DVD Geng Pengembaraan Bermula


Tulis, delete, tulis, delete. Apa punya jenaka la yang sedang aku lakukan ni? Serious xtahu nak tulis apa. Rjuna atau nama malamnya Juju menyarankan aku supaya letak gambar je kalau dah xtahu nak tulis apa sangat. Baiklah letak gambar je la. Bak kata manusia putih, a picture worth a thousand words. Sila pastikan di bahagian komen nanti bila aku kira mesti kena ada riban-riban words. Kalau x cukup, akan dikenakan hukuman potong! Potong apa? Potong markah la. Eii nyah, xbaik fikir lucah tau. I manusia baik tau, perkataan lucah tu pun xtahu maksudnya apa apatah lagi untuk berkelakuan sedemikian rupa. Kihkih

dvd-geng-upin-ipin

Dengan setiap pembelian DVD Geng ini korang akan dapat poster Upin & Ipin Angkasa di mana posternya woww sebesar gajah wa cakap sama lu. Ok tipu. Kecik sikit, besar anak gajah. Ok still tipu. Tapi mmg besar sampai aku teruja juga la. Hoho. Nak tunjuk gambar tapi bateri kamera kong pulak sebab charger belum ambil lagi daripada rumah lama? Ehh pindah rumah ke? Haa nantikan di post yang akan datang ye? Assobru minal iman :P

Pssst. Nampaknya makin tersasar dah ni. Tadi bukan ke kata xde idea nak tulis? Kahkah :P

DVD Geng ini berjaya membuatkan anak kepada sepupu aku yang berusia 2 tahun lebih melekat di depan televisyen. Memang umpan terbaik la sewaktu hari raya dulu sebab kalau x menggelinjang je budak kicik tersebut lari sana-sini. Pasang Geng terus diam. Lagi satu yang menarik, ada pertandingan mengira Oopet. Hadiahnya percutian ke Disneyland Hong Kong. Xhantar lagi sebab bab slogan ni memang failed sikit. Hehe. Sesi pembersihan sawang Spiderman di blog berakhir di sini kot. Aku akan cuba update dengan lebih giat di masa akan datang

Yang benar,

GC

P/S : GC ialah Gua Chokilala laaa.. haha.. kau fikir apa? :P

06
Nov 2009
AUTHOR chokilala
CATEGORY Peribadi
DISCUSSION 32 Comments

Chokilala vs Facebook. Siapa Menang?


Jawapannya ialah Facebook. Dengan rasminya aku nak cakap aku dah terjebak dalam kancah game di Facebook. Hip hip hooray!

Kalau dahulu sangat berbangga sebab xpernah lagi terpengaruh untuk main mana-mana game di Facebook, hari ni aku dah termain Pet Society. Uhuk uhuk. Salahkan ramai orang sebab ‘meracun’ aku. Ceh. Pandai salahkan orang, padahal sendiri yang nak main. Ngehngeh!

Memperkenalkan pet aku, nama dia Fashar. Wakaka. Dah letak nama baru sms Encik F cakap letak nama dia sebagai pet. Nasib baik dia xmarah. Hihi

pet-society

Senang-senang datang la melawat pet aku ni ye. Bawa la sekali buah tangan, perabot ke barang yang mahal-mahal sikit bagi gift dekat aku. Rumah aku kosong lagi ni, ada beli langsir je. Baru dapat akuarium, lilin dengan pokok kaktus. Itupun orang sedekah. Hahaha

Hensem kan baju melayu tersebut? Cepat cakap hensem! Jangan lupa ye pesanan aku tu, datang melawat bawak gift sekali. Kahkah! Tata!

01
Sep 2009
AUTHOR chokilala
CATEGORY Peribadi
DISCUSSION 32 Comments

Wallpaper Bulan Puasa Yang Comel

Wallpaper bulan puasa sangat sesuai ditukar ketika bulan Ramadhan sudah datang menjelma. Haa, sebelum tu saje je nak tanya. Sebelum sahur malam tadi sempat tak korek hidung siap-siap? Hohoho. Baiklah, kalau semasa bulan xpuasa sesiapa yang buat awek/pakwe seksi sebagai wallpaper, apa kata tukar kepada yang sopan sikit? Contoh terdekat, ditujukan kepada Cik Ryehanna panda kita. Hahaha

Sebelum tu aku nak cerita sedikit la pasal tawaran menarik terbaru yang aku terima. Pagi semalam aku menerima message daripada Kartunis Ubi sendiri di Facebook berkenaan pelancaran produk terbaru beliau. Teruja betul dapat message daripada beliau umpama dapat bersua muka dengan Accapan Fahrin Ahmad!

ubi

Read more…

23
Aug 2009
AUTHOR chokilala
CATEGORY Peribadi
DISCUSSION 28 Comments