(Gambar) Pengalaman Ke Melaka Wonderland Kali Pertama
Update (24 November 2010) – Post ini menceritakan pengalaman penulis & mengandungi gambar. Untuk informasi mengenai harga tiket, waktu operasi & peta lokasi Melaka Wonderland boleh rujuk post ini : Melaka Wonderland Theme Park
Haritu aku dengan sepupu aku & nenek aku pergi Melaka Wonderland ni. Duduk rumah pun takde buat apa, jadi kitaorang pun decide untuk pergi sini. Pukul 9 pagi semua dah siap bangun mandi semua, pukul 11 malam yang malam sebelumnya semua dah tidur padahal standard selalu pukul 3 pagi baru nak tidur. Jangan harap la kalau hari lain waktu cuti semester ni makhluk-makhluk tu semua nak bangun awal (eh including me hehehe). Bangun awal mungkin, mandi awal tak sangat kot. Hohoho
Berdasarkan pengalaman aku yang dah pergi Melaka Wonderland Theme Park ni, aku rasa boleh tahan la tempat ni. Nak kata besar tu tak besar sangat la. Macam A’Famosa Waterworld kira besar dah tu. Melaka Wonderland ni aku boleh cakap besar dia lebih kurang macam Desa Waterpark kot? Hahaha. Tapi setakat saje nak pergi jalan Melaka, okla tempat ni takde la teruk sangat pun, cuma tak besar sangat je
Overall, aku bagi 3 out of 5 stars kepada Melaka Wonderland ni. Sederhana je sebab aku rasa tempat ni kecil & tak banyak sangat game. Tapi waktu aku datang tu, ada lagi water slides yang tak boleh main. Ada yang tengah repair & ada yang tak buka lagi. Aku datang hari biasa, pagi, jadi tak ramai sangat orang waktu tu. Mungkin sekarang tengah cuti sekolah ni ramai la kot walaupun hari biasa
Korang enjoy dulu tengok gambar-gambar yang sempat aku snap ni eh. Aku pakai kamera biasa je, so maybe ada gambar yang kinda lame. Hahaha. So, just bear with it, ok? :P
Hurm. Okay, dah tengok gambar? Sekarang nak list out apa yang best & tak best dengan Melaka Wonderland ni. Hehehe
Yang Best
- Hampir semua tempat ada abang penyelamat
- Ada banyak aktiviti or tarikan. Contohnya seperti ada clown, magic show macam David Blaine, bergambar dengan maskot, ada poco-poco, ada DJ yang pasang lagu sambil kita mandi
- Tempat senang, dekat Ayer Keroh je, tak perlu tempuh bandar
- Design setiap bangunan dia cantik
Yang Tak Best
- Takleh pakai seluar ada zip
- Makanan dekat kafe mahal gila! Nasi lemak je dah RM10. Huhuhu
- Banyak sangat jalan tar, kaki terbakar jalan from one slide to another
- Lazy rizer dia kecik sangat-sangat
- Parking macam tak banyak sangat kot?
