Sejarah & Fakta Menarik Tentang Lim Goh Tong (Pengasas Genting)
Baru-baru ini aku berkesempatan untuk baca sebuah buku biografi tentang Lim Goh Tong bertajuk My Story. Buku pinjam dekat perpustakaan awam je, bukan beli pun. Hohoho. Berbalik kepada tajuk asal, korang pernah pergi ke Genting Highland? Mesti kebanyakannya akan menjawab ya, bukan? Hehehe
Lim Goh Tong merupakan pengasas kepada Genting Berhad yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja penerokaan Gunung Ulu Kali menjadi sebuah pusat pelancongan yang dikenali sebagai Genting Highland sekarang
Berikut merupakan beberapa fakta menarik mengenai Lim Goh Tong yang dapat aku rumuskan daripada pembacaan buku tersebut ditambah dengan maklumat daripada sesi membudayakan penggunaan Google yang diwar-warkan oleh Topo
- Berasal dari negara China dan berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1937 mengikut jejak langkah sepupunya
- Menjual biji benih sebagai sumber pendapatan keluarga selepas bapanya meninggal dunia ketika beliau berusia 16 tahun
- Pada mulanya berkerja di Malaysia sebagai tukang kayu dan berkembang sehinggalah berjaya menubuhkan syarikat pembinaan Kien Huat yang bertaraf kontraktor Kelas A
- Antara projek-projek yang dilaksanakan ialah Empangan Ayer Itam yang terletak di Pulau Pinang dan Projek Pengairan Kemubu
- Lim Goh Tong tidak fasih berbahasa Inggeris sebaliknya hanya berurusniaga dengan menggunakan Bahasa Mandarin & Bahasa Melayu. Sekiranya memerlukan, beliau akan menggunakan khidmat penterjemah
- Pemilik Genting Group, Asiatic Development Berhad & Star Cruises
- Projek Indahpura seluas 8000 ekar yang terletak di Kulai, Johor merupakan salah satu projek pembangunan hartanah oleh Asiatic
- Seorang yang merendah diri dan senang bergaul dengan orang bawahan di mana beliau sendiri yang akan memantau dan bersama-sama melakukan kerja
- Seorang yang menepati masa serta rajin berkerja
- Pernah dilabel sebagai gila oleh kerana ideanya untuk membangunkan Genting Highlands
- Mendapat idea untuk membangunkan Genting Highlands ketika berada di Cameron Highlands. Pada masa itu beliau terfikir alangkah baik sekiranya rakyat Malaysia dapat bercuti di kawasan peranginan tanah tinggi yang berada dekat dengan Kuala Lumpur berbanding Cameron Highlands yang biasanya mengambil masa lebih lama
- Bersahabat baik dengan Tan Sri Tan Sri Dato’ Loh Booh Siew (Boon Siew Honda) yang mula dikenali ketika menjadi pembekal minyak untuk projek pembinaan Empangan Ayer Itam
- Meninggal dunia pada 23 Oktober 2007 sebagai orang terkaya di Asia Tenggara dengan nilai kekayaan sebanyak RM 421.8 bilion
“When I decided to develop Genting about 38 years ago, there were also people who said I was mad and doomed to failure. But I went on to build it up steadily into an internationally renowned holiday resort. As for the cruise industry, isn’t Miami a success story? If the Westerners can do it, so can we Asians”
Kesimpulannya, banyak yang dapat dipelajari melalui pengalaman dan sikap beliau yang membentuk dirinya sebagai seorang jutawan. Selain daripada sikap merendah diri dan kesediaan untuk bergaul dengan semua lapisan masyarakat, beliau juga seorang yang sangat menepati masa dan kuat berkerja
P/S : Kalau ada buku mengenai Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, mesti best!
P/S/S : Thanks Yayasan Al-Bukhary sebab spedo taja buku rujukan aku masa SPM!

June 12th, 2009 at 3:01 pm
great sharing……suka betul baca cerita2 kejayaan org…jd inspirasi yg best….
keyword dia skarang kena ada kemahuan & ada usaha mencapai matlamat….kalau x selamanya la….mcm tu je….
okay, time to work now…..hehe
June 12th, 2009 at 3:19 pm
wowowo. mesti ternganga and melopong org yg ckp beliau gila tu! genting sekarang ni dah jadi established place dah kalau nak pegi bercuti. i loveee gentingggg :D
ehh empangan ayer itam tu beliau yang buat? dekat je ngan umah akak :D
dik.thanks for sharing ya!
June 12th, 2009 at 3:40 pm
wooooooo! leh jadik cetgu sejarah la ko nyah.. ekekekke!
info yang bagus.. baru tau sape yang dirikan genting tu.. hohhhoho!
