Cara-cara nak cover malu bila terjatuh
Friday, March 27, 2009

- Kalau tersepak batu
Jangan terus bangun, sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai. Lepas tu baru bangun bila tiada orang nampak - Kalau terjatuh daripada basikal
Cepat-cepat naik semula basikal anda dan jatuhlah lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda sedang berlakon atau saja-saja buat lawak - Kalau terjatuh tangga
Terus bersilat seolah-olah anda sedang dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus
- Kalau terjatuh dalam longkang
Pungutlah sampah yang ada di dalam longkang tersebut sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan. Hoh! - Kalau jatuh ketika hendak menaiki bas
Jeritlah sekuat hati, “Oi! Apa tolak-tolak ni?” walaupun tiada orang di belakang anda - Kalau terjatuh di hadapan bus stop
Terus buat-buat pengsan sehingga ada orang datang membantu anda. Sekiranya tiada, baring terus sampai malam dan jika tiada orang lagi di bus stop itu.. haa.. ni lah masa sesuai untuk bangun semula! - Kalau jatuh tergelincir akibat lantai licin
Tarik kawan(atau sesiapa yang ada bersebelahan anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tidaklah anda sorang sahaja yang mendapat malu
Sekadar hiburan semata-mata. Kalau aku pula, dah jatuh tu bangun la cepat-cepat dan terus berlalu pergi macam tiada apa-apa yang berlaku. Sebelum tu, jom tengok video macam mana reaksi Jaclyn Victor lepas terjatuh. Haha
P/S : Rakan-rakan, aku pernah jatuh ke kat UTeM? Xingat. Haha :P

March 27th, 2009 at 10:22 pm
hehehehe seb baik masa ko jatuh takde blogger berdekatan kan. hehe :)
March 27th, 2009 at 10:46 pm
erk… *tergamam*
March 27th, 2009 at 10:53 pm
kalu ter-jatuh cinta?
March 27th, 2009 at 11:14 pm
haha… tips yang menarik…
kalau aku senang jer..
dah jatuh bangun balik dan jerit…
“hampeh ko!! tolak aku pahal??!!” sambil pandang orang belakang.. hehe..
March 28th, 2009 at 12:23 am
tak bleh blah no.2 tu..tak sanggup nak jatuh beskal byk2 kali..sakit woo
kalau no.7 tu mmg slalu buat punn =)
tuntasnya..hoh hoh jika anda dah jatuh..jgn nak buat bende tak senonoh yang memalukan mcm yg cik izah ckp..=P
March 28th, 2009 at 12:41 am
hoho…dulu zaman2 skolah..kalau jatuh…cover ngan pumping jer..
March 28th, 2009 at 2:11 am
kalau jatuh hati? nak cover mcm mana?
@fendy : sila rujuk pada jawapan utk pengomen seterusnya
March 28th, 2009 at 3:07 am
macam mana kalau jatuh cinta???
@seyn : nampaknya seyn dan fendy kedua-duanya telah jatuh cinta. so sweet
March 28th, 2009 at 4:46 am
erghhh!
kak choki dah post dulu….
dah save as draft kot….
amik dr bebudak send kat bulletin friendster…
sungguh pantas betul cik kak nih…
@incik.keiroro : erk! akak jumpa kat forum mana2 ntah. da lama
March 28th, 2009 at 9:00 am
kalau jatuh talak?
@topo : kahwin lain la beb!
March 28th, 2009 at 9:07 am
salam,
wex pnah jatuh waktu tgh semangat aerobik… pastu selamba rock je bangun sambung aerobik… yg tak bleh blah tue, org yg kat belakang plak terkejut siap melatah lagi hahahaha… smpai je kat bilik ktorang gelak besar je… hihihi
March 28th, 2009 at 9:35 am
wuakakaka.
kepala hotak koo.
hik hik hik.
klaka la weyy.
March 28th, 2009 at 10:58 am
hiks… malu wooo kalo tak leh nak coverrr
March 28th, 2009 at 12:17 pm
Herm!
Memacam hal.
March 28th, 2009 at 2:41 pm
kalo jatuh saham?