Yeah. Kenapa aku remind pasal seluar ada zip? Sebab waktu aku pergi haritu, tetiba kitaorang takleh nak naik slide sebab ketua penyelamat dia tak kasi. Motif? Takut seluar tersangkut dekat slide kot. Tapi sempat la kitaorang main 3-4 slide juga sebelum dia perasan. Hahaha. Jadi, if korang nak pergi jangan pakai track suit la. Pakai la tight ke apa ke, seluar yang takde zip la. Baju takde problem, tshirt pun boleh
Masa aku pergi haritu, siap ada couple pak arab MMU ni datang dengan awek dorang. Awek dorang pakai baju hitam tutup litup, okay je boleh je dorang mandi dengan baju jubah tu. Hahaha. Semua orang tengok dorang waktu tu, pelik kot. Cuma dorang takleh nak main slide la, setakat mandi dekat ombak tu je. Lepas mandi tu, dorang tinggal nampak mata je macam dalam gambar ni. Hehe
Baiklah, itu saja laporan penuh daripada aku. Rasa macam serabut pula, sebab bila banyak benda nak ditulis, jadi tak tahu nak tulis apa pula dah. Haha. Pesanan daripada aku ialah, nak pergi boleh la kalau saje nak tengok macam mana, tapi jangan letak expectation yang high gila-gila la. Kalau suka, boleh pergi lagi lain kali dan sebaliknya kalau tak suka, lain kali takyah pergi lagi. Senang kan? As for me, I’m planning to go with Encik F pula next time & also dengan kawan-kawan
P/S : Baik pergi Melaka Wonderland, daripada takut nak pergi laut. Nanti kaki kena gigit buaya, siapa nak jawab? Kurang pula harga hantaran aku nanti. Hahaha















kan ada tracksuit yg xde zip. hahaha
ada ke? seluar track suit aku semua ada zip. hehehe
mmg ada seluat trak suit x ada ziap
aku pergi jenguk masa first day opening tak ramai orang huhu..
tengok dari luar nampak kecik giler..tak tau la kat dalam..
tapi bile tengok gambar ko rasa cam boleh tahan besar dia..
worth tak tiket Rm30? hehe
oo. kalau tengok daripada tempat parking tu memang tak nampak sangat, sebab dia kena jalan ke belakang sikit baru sampai tempat permainan dia. worth la juga, dalam melaka je, takyah pergi jauh. hehehe
HAHAHHAA (tiba tiba nak gelak) masa ini lah boleh nak pakai leggingg. oo yehhh :DDD
pakai bikini je terus. seksi sikit. hihihi. ada abang ni haritu pakai spender je. asyik lalu-lalang depan i je, nasib baik tak pergi dengan encik f. kalau tak, mesti takleh cuci mata. lalala~ :P
hishh gatal teruk nyer
harga hantaran kurang dirisaukan…so pesanan kepada mr.F sila pastikan cek dulu apa yg kurang utk minta diskaun yer…hehe
hahaha. tangan aku calar sikit pun dia cakap dah kurang seribu dah ni. LOL
makanan dlm waterpark sume mahal.macam kat gambang waterpark tu jugak la.burger pun rm10.sudahnya aku masuk situ bwk bekal air mineral je.makan kat luar
yup. memang mahal. aku bawa duit RM2 nak beli air, sekali kena pergi ambil balik duit sebab air termurah ialah air mineral which is RM2. siapa nak minum air mineral, takde rasa? haha. aku beli milo ais, harga RM2.50. huhuhu
alah tu pun tak boleh bawak makanan masuk dalam
:p
owh~ free ke? mesti tak kan?? takde tulis fare dia pun~
btw, pasal zip tuh, pada pandangan aku, diaorang takut bahaya…ko bayangkan, ngah slide2 zip tercabut, then melekat/ sangkut pastuh terhiris perut ke tangan ke…kan naya je~huhu…tuh apa yang aku terbayang lah~hehehe
harga tiket apa semua tu, kindly check previous post. harga tiket, lokasi & peta semua ada dalam post tu. hihihi
oh pasal zip tu, aku pun ikut bayang macam ko je la. think positive. hehe. tapi aku rasa dorang boleh check sebab xramai orang sangat. cuba nanti benda ni dah ramai orang, tak sempat kot dia nak check dah. hehehe
bila melaka wonderland ni bukak ek? masa round melaka tahun 2008 dulu, rasanya takde lg kot wonderland ni.. huhu.. bila la aku akan datang melaka lg? T_T
hahahaa.. nmpak sangat aku tak follow update chokilala pasal wonderland ni.. ok! skrng aku dah tahu bila melaka wonderland ni dibukak :P
melaka wonderland ni baru buka 15 Mei yang lepas. aiyoo, 2008 ke ko round melaka? lama sangat dah tu. kawan aku pernah cakap, melaka ni tak datang 2 minggu pun ada je benda yang berubah. hehe
best gak ah
Pingback: Melaka Wonderland Theme Park & Resort Kini Dibuka | Chokilala.com
Simple je nampaknya.. Landscape pun nampaknya tak berapa cantik, Gambang Water Park better than this even Gambang is quite ‘OK lah’. Banyak lagi perlu disiapkan nih… :D Ok la utk bawa family jalan2… :D
time pergi ni baru bukak dalam 2-3 minggu kot. takkan nak expect semuanya perfect. LOL. lama-lama nanti okla kot, sebab tempat ni nanti ada resort apa semua cuma yang tu tengah nak buat
i tak boleh tengok semua gambar. lambat nak tunggu T_______T
rarakus mengada! orang lain boleh je kot view. hehehe
time aku gi melaka ari tu, merata2 banner benda ni..
