Archive for the ‘Tips & Tricks’ Category

Cara Block Aplikasi Pillow Fight di Facebook

December 30, 2009 - 7:15 pm 39 Comments

Annoying sungguh aplikasi Pillow Fight dekat Facebook ni kan? Siapa yang main benda ni aku pun xtahu la apa motif dorang. Oleh itu, dengan jayanya aku dah block aplikasi ni semalam daripada appear di profile Facebook aku. Mmmiahaha!

Senang je nak block Pillow Fight di Facebook ni tapi xramai tahu cara untuk block aplikasi kot? Erm. Cara ni boleh juga guna untuk aplikasi-aplikasi lain yang korang xsuka. Kalau xtahu caranya, jom tengok tutorial simple ni. Mudah je cara yang diperlukan untuk menghapuskan kesan degil daripada Pillow Fight ni. Hehehe

1. Pergi ke Profile Facebook korang
2. Cari salah satu mesej Pillow Fight yang ada di Profile

block-pillow-fight

3. Klik pada ayat “Pillow Fight” tu yang sebelah via Pillow Fight
4. Korang akan dibawa ke page aplikasi tersebut
5. Sekarang, klik pada ayat “Block Application” di sebelah kiri page

block-pillow-fight-2

6. Done!

Tutorial Upgrade Post Editor Baru Untuk Blogspot

December 25, 2009 - 12:09 am 28 Comments

Harini aku terperasan daripada blog Liyanaa tentang kewujudan antaramuka post editor baru untuk Blogspot. Patut la bila aku guna Blogspot, aku xperasan pun boleh upgrade. Rupanya kena ubah dalam setting baru dia akan tukar kepada yang baru. Lagipun aku biasa guna tab Edit HTML je sebab kalau guna Compose dalam Blogspot agak melecehkan la. Huhu. Sebelum tu, ini perbandingan antara post editor yang lama dengan yang baru

blogspot-new-post-editor

Yang atas ni post editor versi lama berwarna coklat dan agak xcantik di situ. Hohoho. Kalau korang perasan, untuk tab Edit HTML bagi versi lama ada banyak sikit fungsi berbanding yang baru. Nampaknya untuk post editor versi baru, dorang dah buang fungsi Check Spelling, Add Image & juga Add Video. Tapi ada penambahan fungsi strikethrough untuk versi baru

(more…)

Soalan Lazim Tentang ChurpChurp

September 5, 2009 - 3:37 pm 51 Comments

Disebabkan ramai yang tanya pelbagai soalan mengenai ChurpChurp kepada aku di Twitter, jadi aku rasa aku patut buat satu entry khas tentang di sini di mana aku akan cuba kongsi pengalaman peribadi serta info setakat yang aku tahu mengenai ChurpChurp. Kalau ada yang silap tu, harap diperbetulkan ok? ;)

Q : Apa itu ChurpChurp?
A : ChurpChurp ialah sebuah medium pengiklanan di Twitter di mana korang akan dibayar untuk setiap tweet bagi kempen yang telah di assign untuk korang

Q : Apa lagi yang aku perlu tahu tentang ChurpChurp?
A : Korang kena tahu bahawa ChurpChurp ni adalah di bawah satu syarikat atau pengurusan yang sama dengan Nuffnang. Jadi korang xperlu takut la samada benda ni scam

Q : Macam mana aku nak join benda ni?
A : Cuma pergi ke website ChurpChurp dan sign up sebagai Twitterer

(more…)

Earning Pertama Chokilala dengan ChurpChurp

August 2, 2009 - 4:05 pm 37 Comments


ChurpChurp
. Satu nama baru di Malaysia yang semakin menjadi bualan hangat ketika ini. Jadi, apa itu Churp Churp? Semestinya ia bukanlah lolipop Chupa Chup berperisa susu dan coklat yang digemari aku. Hoho. Bagi yang belum mengenali ChurpChurp, biar aku terangkan serba sedikit tentang servis terbaru di Malaysia

Mengikut apa yang aku faham, ChurpChurp ialah satu medium pengiklanan menggunakan Twitter di mana ChurpChurp akan bertindak sebagai orang tengah di antara pengiklan dan pengguna Twitter. Pengguna Twitter yang mendaftar dengan ChurpChurp akan dibayar untuk tweet yang mereka sebarkan di Twitter

Kalau nak senang faham, kita buat macam ni. Contoh real life yang boleh dikaitkan serba sedikit dengan konsep ChurpChurp

Andaikan korang ni wakil kelas. Tiba-tiba pensyarah sms korang cakap kelas dibatalkan dan dia suruh sebarkan maklumat tersebut kepada rakan-rakan lain. Lagi pensyarah tu cakap, kamu akan dibayar untuk itu (sesuatu yang xmungkin berlaku hoho). Jadi, korang pun forward kepada yang lain. Esoknya, pensyarah tu bagi korang duit

(more…)