Semalam aku terjumpa dengan satu benda menarik ni yang boleh buat komputer cakap apa yang korang dah taip. Fungsi ini merupakan built-in API yang terdapat dalam Windows XP dipanggil SAPI (Speech Application Programming Interface)
Microsoft Speech API terbina dalam Windows dan ia digunakan dalam kemudahan Narrator yang digunakan untuk membantu pengguna yang mempunyai masalah penglihatan. Start > All Programs > Accessories > Accessibility > Narrator
Langkah 1 :
Buka program Notepad dan paste kod di bawah
Dim message, sapi
message=InputBox("Enter the text you want spoken","Speak This")
Set sapi=CreateObject("sapi.spvoice")
sapi.Speak message
Read more…

Kenapa aku lebih suka Shoutmix berbanding Cbox? Inilah salah satu sebabnya iaitu kerana terdapat fungsi untuk padam mesej Shoutmix terus daripada shoutbox. Fungsi ini memang memudahkan kerana kita xperlu login ke laman web shoutbox berkenaan sebaliknya terus login melalui shoutbox yang terdapat di blog kita
Post tutorial ini terhasil kerana aku lihat sejak kebelakangan ini banyak mesej-mesej spam masuk ke dalam shoutbox blog yang aku kunjungi. Mungkin mereka xtahu bahawa mesej-mesej yang x diingini boleh dipadam terus daripada blog. Ini kerana mengikut pengalaman aku sendiri, ada rakan aku sendiri yang xtahu cara nak delete mesej spam daripada shoutbox dan aku terpaksa ajarkan. Hehehe
Baiklah, kalau sesiapa yang xtahu cara nak delete mesej melalui blog boleh teruskan membaca. Bagi yang dah tahu tu, nak baca pun xpe. Hohoho
Read more…
Twitterfox

Addon yang membolehkan korang melayari Internet menggunakan Firefox sambil menganyam ketupat berkongsi pendapat dan maklumat dengan pengguna Twitter yang lain. Mempunyai fungsi-fungsi asas untuk Twitter seperti tweet, reply tweet, direct message di mana semuanya terdapat di dalam addon ni. Siapa je yang main Twitter guna laman web Twitter? Hohoho
Sreengrab!

Addon khusus untuk orang yang masih guna Alt + PrintSc pastu paste dekat Paint. Sungguh mengerikan perbuatan tersebut, ok? Hoho. Screengrab! ialah addon yang membolehkan korang save screenshot dengan cara yang sangat mudah. Terdapat 3 pilihan iaitu Complete Page/Frame, Visible Portion dan Selection. Addon ni sangat membantu, cubalah!
Colorzilla

Colorzilla berfungsi sebagai color picker merangkap color palette dan sebagainya. Sangat berguna sekiranya korang nak tahu kod warna yang digunakan di mana-mana blog/website. Xperlu la bersusah-payah sampai nak kena buka Photoshop semata-mata pasal nak tahu kod warna tersebut. Hehehe
Firebug

Firebug pula merupakan antara addon yang paling menjadi kegemaran oleh para IT developer. Kenapa? Sebab ia sangat membantu dalam kerja-kerja editing. Bayangkan la korang boleh view elemen CSS dengan mudah sekali. Hebat kan?
Apa lagi addon Firefox yang korang pakai? Kongsikan di sini, sharing is caring. Hoho. Sebenarnya aku ada pakai lagi addon yang lain, tapi tiba-tiba dibius kemalasan pula nak masukkan semua. Haha :P