malangnya x dapat pergi sbb kakak aku x tau jalan..
so lepak saja die Jusco Ayer Keroh tu…
tup tup jumpa siti nurhaliza plak..
hoho…
ahaks! ko dah lalu dah pun kot. kenapa kakak ko tak bawa pergi JJ yang besar? JJ lama kecik sikit la. hehe. suka la tu jumpa nurhaliza. kalau jumpa siti chokilala lagi best tau :P
aku pegi kat Jusco yg baru tu..
tupon ikut tunjuk arah Pak Guard India kat kolej kakak aku tu..
kakak aku nk tunjuk arah?
hello…
bandar kb pun die x kenal.. apatah lg Melaka…
haha… kutuk kakak sniri plak..
kak saudara aku lagi teruk nak pergi wonderlang tak tau jalan
bagus lah abng penyelamat tu..dia tegas dgn keje dia…
yup. kalau fikir positive, betul la tindakan dia tu. hehehe
nak g ah t..hehe/
anda dekat. silakan pergi. wajib :P
wah bestnya…. macam nak pergi jugak pulak ..bila tengok gambar nya..hehe
silakan.. tapi dalam gambar tu tak semua tempat ada tangkap gambar. slide belah atas tak ambil gambarnya sebab tak sempat. hoho
macam best jer wpun kekadang macam tak best spt tempat kanak² jauh,jalan tar,dan banyak tangga. hmm.. apa² pun kena pergi sendiri baru tau kan best ke tak best. nics sharing! :D
yeah. selera orang berbeza. ada yang kata ok, ada yang kata xbest. kena pergi sendiri baru tahu. hehe
eee nak pegi jugak…pasal suar tracksuit takleh pakai sebab dia takut zip tu tajam aku rosakkan pelampung dia tyme waterslide cam2 lah
ooo itu macam ke. baru tahu. hehehe. tq
mana gambar ko mandi pakai bikini??
shadap fendy gile! haha
tak minat…..~~~ :p
walhal sebab jauh T_T
hahaha. mengada! nanti datang melaka, boleh pergi la. hehe
best2..ade mase nk pegi kat sni..hehehehe
silakan.. kapal dagang dari seberang, sarat muatan kayu meranti, dari jauh apiih datang, orang Melaka sedia menanti. kehkeh!
yg dkt ngn eden iaitu di Sg Petani pn belum mampu lg dijelajahi T____T
aik? ada ke dekat sungai petani? apa namanya?
hari tu yana ade pergi melaka, tapi x singgah pun kat sana… jalan2 kat bandar hilir je… heee… rugi x pergi
hehehe. jalan-jalan dekat bandar pun best apa. sana pun banyak tempat-tempat menarik juga :)
fuh…banyak taman tema aku tak pernah masuk. yang selalu pergi adalah genting..haha…
senarai taman tema yang aku tahu:
1. Gambang / Kuantan
2. Afamosa
3. Sunway
4. Kat shah alam…
5. kat perak kan ada gak..tak ingat nama…
ni taman tema air. genting tu tempat permainan. hihi
alahai.. baru jer pegi melaka hari tu.. xtau la pulak ade wonderland bru bukak.. T_T
sampai hati nini datang melaka tak cakap. isk isk T____T
lala… diowg tak kasi yg ade zip sbb takut slider tu bercalar laa… hehehehe.. :P
hahaha. yeke? tak tahu la, tak sempat nak tanya. malas nak tanya haritu sebab bengang tak dapat main dah :P
oh… bile lah nk ke Melaka…
ape2 pun, Tambun Lost World dekat di hati… heheh
phewiittt.. pengantin baru datang blog aku la. kehkeh!
