Street Food

Joe’s Only One Mango Juice

Terletak dalam penempatan kaum Portugis di Ujong Pasir, Joe’s Only One Mango Juice mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Mangga muda dikisar menjadi jus kemudian air gula & asam boi dicampurkan, rasanya yang masam-masam manis memang sangat unik & sedap!

Joe’s Only One Mango Juice diasaskan oleh Joseph De Costa, seorang pesara TNB yang berbangsa Portugis. Terdapat 3 cawangan Joe’s Only One Mango Juice iaitu di Medan Selera Kg Portugis, Medan Selera MMU & Hospital Pantai Ayer Keroh. Kebiasannya saya akan berkunjung ke cawangan di Hospital Pantai Ayer Keroh kerana di sana kurang sesak (namun waktu operasinya adalah berbeza).

joe-only-one-mango-juice-1

Beratur panjang ketika membeli

joe-only-one-mango-juice-2

Pemandangan di medan selera Kg. Portugis

Terdapat beberapa pilihan jus mangga dengan harga yang berbeza seperti ais, kurang ais & tiada ais. Harga bermula daripada RM2.50 untuk ais, RM3.00 untuk kurang ais & RM5.00 untuk tiada ais. Namun begitu, saya sarankan anda pilih jenis berais kerana untuk yang kurang/tiada ais, rasa mangga akan menjadi kelat & sedikit masam.

mango-juice

Cawangan :
1. Medan Selera Kg Portugis di Ujong Pasir (Gerai no. 10)
2. Medan Selera MMU di Bukit Beruang
3. Hospital Pantai di Ayer Keroh (10 pagi – 2 petang, buka setiap hari kecuali Ahad)

Blog :
http://onlyonemangojuice.blogspot.com

Telefon :
012 – 697 0025

1 Comment

Leave a Comment