Food & Drink Street Food

Nasi Kandar Beratur, Penang

Nasi Kandar Beratur ini terletak di lot tepi rumah kedai yang bersebelahan dengan Masjid Kapitan Keling. Ia hanya dibuka bermula daripada pukul 10 malam hingga awal pagi.

Nasi Kandar Beratur, Pulau Pinang, Malaysia

Saya sampai di kedai sekitar 9.40 malam dan di hadapan barisan sudah ada sekitar 15-20 orang. Tidak hairanlah nasi kandar ini diberi nama sebegitu rupa kerana literally anda memang perlu beratur untuk menikmatinya! Kira-kira sejam selepas itu barulah sampai giliran saya untuk memilih juadah. Hidangan adalah ringkas namun nampak menyelerakan. Yang menjadi pilihan adalah ayam goreng kerana daripada hasil carian di Google ramai yang mencadangkan hidangan tersebut. Saya memilih untuk bungkus sahaja dan makan di hotel kerana Farhan sudah lena dibuai mimpi ketika kami sedang beratur 😀

Nasi Kandar Beratur, Pulau Pinang, Malaysia

Memang benar, ayam goreng yang dijual di Nasi Kandar Beratur ini sangat superb. Selain daripada itu, rasa kuah karinya juga tak terlalu kuat. Saya cadangkan sesiapa yang berkunjung ke Penang untuk mencuba sendiri keunikan Nasi Kandar Beratur. Terbaik!

Leave a Comment