@Odette : salahkan odette
March 28th, 2009 at 5:08 pm
sempoi la JAC :))
namo ketawakan org k…
nnt kene sendri padan muke :))
March 28th, 2009 at 8:00 pm
aku salu sgt jatuh smpai owg pown da x heran..
jadik aku x malu pape..
bhakhakhakkk.. lol
March 29th, 2009 at 1:32 am
dulu aku pernah gak jatuh dengan sofistikated, di kaki lima susur gajah sekolah aku, situasi gadis-gadis tengah berpusu-pusa nak balik. Jatuh dalam posisi yang mengaibkan akibat terlalu gelojoh nak balik, lantai licin, tersembam depan awek. Aku buat ape? Buat-buat cedera parah, patah pinggang, menggelupur kesakitan. padahal tak sakit man pun. Teknik mintak simpati
March 29th, 2009 at 3:00 am
Haha.. best la jawapan ko chokilala.. bukan yg post ti.. yg orang duk komen2 ni.. jatuh saham.. jatuh talak. jatuh cinta.. haha
March 29th, 2009 at 3:41 am
yg no 1 tu kena guling2 dulu ke.. dh jadi cam shin chan le plak.. berguling-guling macam tenggiling..
March 29th, 2009 at 5:37 pm
aku sering jatuh-jatuh
@ikram.hakimi : jatuh hati dgn siti hajar nur
March 29th, 2009 at 7:02 pm
akhirnya aku tekan gak video tu cos nk tgk camne rupanya Jac jatuh…
giler ar audience leh gelak! malu siot.
Ni la bezanya org malaysia ngan omputih.
Kalau ade org jatuh atas pentas kat apa2 award atau beauty pageant omputih, diorg xgelak. yang kite dengar adalah “Awww…”
Dan bila org tu bangun, diorg akan tepuk2 tangan bg semangat.
Beza gile ngan reaksi audience dlm video tu. yg hofkosnya org malaysia.
@Ryehana : dorang tepuk gak pe?
March 29th, 2009 at 7:52 pm
jac tu kalau jatuh cammana pun, leh cover balik ngan vocal dia. manntooppp
@zaki : betul betul. lain la kalau azwan ali yg jatuh. x hingin aku nak gi tlg. haha
March 29th, 2009 at 10:33 pm
salam ziarah,
hehe klakar jugak r post nie.. aku pernah skali jatuh time pegi tuisyen, kerusi tue dah rosak, aku duduk gak, pastu kerusi terbalik..
kalo camnie, camne nak cover?
@dr.oracle : ko cakap la ko org drpd kementerian pendidikan. nak tgk tahap keselamatan pusat tuisyen. hoh!
March 30th, 2009 at 5:48 am
huhuhu.. mmg tips takleh blah neh.. klako aku bacanya… video jac da lama tgk… mmg byk kali aku ulang tayang…
tips aku:
kalo jatuh moto, buat2 mati.. hahaha…
March 30th, 2009 at 8:35 am
oh jac sgt cool
March 31st, 2009 at 1:07 am
I jatuh hati kat u.. camne nak kaber weh? huuuu…~
@Fizz : cover dengan penumbuk encik f. hohoho!
March 31st, 2009 at 6:04 pm
Haha idea yang menarik,sesuai dan menarik untuk dipraktikkan hehe
April 1st, 2009 at 3:44 pm
dulu ade gak artist dari kumpulan exist jatuh masa anugerah juara lagu kan?
April 1st, 2009 at 9:39 pm
dulu penah ponteng keja nak g tengok wayang, kelamkabut lari sbb da lambat langsung terlentang kat kaki tangga ..kawan dah lepas kedepan.. dia pusing belakgn tgk aku da takde sebab aku tengah nelentang ngadap langit .. buat dosa tuhan balas dan-dan tu.. he he.. skg tak ponteng keja dah
April 4th, 2009 at 5:39 pm
hoho .. pasal jatuh
kalo jatuh cinta camna nak cover malu lak…
huahahahaha :)
April 5th, 2009 at 9:50 am
saye rase agak tersntap yer.,.
tp x dapt nak bgtaw line yg keberape..
huhu
April 6th, 2009 at 7:53 am
kalau jatuh dari KLCC camner plak..?? haa jawab2
April 6th, 2009 at 2:05 pm
xtahan bab jatuh tangga!siap besilat mcm gad0 ngan antu!!hikhik nice beb =)
April 6th, 2009 at 10:01 pm
Aku kalau jatuh semua orang mesti lari sebab aku jadi incredible hulk… huk huk
April 7th, 2009 at 4:20 am
cehhh! sungguh menyeksakan petua-petua yang anda berikan. boleh masok icu..hahahaha
April 7th, 2009 at 4:53 am
agaknya dah penah cube semua ni..
tapi dimana ya.. (kes ilang ingatan asyik jatuh byk kali).
haha..
