Melaka Wonderland Theme Park & Resort Kini Dibuka
Update (8 Jun 2010) – New post! Gambar Melaka Wonderland. I already went there! :)
Hai semua. Harini nak cerita pasal tarikan terbaru di Melaka iaitu Melaka Wonderland Theme Park & Resort. Baru je dibuka pada 15 Mei yang lepas. Boleh kata setiap hari aku ulang-alik lalu simpang nak ke Melaka Wonderland ni dalam perjalanan nak pergi kelas di kampus tetap UTeM. Hohoho
Melaka Wonderland ni merupakan taman tema air lebih kurang macam yang dah sedia ada di Melaka iaitu A’Famosa Waterworld di Alor Gajah. Aku belum pernah pergi lagi, tapi melihatkan kepada gambar, aku rasa taman tema air Melaka Wonderland ni tak berapa besar kalau nak banding dengan A’Famosa Waterworld atau Sunway Lagoon kot? Agaknya je la..
Sebelum tu, mari layan dulu video animasi 3D daripada pihak Melaka Wonderland. Kalau korang nak tahu, dinasour yang bercakap masa 0:05 tu guna suara Nazrien la. Hahaha. Gurau je Topo :P
Aha! Melihatkan kepada animasi 3D yang dihasilkan, memang nampak promising. Kira ada effort la untuk promosikan tempat ni. Selain tu, aku perhati jalan-jalan di Melaka ni banyak juga yang ada pasang bunting & banner tentang pembukaan Melaka Wonderland ni. Hehehe
Berikut merupakan beberapa informasi mengenai Melaka Wonderland seperti waktu operasi, harga tiket & peta lokasi. Kacang je tempat dia. Kalau daripada plaza tol Ayer Keroh, akan ada satu simpang lampu isyarat depan Zoo Melaka, masuk je ke kanan. Melaka Wonderland ni jalan masuk dia sederet dengan McD Ayer Keroh, Taman Buaya & Taman Botanikal :D
Waktu Operasi :
Weekdays (Mondays to Fridays)
10:00 am – 7:00 pmWeekends (Saturdays to Sundays including Public and School Holidays)
9:00 am – 7:00 pm
Harga Tiket :
Weekdays (Mondays to Fridays)
RM26 (Adult) & RM20 (Children)Weekends
RM30 (Adult) & RM25 (Children)Tapi ni harga untuk soft opening, tak tahu la kalau dah berubah ok?
Peta Lokasi :

Untuk sebarang informasi tambahan, korang boleh pergi ke laman web Melaka Wonderland di http://www.melakawonderland.com.my. Setakat ni, aku belum berkesempatan lagi nak pergi, tapi kalau aku pergi nanti aku akan bagi laporan penuh bergambar, okay? Hahaha. Eh, selain tu korang boleh juga join fanpage Melaka Wonderland ni di Facebook untuk tengok gambar. Setakat post ini ditulis, dah 9950 orang yang like page tu. Awesome!
map tu ade ‘dari jasin’..kampung aku tuh, masuk blog choki choki hehhe..
haha. tahniah untuk kampung anda :P
Oh tak jauh dari kampungku, Tmn Ayer Keroh Heights..hehe :D
mengapakah kampung, tapi taman? hehe. bila nak balik kampung? boleh dating :P
Dating? Uish marah en. F nnt..haha :P
macam best.huhu i like waterpark
Pingback: Tweets that mention Melaka Wonderland Theme Park & Resort Kini Dibuka | Chokilala.com -- Topsy.com
look nice to go. tp mahal gak ye tiket. wish to go! =D
ok la prize tu..so u bleh pg.kalo kat sunway lg mhl
mieza:untuk saya kan sunway lagi murah sbb abg sy kerja hotel dia..tp skrg tdk
jadi promotert ehh skg ni?
