Events

MyLife Appreciation Day oleh MYNIC

Terpilih antara 40 orang pemilik domain .my yang bertuah telah membolehkan saya dijemput untuk menghadiri program yang dianjurkan oleh MYNIC Berhad. Berlangsung di Mydin Mall USJ pada 15 Ogos 2015, program ini bertujuan untuk menghargai kesetiaan pemilik domain .my dengan menawarkan hadiah menarik dalam program cabutan bertuah.

sym-vts-200

Sebuah motosikal SYM VTS 200 menjadi taruhan dalam program cabutan bertuah ini. Sejujurnya saya tak minat motorsikal dengan gaya sebegini, tapi sekiranya diberi secara percuma apa salahnya 😀 Seramai 40 orang yang bertuah daripada 300,000 pemilik domain .my telah dipilih melalui proses cabutan undian awal.

mynic-mylife-appreciation-day

Program dihoskan oleh bekas penyampai radio popular, Kieran. Terdapat 6 sesi permainan yang perlu disertai sebelum sampai ke acara kemuncak iaitu cabutan bertuah hadiah utama. Namun sayang sekali kerana nasib tak menyebelahi saya untuk menang motorsikal tersebut :(

Harapan saya ialah agar MYNIC akan lebih banyak menganjurkan program-program seperti ini di masa akan datang bagi menghargai pemilik domain .my.

Leave a Comment