Asyik Search Jejaka Kacak Je. Takde Kerja Ke?

Hahaha. Post ni bakal merepek, sila bertahan. Sejak akhir-akhir ni, aku tengok ramai sangat pula yang search tentang jejaka kacak & lelaki jambu. Mula-mula aku rasa macam best la, mmiahaha trafik masuk banyak. Tapi lama-lama rasa macam scary & annoying pula dengan search terms di blog sendiri

Bila aku belek-belek balik post lama, patut la ramai cari sebab ada 3-4 post juga tentang jejaka kacak dalam blog ni. Senyum sorang-sorang tengok post merepek pasal CLEO Bachelor yang aku buat zaman single dulu. LOL. Baca balik post tu pun dah naik segan, tengok komen pun segan. Noob-nya gaya penulisan aku dulu. Hahaha

Lepas tu, bila tengok-tengok lagi dalam post pasal pilihan lelaki handsome dekat Malaysia tu, Fahrin Ahmad tetap ada dalam senarai. Ternyata dia memang tetap di hatiku dulu kini & selamanya la sebab waktu post pilihan lelaki hensem di Malaysia tu ditulis dia belum famous sangat. FA panpage pun takde lagi kot? I mean, already famous tapi tak sefamous sekarang di dunia Internet la..

Itu saja luahan hati aku hari ini tentang search terms di blog. Rasa macam nak buat post pasal jejaka kacak pilihan aku sekarang. Dulu masa zaman remaja, nak suka yang hensem comel je. Sekarang macam dah matang sikit, pilihan pun dah lain. Nak yang macam ala abang-abang je pula sekarang. Tapi Encik F tetap di hati la. Kekeke

P/S : Sekarang suka tengok lelaki pattern-pattern macam Talib Sebutan Syariah/Nasi Lemak Kopi O (NLKO) & Saiful Nizam Ismail. Tuakah aku?

P/S : Suka post My Water Moments untuk contest Nuffnang daripada beliau. Aku takde picture dalam air T____T

10
Jun 2010
POSTED BY chokilala
POSTED IN Kelakar
DISCUSSION 9 Comments

9 Responses to : Asyik Search Jejaka Kacak Je. Takde Kerja Ke?

  1. Ruby says:

    betul betul betul ! Bila dah makin meningkat umur ni, tiba-tiba terminat kat jejaka berusia, er maksud sy jejaka matang. ^___^

  2. zirahs says:

    kegemaran mengusha jejaka mancho tu normal lah buat cuci2 mata. haha. talib nlko tu mmg boleh jd jejaka idaman, rupa ada, ilmu banyak. tp syg, yg baik mcm tu la sudah berpunya. :P

  3. Azah says:

    ek eleeh..
    padahal ko snri yg search tu..
    pastu ko wat2 x ingat plak yg ko dah pernah buat entri pasal jejaka kacak ni..
    hahaha….
    nyah.. i kecewa la u x datang..
    terpaksa i gulung balik red carpet masuk lam store..

  4. syahirul says:

    saya bukan dalam golongan search terms tu :(

  5. jejari88 says:

    hehe..i like fahrin ahmad too….

  6. Piston Pecah says:

    zaman remaja ek…dah minat sangat terus post aja?haha…
    kenapa lelaki lebih tua?yang muda pon matang apa zaman sekarang nih
    ——————————————————–
    Panas Dan Sejuk Dalam Bahasa Melayu

  7. Fitrihadi says:

    oitt ni apa curang-curang ni..pakwe majuk kang :p haha

  8. Fatehah A. says:

    kalo dah tua baca balik post ni mesti ko gelak guling2 kot.

  9. MuNsYi~SaMa says:

    maknenye makin matang la tu…hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="">