Cara Lajukan Facebook Untuk Windows 7

PERHATIAN : Cara ni hanya valid ketika post ini ditulis, iaitu ketika Jepun dilanda tsunami tempohari. Selepas daripada itu, tak valid lagi sebab internet dah kembali okay. Huhuhu

Hurm. Kalau korang perasan la, siapa yang selalu main Facebook tu, sejak akhir-akhir ni Facebook sangat lembab kan? Lembab since kejadian gempa bumi & tsunami dekat Jepun. Kalau nak tahu, memang terjejas sebab kejadian tu pun. Kalau tak percaya, cuba baca info dekat bawah ni

According to Telekom Malaysia Berhad (TM) announcement, the Japan earthquake at 11 March affected the Japan – US Cable Network (JUCN) and Asia Pacific Cable Network 2 (APCN2) cable networks linking Malaysia to USA and Hong Kong.

Malaysians’ connection to Facebook.com server in USA go through hop servers hosted by Hong Kong Internet Exchange in Hong Kong. Thus, the connection speed of Malaysia-to-Facebook drops dramatically because of the cable networks connection problem.

Sumber : LiewCF.com

Faham tak? Actually, aku pun tak faham sangat apa yang diterangkan. Wakaka! Tapi apa yang aku faham, Facebook aku memang slow tahap siput la sekarang ni. Stress je rasa bila buka sebab slow sangat, klik profile sendiri pun lambat keluar. Huhuhu

Oleh itu, harini aku nak berkongsi la serba sedikit cara nak kasi laju Facebook ni untuk pengguna di Malaysia. Actually tutorial ni dah ada banyak di blog lain. Salah satunya adalah di blog Webidea, cuma cara yang diterangkan macam agak susah sikit nak dibuat. Agak sukar untuk pengguna yang bukan IT literate untuk faham
Read more…

18
Mar 2011
AUTHOR chokilala
CATEGORY Tutorial
DISCUSSION 30 Comments

Tutorial Menghasilkan Screenshot Menarik Dengan Photoscape

Harini ada seseorang email aku bertanyakan macam mana aku buat screenshot macam dalam post blog yang best. Post zaman muda remaja tu. Hohoho. Lama sangat sampai aku sendiri tak ingat macam mana aku hasilkan effect tu. Tapi yang pasti, aku guna Photoscape je!

  1. Download Photoscape
  2. Pastikan korang dah sediakan screenshot
    • Boleh guna Snipping Tool dalam Windows
    • Atau boleh juga guna fungsi Screen Capture yang tersedia dalam Photoscape
  3. Buka Photoscape
    • Klik ‘Editor’
    • Drag imej screenshot yang korang nak edit ke dalam Editor
  4. Let’s start editing!
    • Paparan imej di mode Editor
    • Screenshot Cisdel

      Klik imej untuk paparan lebih besar

    • Klik ‘Filter’
    • Klik ‘Distorts’
    • Klik ‘Perspective’
    • Perspective Effect for Photoscape

      Filter > Distorts > Perspective

    • Adjust berapa percent perspective yang korang nak. Aku suggest letak -%50
    • Yang atas tu, jangan silap pilih pula ye. Pilih ‘Vertical’
    • Dekat options yang sekali dengan berapa percent nak letak perspective tu, kan ada boleh pilih warna background kan?
    • Kalau nak cantik, pilih background yang sama warna dengan background blog tu. Macam blog Cisdel ni warna kelabu, so aku guna warna kelabu la supaya dia nampak blend
  5. Output
    • Perspective Effect for Photoscape

      Output yang terhasil dengan -50%

    • Selain daripada Perspective, boleh juga cuba effect lain dalam Photoscape seperti Reflection, Zoom Blur dll
    • Harap korang faham dan boleh cuba kalau berminat. Thanks

Terima kasih kepada model blog dalam screenshot — Cisdel.com

Salam maal hijrah. 1432H :)

08
Dec 2010
AUTHOR chokilala
CATEGORY Tutorial
DISCUSSION 46 Comments

Tutorial Membuat Avatar Bertudung

Hi kawan-kawan. Mari kita buat avatar pakai tudung. Senang je sebenarnya sebab dah ada tudung ready-made hasil kreativiti daripada Oblind yang awesome. Masa tu beliau buat graphics tu untuk menyokong kempen Boikot Israel. Kalau perasan, dulu-dulu pun aku pernah ada pakai avatar bertudung & pegang pelanduk sepanduk Israel. Pegang sepanduk Say No To IE pun aku ada buat. Hohoho

Senang je nak buat avatar korang jadi bertudung. Yang penting ada asas sikit untuk guna Adobe Photoshop. Kalau nak pakai Photoscape pun boleh, tapi limited la setakat boleh edit je takleh nak tambah-tambah benda lain. Hehehe. Ni aku ada sediakan tutorial untuk sesiapa yang tak mahir sangat guna Adobe Photoshop

  1. Dapatkan avatar
  2. Hias avatar ikut kesesuaian
    • Letak la apa yang korang nak letak, cermin mata ke apa ke, suka hati
    • Tapi tak payah pilih rambut, set avatar tu BOTAK. Hehehe
  3. Pilih jenis tudung
    • Ada 2 jenis tudung, tudung periuk & tudung botol, pilih salah satu. Okay tipu je. Hehehe :P
    • Pilih samada nak tudung jenis yang selempang or tudung labuh. Boleh pilih tudung di blog Encik Oblind
  4. Open image avatar yang korang dah buat tu di Photoshop
  5. Click File > Place.. kemudian pilih image tudung yang korang nak
  6. Avatar Bertudung

  7. Satu layer baru akan terhasil. Layer tu ialah layer untuk image tudung yang kita place tadi
  8. Double click pada image tudung tu untuk Place
  9. Avatar Bertudung

  10. Kemudian pada layer tudung tu, korang tekan Ctrl + T pada masa yang sama untuk transform image tu. Alternatively, korang boleh juga click Edit > Free Transform
  11. Then, resize sampai tudung tu nampak cantik je terletak dekat muka. Part ni takleh nak guide sangat la, korang kena buat sendiri
  12. Masa resize tu, kalau nak saiz waktu resize tu sama je waktu korang ubah, sambil resize hold sekali Shift. Dah habis resize, double click pada image ataupun tekan je mana-mana tools dekat toolbox tepi tu
  13. Bila dah siap tu, click File > Save for Web & Devices. Dekat situ pilih la nak save sebagai JPEG ke PNG ke, terpulang

Avatar Chokilala

Aha! Ni avatar yang aku buat. Buang background, buang logo dekat baju, tukar warna baju & add sikit caption “bukan blackberry” tu. Hohoho. Comel tak? Selamat mencuba ye! =)

*Updated*
Tengok post avatar bertudung daripada dorang ni juga :

30
Oct 2010
AUTHOR chokilala
CATEGORY Tutorial
DISCUSSION 39 Comments