mengurus script ikon senyuman

hi semua.. bertemu lagi
haaa.. previous post sebelum ni ada ajar pasal cara nak pasang kan?
kalau dah pasang, mesti la kena belajar mcm mana cara nak manage gak kan?
rasanya tutorial ni xpernah lagi diajar di mana2, asek pasang je.. hehe

sebelum tu, kita tgk dulu apa yang berlaku kalau korang xtau cara nak manage
ini adalah screenshot di Compose Mode if korang download banyak sgt script

haaaa.. mesti ramai yang Compose Mode dia pun camtu kan?
(sila gelak slow2 untuk diri anda sendiri.. kihkih)

tahukah korang tentang kewujudan fungsi Manage User Scripts?

yup, fungsi ni la yang akan digunakan untuk mengurus script di GreaseMonkey
sila right click pada kepala monyet di sudut sebelah kanan Firefox
dan click Manage User Scripts

seterusnya akan keluar paparan menu seperti di bawah

ok, korang x perlu uninstall script yang ada
apa yg patut korang lakukan ialah enable/disable script2 tersebut
disable di sini bermaksud, set icon itu tidak akan keluar di Compose Mode
bila anda create New Post di Blogger

sebagai contoh, sekiranya korang nak disable salah satu ikon
cuma click nama icon di pilihan senarai yang terdapat di sebelah kiri menu
dan uncheck checkbox Enabled yang terdapat di bahagian bawah
sebaliknya juga untuk enable kembali script tu, cuma check(rait) checkbox

haa, mudah bukan? sekarang dah pandai buat bukan?
sila rasa kagum dengan diri anda sendiri selama seminit, mulai dari sekarang!

alternatively, korang boleh juga right click kepala monyet
dan terus pilih nak enable/disable daripada situ

korang perlu decide nak guna yang mana dlm entry sebelum Create New Post
maknanya, masa kat dashboard blogger tu, korang dah siap2 pilih
kalau buat masa dah kat New Post, rasanya xmenjadi

ok, tu je la untuk hari ni, later!

23
Jul 2008
AUTHOR chokilala
DISCUSSION 18 Comments

memasang ikon senyuman

haa, mesti ramai kan yg nak/dah pasang script ikon senyuman
tutorial ni pernah diajar di blogmenjerit
tapi, saya saje je nak terangkan di sini, secara lebih terperinci
sebab penerangan di blogmenjerit mcm agak sukar difahami
lagipun pening pale saya korang asek tanya je camne nak install

saya sendiri 1st time pasang pun, mcm blurr2 je
“eh, nak click mana? right click ke left click? save ke apa nie?”
haa, camtu la saya dulu, saya pun sengal gak sket2
jgn ingat saya tau semua.. kuikui ^_~

jom tgk apa requirements utk install ikon senyuman nie!

  • browser Mozilla Firefox
  • addons GreaseMonkey
  • script ikon senyuman

kita skip requirement pertama, iaitu korang mesti guna Firefox
(dengan harapan korang ialah pengguna Firefox, bukan IE yang xbes itu)
kita terus pergi ke requirement kedua iaitu addons GreaseMonkey
addons tu bermaksud fungsi tambahan yang terdapat dlm Firefox

untuk memasang addons GreaseMonkey, sila click di sini
proses memasang addons ni sekejap je
lepas click link tadi, akan kuar paparan seperti di bawah
sila click button “Add to Firefox”

seterusnya akan kuar paparan seperti di bawah pula
sekarang, click button “Install Now”

proses installation biasanya tidak memakan masa yg lama
lepas installation selesai, dia akan restart firefox
jgn risau if tgh surf apa2, dia akan recover balik

anda dah berjaya install addons greasemonkey!
untuk check betul ke x dah install
akan ada gambar kepala monyet di sudut bawah sebelah kanan Firefox



ok, skrg kita cuba pasang ikon senyuman plak
sebelum tu pastikan monyet anda on/tgh senyum =P
kita amek satu contoh ikon senyuman iaitu Cute Cat

seterusnya, click pada script, click ye, BUKAN right click
sila click di sini
akan keluar paparan seperti di bawah, click button “Install”

sekiranya berjaya, di sudut sebelah kiri monyet akan tertulis
‘Chokilala Cute Cat Smileys’ installed successfully

seterusnya, login Blogger dan create New Post
ikon tersebut akan berada dalam Compose Mode
nak guna, cuma click sahaja

saya dah bagi step-by-step guide ni
jangan lupa hiasi blog korang pasni dengan kegedikan ikon senyuman
selamat mencuba!

Further Reading :

Emoticons on Blogger Blog. How?

21
Jul 2008
AUTHOR chokilala
DISCUSSION 78 Comments

disable fungsi right-click di blog

nak disable right-click?
sebelum tu, mari kita kaji dulu pros/cons kalau disable fungsi right-click ni

memang kalau dipandang secara kasar fungsi ni dapat melindungi blog
TETAPI, suka untuk diingatkan, ada byk lagi cara utk mencuri content/image
xperlu lah disebutkan di sini apa antara cara2nya, mcm menggalakkan plak
tapi kalau bagi kat saya, sekejap je saya ‘curi’ kalau betul2 nak, huhu..

tindakan ni juga boleh dianggap kurang professional
mungkin drpd 100% visitors blog korang, cuma 1% je yang cuba nak mencuri
jadi korang telah menyusahkan yang lagi 99% tu

bayangkan kalau ada gambar menarik yang boleh dikongsi bersama
dan juga kalau visitors nak right click link utk open ke new window
benda2 tu semua x boleh dilakukan sekiranya fungsi right click disable

bagi yang masih mahu mencuba juga, di sini ada disediakan codenya
copy dan masukkan ayat yang ditanda dengan bold ke dalam
tag <body> di bahagian Template > Edit HTML

<body oncontextmenu="return false;">

so, mcm mana? still nak pasang?
terdapat beberapa alternatif selain disable fungsi right click ni

  • buat watermark pada gambar (cth : edit image & letak nama/URL blog)
  • minta permission daripada pemilik blog secara personal
  • disable right click hanya pada image shj, bkn keseluruhan blog

untuk disable right click hanya pada image shj, tambahkan code yang di bold ke image tag anda

<img src="mypic.gif" onContextMenu="return false;">

untuk disable right click berserta alert

<img src="mypic.gif" onContextMenu="alert('Message anda'); return false;">

secara kesimpulannya, memang tiada fungsi khusus yang boleh melindungi blog. mungkin ada satu, nak tau apa? jangan letak apa2 langsung di blog (sungguh tidak logik bukan?). harap tutorial ini sedikit sebanyak membantu. selamat mencuba =)

Sumber :
Blogger-Tricks
PageTutor.com

20
Jul 2008
AUTHOR chokilala
CATEGORY Tips & Tricks
DISCUSSION 10 Comments