April 7th, 2009 at 7:04 pm
Kesimpulannya…tebalkan muka jika perlu, malukan orang @ objek lain sekali jika perlu, dan jadi kreatif….haha…mcam2 skil boleh dapat…
April 8th, 2009 at 12:05 am
cover malu yg hebat…
hehehehe
i da abes layan sally’s spa…
uuuu…syok abes…
smpai mkn pun lupa…
hehehehe
@eleea : cepat buat facial kat muka i.. hehe
April 8th, 2009 at 7:23 pm
hahahaha..lawak nak mampos..teringat kembali pulak baca majalah Ujang masa dulu dulu..
April 12th, 2009 at 5:42 pm
haha.. beyonce jatuh pentas lagi lawak.. cirit habis
April 17th, 2009 at 4:05 pm
hahahahahaha… kelakar giler.. tukang bg komen pun kelakar.. ilang stress putus cinta aku…

@c2c : hehe. cepat2 la JATUH cinta semula :P
April 19th, 2009 at 12:45 am
soalan panas,,
kalau jatuh takyah cover apa pulak jadi nya ,,
syok la blog chokilala,,
@inspirasiizra : haha. xpaham soklan
April 21st, 2009 at 1:28 pm
aku penah jatuh keluar dari van sapu sbb budak2 tolak dari belakang! dah lah lutut masih kat dalam van..separuh bdan dah tersungkur kat luar van! dahlah pakai baju kurung!!!! aksi menonggeng aku buat!! seb bek kawan2 aku yg prihatin cepat2 angkat aku…kalau tak..mmg aku takkan bergerak dari situ sbb aku dah nazak menahan malu!!!adoi…malunye aku!!!!! pas tu aku bangun dan aku berlagak biasa seolah2 takde pape berlaku…! mamat2 yg duduk kat belakang van gelak tak hengat! takpe2…!! namun itulah kenangan paling melucukan dalam hidup aku! =)) kalau kes aku..mcm mane nak cover malu, cit chokilala?? :D
@[n][4][s] : cakap je ko tengah prektis untuk keje kosong jawatan stuntwoman. kehkeh
April 21st, 2009 at 8:46 pm
ko patut ada ngan aku masa tu nurul! =)) kawan2 aku sampai arini tgk muke aku…gelak tak hengat!
@[n][4][s] : nurul mana plak ni..
April 22nd, 2009 at 7:49 pm
huhuhu…tips yg menarik….aku penah jatuh tergolek kt kedai mkn…
malu siot
@nikiysa : aku pernah jatuh n terduduk dalam posisi bersimpuh sebab nak tendang kaki bdk india ni. dia slalu kacau aku. haha
April 25th, 2009 at 2:15 am
kal0 c0ver leh skit wat pew..c0nt0h aq dlu msa sk0la jtuh tngga dri tngkt 3 smpai tngkt 2..msa 2 dak2 clas aq suma nk g lab..clas aq tngkt 4..jtuh tg0lek tsungkur..da la jtuh dpan suma dak2 laki yg slalu p0ntg clas..malu si0t..!!..da 2 skit plak..tulg ltut aq lari..aq nangis melalak kt c2..kra ape..xc0ver da aih..lpas 2 ckgu wak g h0sptal..aq mc sbulan..hahahax..kes 2 aq dbri lynan yg bek kt sk0la..huhuhu..still xleh lupe smpai skrg nih..knangan indah!!!kwang3x..
May 2nd, 2009 at 6:56 pm
heh.. kalau abang jatuh mcm tu baik abang buat2 pengsan. tak la malu sangat. orang simpati la sikti…