Tips Melentur Hati Wanita
Topik ini tentu sekali akan buat ramai kaum wanita merasa bengang dan tidak bersetuju tetapi merasakan topik ini perlu dipertengahkan kerana ianya penting dalam mengekalkan keharmonian sesuatu perhubungan.
Wanita mempunyai perangai unik di dalam perhubungan iaitu gemar merajuk dan ‘membuat perangai’. Sikap ini bukan sahaja melanda wanita di usia lingkungan 20-an yang boleh disifatkan sebagai kurang matang, tetapi juga hadir di kalangan wanita yang berusia 30 dan ke atas.
Mengupas sebab-sebab wanita ‘membuat perangai’, dapat meringkaskannya kepada tiga.
- Wanita merasakan apabila merajuk, mereka comel
- Wanita merasakan apabila membuat perangai mereka akan mendapat perhatian yang lebih daripada lelaki
- Wanita merasakan apabila lelaki tahu mereka tidak puas hati, mereka menang dan lelaki akan mengalah kepada tuntutan dan ugutan mereka
Tetapi kebanyakan wanita yang melakukan sikap keanak-anakkan ini tidak perasan bahawa dengan berperangai begitu akan menimbulkan reaksi dan emosi yang negatif di pihak lelaki. Kaum lelaki adalah insan yang ringkas. Mereka lebih sukakan sesuatu yang terus terang, straightforward. Berteka-teki untuk meneka mengapa wajah isteriku tiba-tiba mencuka atau memikirkan apakah salah mereka akan menambahkan tekanan yang tidak memperbaiki perhubungan.
- Lelaki akan berasa serba salah dan sering tidak begitu tahu apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki keadaan.
- Lelaki akan mencari jalan untuk tidak berkata benar hanya untuk escape daripada mengalami episod ‘buat perangai’.
- Lelaki akan bosan dengan sikap anda dan lama-lama akan bosan dengan perhubungan yang sering mengundang duka berbanding ceria
Episod merajuk dan buat perangai ini tidak akan muncul di awal-awal perhubungan. Hanya selepas pasangan mengakui perasaan cinta masing-masing dan sudah tidak ada ragu-ragu bahawa lelaki itu dia punya, wanita akan mula ‘menduga’ dengan merajuk dan menuntut perhatian menggunakan cara merajuk dan membuat perangai.
Sebagai contoh, teman lelaki terlupa telefon kerana sedang bermesyuarat. Oleh kerana tidak sabar, teman wanita mendail telefon bimbit berkali-kali dan tiada jawapan. Apabila teman lelaki menjelaskan kedudukannya yang berada di dalam bilik mesyuarat, teman wanitanya tidak akan menerima secara terus tetapi akan menyukarkan lelaki tersebut dengan soalan-soalan yang berbentuk tuduhan yang akan berakhir dengan teman wanita merajuk tak tentu pasal
Bagi mereka yang sudah berumahtangga, isteri sering cenderung untuk curiga apabila suami keluar berjumpa rakan-rakan. Maka SMS pun bertalu-talu dihantar bertanyakan bila suami nak balik walaupun dia baru sahaja keluar 10 minit. Apabila 15 minit tak balik, telefon pula dengan alasan anak menangis, kepala pening dan sebagainya untuk membuatkan suami balik cepat.