:D
ehh..mcm besh gak neh~~ nnt leh p jenjalan mlaka..yeay~! :D
yeah!sudah bukak!
adakah ini entri berbayar..haha
nanti hujung tahun aku pergi jajah negeri melaka
tidak berbayar. ini entry daripada blogger melaka untuk semua, ini je yang termampu nak tolong promosikan negeri kelahiran sendiri. hehe
melaka..jauh dari tempatku..uhuhuhu
agak2 Alice dgn kucing Cashire duduk dalam wonderland ni tak, kalau takder takmo pergi, baik saya pergi taman buaya haha
haha. kucing takut air. cuba tengok video tu, dinosaur je yang duduk dekat theme park ni la. kiki
Pingback: Respon: Kenapa Orang Malaysia Bila Salam Bawa Ke Dada Eh?- syafiq.net
saya takut air!!!hehe…dh lama tak jalan2…rindu btol…
huuuu..patut try nih..!!
macam best je… lama betul tak gi waterpark ni heheh
cik choki da pegi try ker main ari kat situ?
kenapa la ko tulis nazrien.. hahaha habis tercemar nama baik aku.. hahaha
haha. nama baik ke? *teeetttt* okla tu, asyik tulis topotato je, sekali sekala letak nazrien pula :P
macam best je..dah lama gila tak gi bersuka ria
ahah..semestinya kamu harus belanja aku pergi situ..ok?
wow menarik…aku pun blom berkesempatan utk pergi…
maksu dan paksu aku di KL dh bertanyakan status tempat ini sudah dibuka atau blom, rupanya dh buka…
nak kena g gak nie, jom topo n choki2 kita buat rombongan blogger ke sana…
See and rediscover historic Melaka like you’ve never seen it before.
Melaka from the Top – a book published by Nutmeg Publishing is a first of its kind publication in Malaysia.
See: http://www.nutmegpublishing.com/MftT.html
melaka wonderland nie mmg sesuai utk bt hari keluarga…bnyk prmainan yg menarik…jadi jomlh kita rmi2 prgi melaka theme park..
whoa jam la lepas ni kat area sana. tapi best woooo hehe :)
harap-harap diorang tak buat animal show oleh haiwan yang diorang stone-kan macam case a’famosa. :)
yeah! hope so. i’ve seen the video yang harimau dekat a’famosa waterworld tu. don’t worry, sini takde animal show pun. kalau nak tengok, jalan je pergi zoo depan tu. hihihi
Pingback: (Gambar) Pengalaman Ke Melaka Wonderland Kali Pertama | Chokilala.com
wow bestnyer tngok…nnti nk pi la ngan family…
berapa sewa resort tu ekk
Ermmm… InsyaAllah nak g next week =)
silakan. singgah-singgah la tempat menarik lain di sekitar kawasan tu juga :)
memng best ni pergi kali kedua
erm nk tanya pasal byaran sekarng cm ne?
dewasa berapa n knak2 berapa?
rasanya harga masih sama kot? tak pasti pula
best…..ha hahaha
MELAKAWONDERLAND DEKAT TAK DENAGN BATU BERENDAM????????
boleh tahan la. dalam 10-15 minit dengan ayer keroh :)
melaka tempat kelahiranku, dr merlimau. tp sy duduk kl. x de penginapan ke kat sana? malas nak ulang-alik ke merlimau tu.
ada banyak je penginapan sekitar ayer keroh tu. melaka wonderland ni letaknya depan zoo melaka, tapi masuk ke dalam sikit :)
wowww!!!MEMANG THE BESTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT!!!!!!!!!!!!
saya suka mandai wondarland kerana besar dan harganya pun murah
hujung tahun ni nak bawak kelas 5 bestari sk parit bunga…bulan november…mesti syok giler lah
best tak tmpat nih?
Salam,wow excited nak pergilah ,ini nak Tanya theme park ni Dan al famosa mn lebih besar ye Dan lg best lah Kira ujung tahun ni nak bw family Sabah dog p sana Dan tempat makannya Murah ke ok tq
wonderland nie bleh bawa makanan dan minuman ke x boleh ??