Koleksi Cute Erasers Saya

Oleh kerana harini saya agak happy, jadi saya terdorong untuk membuat post ini. Sebab happy pertama ialah esok tiada kelas langsung, sebab happy kedua ialah dapat projek yang agak best. Hohoho. Tak semua orang tahu pasal benda ni :P

Berikut merupakan koleksi pemadam-pemadam comel yang telah saya kumpul dengan jayanya setakat ini. Takde la banyak sangat tapi bila dah susun-susun, jadi warna-warni pulak. Menarik! So, enjoy gambar-gambar ni je la ye? ;)


Set buah-buahan


Set makanan manis


Set bunga & makanan Jepun


Set bertukang & alat tulis. Comel kan gunting? Kekeke


Tadaaa semua sekali

Sebenarnya, ada lagi yang xberposing dalam gambar-gambar di atas. Yang masih dalam plastik ada kawan-kawan bagi xberbuka lagi. Benda ni xmahal pun harganya & biasanya boleh cari dekat kedai hadiah. So, what do you think?

23
Feb 2010
AUTHOR chokilala
CATEGORY Peribadi
DISCUSSION 40 Comments

Apa Fahrin Ahmad Ajar Aku Tentang Blogging?

Balik-balik cerita Fahrin Ahmad kan? Mesti pembaca lelaki dah bosan. Nasib la, siapa suruh Fahrin Ahmad tu kacak sangat. Eh eh, macam takde kaitan je kan alasan tu? -___-” Post kali ni terinspirasi daripada blog Aenaz tentang Bagaimana Lady Gaga Ajar Aku Blogging? Secara peribadi, aku suka post tu. Hehehe

Oleh itu, aku curi sikit idea dia dan olah kepada versi aku pula. Hohoho. Jangan marah Aenaz. Jadi, apa yang aku belajar tentang blogging daripada Fahrin Ahmad?

Pertama, kalau orang kutuk kita jangan lawan sangat. Biar je. Diam bukan bermakna salah. Sama macam kes FA, beliau diam bukan bermakna beliau salah tapi beliau tak mengaibkan orang lain. Dalam kes blogger, diam adalah lebih baik daripada come up dengan post yang tak sepatutnya. Jangan malukan blogger lain

Kedua, diam bukan bermakna memang diam. Kumpul bukti, kumpul screenshot apa yang patut. Hahaha. Kenapa post ni dah jadi lebih kepada post cara bergaduh? LOL. Berbalik kepada tadi, kumpul maklumat & bukti apa yang patut tentang apa yang orang kutuk tentang kita, in case kalau kita TERPAKSA buat post demi menjaga maruah. Dalam blog ni, ada satu post menjaga maruah. Kalau tere, cari la. LOL

Tapi sebenarnya mengenai post tu, kalau ia berlaku sekarang mungkin aku xbuat. Guess what? I was a newbie too :)

Ketiga, jangan keluar post yang kutuk kawan sendiri. Sakit hati macam mana sekalipun, kalau boleh slow talk la. Yang ni bukan Fahrin ajar, aku tambah sendiri. Hahaha. Bagi aku, post tentang ketidakpuasan hati terhadap rakan blogger patut dielakkan. Kalau rakan blogger tu kawan yang rapat, lagi la patut elak. Malu orang tengok. Huhuhu

Read more…

11
Feb 2010
AUTHOR chokilala
CATEGORY Peribadi
DISCUSSION 38 Comments

Kenapa Saya Suka Fahrin Ahmad?

Saya suka Fahrin Ahmad. Hari-hari saya tengok Facebook Fahrin Ahmad. Even boyfriend saya pun sudah muak saya asyik bercerita tentang Fahrin Ahmad. Tapi saya rasa sekarang beliau sudah memahami atau dalam erti kata lain pasrah kot. Bagi saya, meminati Fahrin Ahmad adalah normal berbanding jika saya meminati Pian Cecupak mahupun Roslan Shah. Itu adalah sangat aneh -___-”

Berikut merupakan sesi lakonan semula perkara-perkara yang berkaitan dengan FA. Dialog telah diubah serba sedikit, tapi asasnya masih ada. Hohoho

Situasi 1 :

Encik F : Kalau I ada duit banyak nanti, I nak beli superbike la
Chokilala : Ahh. I hate superbikes. Xsesuai. Nanti naik bontot tonggek
Encik F : Tapi tu antara idaman I. Macho kalau lelaki bawa superbike. Tengok macam iklan Garnier Men yang Fahrin bawa motor tu
Chokilala : Eh? A’a kan? Okla, I nak superbike!
Encik F : ……

Situasi 2 :

Chokilala : I ingat I nak belikan you Garnier Men la. Nak tak?
Encik F : Kenapa? Muka I buruk ke?
Chokilala : Bukan apa. Mana tahu lepas you pakai pencuci muka tu, wajah you terus berubah jadi wajah Fahrin ke?
Encik F : ……

Situasi 3 :

Melalui SMS
Encik F : Hai sayang. Buat apa tu?
Chokilala : Cuba teka
Encik F : Tengah tengok Facebook FA
Chokilala : Tahniah! Tepat sekali
Encik F : ……

Situasi 4 :

Chokilala : Tadi sebelum datang ambil awak, saya pergi tuang minyak dekat Shell
Encik F : Aik? Kenapa Shell (sebab selalunya aku pergi Petronas)
Chokilala : Oh, dekat Shell kan ada macam contest
Encik F : Contest apa?
Chokilala : Ala. Contest Shell yang ada gambar Fahrin tu?
Encik F : ……

Situasi 5 :

Lokasi depan televisyen ketika iklan Garnier Men sedang ditayangkan
Puan Emak : Makk aii. Hensemnya Fahrin dalam iklan ni?
Chokilala : Haa kannnnn? Tahu takpe (sambil tersenyum gembira)

Oh jangan marah. Post ini lebih kepada post yang tiada motif sangat. Sekadar hiburan semata-mata. Nak kata aku syok sendiri pun, kata la. Tapi siapa je perempuan yang xsuka Fahrin Ahmad? Kecuali AzahAmin la, dia xsuka Fahrin Ahmad. Katanya kaki Encik Fahrin besar sangat. Hohoho

Even Khai sendiri pun membuat pengakuan ikhlas di Facebook :

Datuk Khairul Hassan baru aritu jumpa FA kat Sunway.. mmg besar badan dia dari jauh.. ketul2… perempuan gila je yang nampak dia tapi x minat.. seriously even aku ni seorang lelaki..

Ada banyak sebab kenapa aku suka Fahrin Ahmad ni. Aku rasa perempuan lain pun mungkin akan setuju dengan ciri-ciri yang bakal aku senaraikan ni. Hohoho

  • Muka melayu
  • Badan ketak-ketak
  • Ada janggut sikit, macho tau lelaki ada janggut
  • Rambut pendek, kemas. Mak aku suruh cari lelaki kemas
  • Tak dengar beliau ni kaki clubbing/mabuk
  • Main ragbi. Hoh gagah!
  • Tak sombong. Kalau dalam Facebook la
  • Nampak macam family type guy je?

Haa. Senarai di atas mungkin boleh dijadikan rujukan kepada para lelaki di luar sana. Hehe. Lupakan pasal kaki pukul ke sex maniac apa semua tu la. Bagi aku, semua cerita buruk tentang diri sendiri kita simpan sendiri je. Jangan perbesarkan, nanti lagi orang nak tahu. At least, itu apa yang aku pelajari daripada beliau..

22
Jan 2010
AUTHOR chokilala
CATEGORY Peribadi
DISCUSSION 65 Comments