Ini hanyalah dua contoh tetapi pasti mengena ramai pelayar di luar sana. Sikap mengada-ngada wanita dalam perhubungan ini jika keterlaluan akan membahayakan perhubungan
Untuk mengikis sikap ini daripada terus bermaharajalela dalam perhubungan, orang lelaki atau suami perlu tegas membimbing isteri. Kita tidak mengatakan bahawa lelaki atau suami tidak boleh memanjakan isteri atau kaum wanita langsung tidak boleh buat perangai dalam perhubungan, tetapi biarlah munasabah dan jangan kerap berlaku
Para lelaki harus tegas dalam perkara ini. Memanglah sayang teman wanita dan isteri tetapi jangan sampai isteri yang menjadi nakhoda dalam kapal rumahtangga. Apabila merajuk itu tidak kena pada tempatnya, jangan dilayani. Sikap manusia terbentuk kerana kebiasaan atau conditioning. Apabila merajuk dan dilayan (positif), orang yang merajuk akan melakukannya lagi kerana reward yang diterimanya berpihak kepada apa yang dia mahu
Apabila kerap tidak dilayan tatkala merajuk kerana perkara-perkara remeh, sikap itu akan cuba diubah kerana dia tidak mendapat reward yang dikehendakinya. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, jangan dilayan apabila teman wanita atau isteri merajuk atau buat perangai kerana perkara yang tidak munasabah
Kuatkan diri untuk buat muka 10 sen apabila teman wanita atau isteri mula berleter dan membuat perangai dengan lebih teruk lagi. Percayalah keadaan akan menjadi lebih baik apabila isteri sudah faham apa yang ingin anda sampaikan
Namun begitu, jangan melakukan teknik ini tanpa menerangkan terlebih dahulu kepada teman wanita dan isteri. Jelaskan kepada dia kenapa anda tidak melayan apabila dia buat perangai. Dan amat penting sekali untuk anda memastikan bahawa anda tidak melayan dia apabila dia merajuk tak tentu hala. Satu perkara lagi yang perlu diingat ialah, apabila merajuknya bertempat, jangan lupa pujuk
Bagi kaum wanita pula, merajuk sesekali itu mungkin comel tetapi kalau kerap sekali, memualkan. Put yourself in his shoes dan jadilah orang yang perlu memujuk selalu, tidak menyeronokkan langsung bukan? Perhubungan yang sihat ialah apabila masalah atau ketidakpuashatian dapat diselesaikan dengan interaksi dan komunikasi antara pasangan. Cakap terus terang dengan teman lelaki atau suami apa yang menyakitkan hati anda, dan cuba untuk menyelesaikannya. Tinggalkan ‘buat perangai’ dan merajuk ini kepada budak belasan tahun yang baru untuk bertatih bercinta
Disclaimer
Artikel ini dihasilkan oleh rakan saya di Facebook iaitu Encik Fendi Jismani. Saya hanya sekadar berkongsi artikel ini setelah mendapat kebenaran daripada beliau. Hehe
Macam mana? Setuju tak? Walaupun artikel ini ditulis oleh seorang lelaki, tapi saya sangat-sangat bersetuju dengan point-point yang diberikan oleh Encik Fendi ni. Memang mengena tepat ke hidung la dengan contohnya apa semua tu. Hahaha. Apa pendapat korang?
tips yang best hehehe :)
aku setuju dengan semua tips ni..
ade yang betul dan aku pernah alami sendiri..
juz skang ni malas nak pikir cintan..
ada misi yang perlu diselesaikan..
kepada yang sedang bercinta atau mencari cinta,
tips ni berguna utk korang..
sangat sangat setuju :)
aku pown setuju!
walaupun aku perempuan *kasar sket* aku tetap setuju dgn sume2 point tu..
aku meluat bila tgk perempuan jeles merajuk marah2 tak tentu pasal kat balak2 dorg.. aku ramai kawan laki.. so aku selalu lepak ngn kawan2 laki.. secara tak langsung aku tempat luahan dorg bila ada masalah ngn awek dorg.. aku pown tak paham kenapa popuan terlalu cepat nak melatah.. mcm tak leh bincang elok2 merajuk benda yg tah pape.. iskk3..
yeah! agree! laki mesti tegas!
Hm.. best baca ni.. Buat panduan..
Dulu selalu langsung buat tak kesah…
Huhuhuhuhuhuh
Kadang2 takde pasal or benda kecik pun pompuan nie boleh merajuk…tak faham tol…
serius orang laki memang tak suka nak pujuk2 orang merajuk nie…
klau tak cair-cair gak nak buat pe
klau tak cair-cair gak
Salam..
Tips yang berguna dgn penerangan yg detail ..thanks :)
ngahahaha, aku rasa mesti artikel nie tajam menusuk hati yang gedik2 tue, cayalah.. aku memang tak ske sgt pompuan majuk2 nie.. laki kne jual mahal sket, baru bleh jadik ayah.. hohohoho..
setuju jugakk~
sgt gedik la kalo nk perhatian lebih2..
lelaki pon ada komitmen laen jugak..utk sponsor pompan gak hasilnye nnt..kan3..hehe
so wahai kaum hawa..sila la paham situasi sang lelaki..hoho~
tajuk dia tak kena la.. tapi isi memang mantap.. hohoho
terbaik r..sesuai tuk glongn muda-mudi
tak payah lentur-lentur, tebang jek, setel
Merajuk tu bunga-bunga musim cinta – indah tapi kalau berkembang tak kena musim, musim hujan contohnya…. cepat layunya.