June 12th, 2009 at 4:06 pm
akhirnya berupdate!
nice entry… aku suke jer bace ttg biografi ni sumer cos it’s the real deal…
buku citer pun suke ler jugak… hehehe…
weh kata nak pindah umah baru? aku ingt ko dah xmo la update blog ni dah…
June 12th, 2009 at 4:46 pm
ak lagi brminat nk tahu kisah di sebalik anwar ibrahim…
xtaw knape…
tp ak rse die mmg sorang public figure…
klau nk dibandingkan dgn lim goh tong ni…
hahahah..
June 12th, 2009 at 6:18 pm
June 12th, 2009 at 6:38 pm
wa nice post baca post-post gini boleh bwt kita terinspirasi..
June 12th, 2009 at 7:09 pm
hohoho gile argh.. lama menyepi diri dan2 terus buat entry berat.. hohooh
June 12th, 2009 at 7:09 pm
takde gambar ke eh ? hehe
June 12th, 2009 at 9:03 pm
Secara jujurnya langsung tak
penah pegi Genting Highlands.
Dengo cite org dan tgk gambo
kat internet aje laa.
June 12th, 2009 at 10:06 pm
tu la. pak lah siap duk barisan depan mase upacara limgohtong mati. punye la ramai pembesar2 negara bersedih. hehe. melayu lak tu kebanyakan
@ubey : dah tu, apa masalahnya?
June 12th, 2009 at 10:15 pm
ilmu bagus untuk otak..jgn tahu g genting je..kena tahu gak sapa yg bersusah payah untuk membina taman rekriasi tu..
June 13th, 2009 at 1:44 am
tak dinafikan yang lim goh tong ni mmg genius,bermula dari bawah sampai ke atas genting,selambe je dia redah
June 13th, 2009 at 2:43 pm
Kebanyakan orang yang dah berjaya melibatkan kesungguhan yang ada dalam diri mereka…
June 13th, 2009 at 2:43 pm
Syarikat Lim Goh Tong bina Jambatan Sultan Yahya Petra di Kelantan pada tahun 60an, jambatan terpanjang di Malaysia pada masa tu.
June 13th, 2009 at 10:08 pm
orang cina bila usahakan sesuatu mereka akn lakukan dengan bersungguh-sungguh sampai capai matlamat dorang. Tak kira la jangka panjang atau jangka pendek. no wonder la ramai orang2 kaya kat Malaysia ni terdiri dari orang cina belaka
June 13th, 2009 at 10:10 pm
kaya gilaaa kot!!!
June 14th, 2009 at 8:34 pm
die dah takde harta die sme gi mane la ek.
June 14th, 2009 at 11:44 pm
slm…
nice info. usaha tangga kejayaan
June 15th, 2009 at 12:42 pm
fakta yg ke13 tu mcm tak btul jer.. cuba semak smula.. byk sgt harta dia klu camtu..
rasanya harta dia 4.2 billion usd jer.. klu convert bru bape jer kan..
pastu klu dia org terkaya kat asia tenggara.. nape kat malaysia ni dia ranking ke3 jer terkaya dulu.. kat bwh robert kwok ngan ananda krishnan..
p/s: klu silap harap dimaafkan.. hehe..
June 15th, 2009 at 2:33 pm
ceh..apek ni nak bangunkan genting bersusah payah..tapi bila sampai zaman skarang hampeh je. takut aku nak gi skarang ni. haha..buatkan roboh tetiba mampuih aku hihihi
June 17th, 2009 at 8:57 pm
nice story la choki..em lepas ni leh la amik pasal org melayu lak..eh thnx to yayasan bukhari yer..hu3..tetibe cam insap je entri kali ni..
em nti choki wat la choki2 plg femes di dunia..nti lan citer kat blog pasal asl usul choki2 lak..hehe
June 18th, 2009 at 10:34 am
Belajar dari yg tebaek…sape ckp tak tau english takley bejaye?? tp menuntut ilmu tu satu kewajipan..yg penting usaha dan keberkatan…
June 18th, 2009 at 11:51 am
Nanti kalau ko jadi jutawan boleh la belanja aku..
Ala roti canai Subaidah pun bolehlah..
Tapi tu yang penting usaha dan keberanian ambil risiko.. Risiko besar, untung pun besar la
June 18th, 2009 at 12:04 pm
nice! apa yg penting sebenarnya adalah usaha.walopon org panggil die gile,stil dia usaha dan pandai plak cari peluang niaga… :)
June 19th, 2009 at 1:02 am
hmm. dia memang hebat.
tapi, yang pure Malaysian pulak mane?
tanah sendiri takleh dah bangunkan?
huhu.
Apa kata, pusat perkahwinan + honeymoon kat atas Gunung lain pulak. Hehe. Takde kasino / pentas menyanyi.
Lalala.
June 19th, 2009 at 10:53 am
cantik ah info! good job..
July 9th, 2009 at 12:22 am
aku tak pernah ke genting.
x de orang nk teman ke..ha3
July 30th, 2009 at 10:36 pm
a very good history bout him-PENGASAS..he created a lott of amazing fable man..:)he’d improve m’sia’s eco n also repute..hv to say YES..! I love Genting..:) appreciate what he did as well