tambun dekat dengan ko, memang la. hehehe. honeymoon la dekat melaka, aku jadi tour guide. kiki
melaka wonderland mahupun desa waterpark. Dua dua aku tak pernah try. Tapi boleh la kot nge test sekali dua benda ni.
kalau dah memang kebetulan lalu mana-mana berhampiran situ, boleh je singgah. tak gitu? :)
cantik n tenang :), satu hari insyaAllah nak pi gak sana…ni asyik gua kelam jer ujung minggu bosan gak kat Perlis nih…
tenang sebab weekdays je tu kot. alahai, taknak la pergi gua. takde jejaka kacak :P
macam tak sebest lost world tambun je…
tak pernah pergi yang sana. tapi melaka wonderland ni kecik je. tapi better la kot daripada mandi dalam kolah dalam bilik air rumah tu. hihi
wahhhh melaka dah ada ni eh. cool la!
yup. bila nak balik sini?
ceyceycey.. faizah dah review melaka wonderland. mesti puas hati kan. bila lah nak ke melaka. haritu pg kejap je. tak puas nak jalan2 1 malaka
hihi. kau sorang je yang selalu panggil aku dengan nama faizah :P haa datang la bercuti ke melaka. 1 hari tak cukup. hehe
macam best je tempat ni..bole gakla pegi bile blk msia nnt :D
silakan. dekat je daripada exit yang plaza tol ayer keroh tu. hihi
Melaka wonderland cam best jek..
Dah berabad Mully dengan en. F, erk, en. Fitri ye, bukan en. F Chokilala nak raun2 kat Melaka,,
Tapi belum kesampaian lagik..(>.<)
wohh! kontroversi betul mully ni. jangan kita tertukar encik f kita sudah la. hehe. cepat la datang melaka, nak jumpa korang. antara rakan-rakan di awal pembabitan dunia blogging. hihi
Hikhik.. jangan.. Tak rela saya bertukar en. F kita..(~_~)
Tringin sangat jumpa.. Tapi en. F dan saya sangat la pemalu orangnya.. wakakak~ Sangat la pelik bunyinya..
Oh, sangat skema rasanya ayat-ayat kuh ini.. Doa-doakan la kami ada rezeki singgah Melaka, tak pun raya ni nak serbu rumah cik chokilala la! Nak buat proposal la kat en. F saya.. (>.<)
teringin nak g taman tema seperti ini.. nak rasa semua taman tema kat malaysia.. tapi apakan daya sunway lagoon juga pilihan di hati :P
wah,Laju je ko pegi!brape masuk?aku lalu jek..ri tu balik.hehee
anyway congrats to Datok Ali …coz berjaya menarik pelancong ke Melaka….memang menarik tpt nie…best…tp klu di upgrade lagi klu mcm sunway tu ;;;sy pasti lg ramai pelancong dtg..hehe
bape rm masuk?tak cukup detail ni..haha
rumah harapan dengan pengasih korg x melawat?
bpew ringgit masuk situ??
everyday bukak?
Harga tiket bape?
erm…sunyi sepi je kat gmbr tu..maybe sbb baru lg kot.mknn dr luar x bleh bwk masuk eh?
wah besst nye nk g huhuhu
tak sabar nak tunggu hari sabtu,nanti hari sabtu nie nak gi wanderlan sebab kpg saya kt melaka orang kawa yg bewak
:) :D
best tk kt sana
dh lma planning nk gi..tpi asyik hujan..je.tpi mcm x best je..tu yg ragu2 ni