lelaki memang suka perempuan yang nampak ‘noti’ ttp bijak. Merajuk sesekali elok juga – biar hubungan tu bergraf sikit, tak de la mendatar je..tak mencabar tau
:p
hahahaha…mnarik…setuju jugak..mmg kna kt idong..hahaha
melentur hati wanita???kasi dia cair mair la yek…kasi asik lentuk je tengok mamat yang gunakan tips ini….kalau dapat dekat mamat kasanova mau bikin rekod melentur dan menghancurkan hati wanita…haha…akan di cuba…kasihan pada mereka,yang hancur hatinya…
melentur hati wanita???kasi dia cair mair la yek…kasi asik lentuk je tengok mamat yang gunakan tips ini….kalau dapat dekat mamat kasanova mau bikin rekod melentur dan menghancurkan hati wanita…haha…akan di cuba…kasihan pada mereka,yang hancur hatinya…
wah…sangt menarik tips2 tu…aku setuju jugak..
xperlu kot nk merajuk lelebih..huhu..
merajuk sikit2..manje2..ok kot kan.. heheh
bajet comel ar merajuk rajuk? haha.
sikit sikit mmg la comel. kalau melebih sgt mmg mintak freekick.
seriyes…kadang2 merajuk smpi tatau nape merajuk. hahahahaha! mmg ppuan saje je nak perhatian. percayalah. kalo sekadar tunjukkan caring sikit pun ppuan dah okay balik. ppuan dgn kemahuan normal bukan complicated sgt.
tp kalo yg nak diamond ke ape jadah baru nak okay bila pujuk, tu mmg melampau atau demanding. melainkan lelaki tu kerabat sultan brunei, baiklah angkat kaki before kena kikis. hik hik hik~
laaa..
mati mati saye ingatkan cik lala yang tulis tuh..
ahak ahak…
saya klau ader perempuan merajuk..
saye pujuk sikit sikit pastu dah..
jkanji pujuk..
hohoho
sedikit sebanyak banyak kebenarannye point-point di atas. aku setuju.
merajuk sikit-sikit itu boleh buat pemanis dan perhubungan.
tapi kalau da selalu sangat dan tak menentu. hmm.. tak boleh tahan.
bila usia meningkat lelaki selalu cari pasangan yang independent yang boleh mengurus diri dan keluarga tanpa banyak perhatian.
perkongsian yang baik. trimas.
Pingback: Bila Isteri Merajuk | dr.aku.la
yeah! rasa nak buat pesta tanglung sempena entri ini! eh apekah pulak dengan pesta tanglung?
weh kau, ai rindu kesengalan yu nyah. teruskan sengal ya. hidup sengal! -__-”
aku dlu, selalu mengalah dgn ex aku..kalau tak mengalah, jgn arap nk ok blk..hmpeh tul. perempuan memang melecehkan
aku wanita punya hati nurani yang tak mampu dibohongi..ii.iii..lalala..lala..
kalau merajuk comel jer, muka nk minta pjuk r tuh..
kalau dah hari2 majuk mcm ex ak dah jadi meluat ak nmpk..
lmbt jawap call, blas sms 5 saat pun dh majuk. haha.
baik buang jauh2.. hohoho
melecehkn btl mcm x-po ckp. ^^
bagus tips ni terutama terangkan sebab x layan n kalau rajuk bertempat harus dipujuk
org yg menulis memang berpengalaman ler
waa stuju sgt2 ngan sume point yg dketengahkan..mmg ada benarnya..btw,sye copy entri p word buat pnduan n bcaan bsma psngan..bukn utk plagiat ye..hehe
org pmpn ni kn jgn bg muke sgt….
nti… x sal2 dye pijak kepala…
org laki je bodo sayang sgt kt awek…
mrajuk skit je ssh ati..
mule la nk pjuk22
jadi….
lu pikir la sdri……..
ni lah asam garam kehidupan berpasangan. merajuk pompuan biarla kene tempat. ktorang laki lagi ske kat pompuan yang trus trang jer kalo ade ape2 masalah. kpd yg da de awek tu, gtau lar kat awek korang. ajarkan la awek korang pasal interaksi atau komunikasi paling brkesan. jgan kasi dyorang keep, pendam ape yg dyorang ase. tkut ti korang yg jtuh saket last minit ~isz~
memang kena kat batang hidung
mohon izin nak copy !!
minta izin copy perkara yang pertama sahaja..untuk berkongsi dengan rakan2…wanita
eemm ,,mmg tepat skali statement nie ..
tp pihak llaki lbih prlu memahami hti wanita ..
dlm pada mase yg same ,,wanita jgk memahami hti llaki ..
baru laa stiap hbungan jd hrmoni ..klau lbih kpada wat hal sndri ,,bek tak pyah berpasangan ,,takyah jge hti sape2 ..
klau mrajuk skjap je ,,ok pe ..wat mcm grau2 ..huhuk ,,
jgn laa mrajuk lme2 ,,nnti same2 bosan .. :)