru aku dapat cek. Hohoho. Lama sungguh. Tapi kalau dapat, sekejap je aku shopping simpan

Sekadar info tambahan, aku mencapai jumlah minimum yang membolehkan untuk cashout selepas memasang iklan Nuffnang selama 5 bulan :D Berapa yang aku cashout? Haa, cukup la kalau aku cakap sekadar jumlah minimum sebab aku nak tengok dulu cepat ke lambat Nuffnang bayar. Hahaha

Dan hari ni, selepas 17 hari cashout yang pertama aku dah boleh picit lagi butang “Cashout” tu kalau nak. Hohoho

Daripada apa yang aku perasan, bila earning dah mencapai RM50 baru la bermacam-macam kempen yang korang akan dapat. Aku juga pernah kecewa dengan Nuffnang, down, jealous, marah dan sebagainya. Tapi aku terus sabar dan sabar dan kini aku boleh tersenyum simpul berkat hasil kesabaran tu. Kihkih!

Okla, xmau berceloteh panjang. Kita tunggu je la samada cek Nuffnang akan sampai tepat seperti jangkaan atau tidak. Mungkin aku akan buat contest dengan duit tu sebab aku tahu ramai yang support blog ni dengan klik iklan Nuffnang aku. TQ! Lagipun sebenarnya duit tu sikit sangat, baik bagi kat korang je. Huhuhu

Fakta 1 : Cashout pertama is 99% mainly based on CPC ads
Fakta 2 : Pernah dapat kempen, tapi waktu blog down T__T
Fakta 2 : Aku xmain bertukar-tukar click ads di blog. Huhuhu

13
Aug 2009
POSTED BY chokilala
POSTED IN Nuffnang
DISCUSSION 65 Comments

65 Responses to : Nuffnang Cashout Chokilala Yang Pertama

  1. wanmus says:

    Apa pun, tahniah sebab dapat cashout jugak..bukan semua dapat cashout. saya dulu pun camtu, nak cashout kali pertama bukan sekejap, hampir setahun baru leh cashout tapi lepas tu best je..hehe

    Bayaran untuk ahli gliterati 30 hari selepas hujung bulan kita cashout. Bukan ahli pula 60 hari. So kalau awak cashout 13hb, cashout awak hanya akan diuruskan hujung bulan ni dan hujung bulan 9 atau awal bulan 10 mungkin baru awak akan dapat..

  2. naz says:

    oh nuffnang. putting the ‘bling’ in ‘blogging’ kannn? hoho

  3. d|n says:

    dasat2..ak pun br 2 kempen..
    kene usehe lg ni..hehe

  4. HafizAdam says:

    NN mmg agak tepat dia send check.
    tahun lepas dah casgout. memang tepat sebulan dia hantar.
    tapi yang peningnye, sejak Januari tahun nih tak berubah Earning, kekal berada di takuk RM 17584.75
    kenapakah?
    adakah itu jumlah maksimum utk cashout?
    haha

  5. Lisa says:

    Chokilala,cam ne pulak nak dptkan kempen eyy?

  6. sufian says:

    kalu nak transfer kat aku pun no hal je..

  7. stonemaster says:

    tunggu my 1st cashout jugak nih…hehe

  8. edwin says:

    macamana nak ‘main’ nuffnang ni. dah setahun pasang tapi belum sampai rm10

  9. Ikhwan says:

    wah, earning smpai RM 17584.75? dasyat btol. ada tips tak?

  10. samdaddycool says:

    Tahniah ekk dapat duit daripada Nuffnang. Memang best sebab kira sebgai bonus berblogging.

  11. milofloat says:

    best nye korang yg dah cashout..aku lmbat btul nak gerak duit tuu..huhu.. bleh bg tips x??

  12. sufian says:

    Nak dapat susah sangat..bila dah dapat..eh dah habis…
    (itu la aku)

  13. Kafe Que says:

    tahniah..slame 2 bln berblog mmg seronok ngn nuff..ade contest la, gathering, duit pn leh wat..bes2

  14. myvitrd says:

    diharapkan semua orang dapat merasa hasil dari berblog bersama nuffnang.. aku dah pernah cashout 3 kali sebelum ni.. memang mengujakan bila dapat tengok nuffnang bayar dekat blogger..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="">