Hadiah Untuk Puan Ryehannazz. Teka Apa?

Memandangkan aku ni boleh dikategorikan sebagai blogger malas seperti kata Menteil, jadi jom harini kita main teka-teki je :D

Seperti yang ramai dah tahu, si Ryehannazz tu dah bertukar status daripada Cik kepada Puan awal bulan ni. Kalau tak tahu lagi, buat-buat tahu je la. Aku tak dapat datang sebab bertembung dengan majlis kahwin sepupu aku, so hantar hadiah je la dekat dia. Hadiah belated, from me & Encik F

Ok, nak korang teka hadiah apa. Saje main-main, esok lusa aku bagi jawapannya

  • Ada gambar haiwan (mungkin cap dia ke)
  • Warna hitam
  • Bukan diperbuat daripada besi

Tiada hadiah akan diberi kalau tekaan korang tepat. Hahaha

P/S : Seram YM dengan Ryehannazz sekarang ni, asyik nak ajar aku pasal hal wanita je :P

22
Jun 2010
AUTHOR chokilala
CATEGORY Peribadi
DISCUSSION 24 Comments

Drama Korea Yang Menjadi Pilihan Mak & Ayah Aku

Siapa kata drama Korea orang muda je tengok? Mak & ayah aku pun ikut cerita Korea tau. Tu kalau tanya mak aku, dia suka tengok Minho. Tapi Minho bukan pelakon, dia penyanyi kumpulan SHINee. Mak aku kenal dia daripada game show Let’s Go! Dream Team. Tak sia-sia dulu aku ajar dia buka channel 303, terus dia melekat selalu tengok rancangan Korea. Kalau tak, mesti nak cuba buka channel 202, yang filem Tamil tu. Kalau ada subtitle, takpe la juga. Huhuhu

Macam mak ayah aku, sekarang ni setiap hujung minggu melekat la depan TV tengok cerita Three Brothers. Diaorang memang suka tengok cerita yang jenis family type sikit kot. Sebelum ni tengok cerita Korea yang pasangan dah kahwin, aku tak ingat pula tajuk dia. Yang suami dia pembaca berita tu. Aku pula lebih suka drama jenis orang muda, yang gila-gila, lawak


yang tengah tu i punya, auww!

Demam Korea dalam keluarga aku bermula ketika zaman Winter Sonata dulu, lepas tu ayah aku dah start join sekaki tengok cerita Autumn In My Heart. Kemudian diaorang dah melarat-larat tengok My Love Patzzi, Successful Story of a Bright Girl, Truth, My Girl dll. Siap sampai suruh aku pergi belikan VCD original, sebab dah tak larat sangat nak tunggu setiap hari depan televisyen. Aku suruh tengok je drama Korea online taknak pula. Pandai ye?

Tapi tahap keterujaan kitaorang masih lagi di paras normal dan belum mencapai tahap 2 orang hantu Korea ni, iaitu Hurul Aini & Rucci. Diaorang ni memang dah kira fanatik dengan Korea, sampai kadang-kadang takut pula aku tengok. Semuanya tahu. Hehehe

So, korang macam mana pula? Mak ayah korang terjebak juga tak dengan drama Korea? Ke tak habis-habis layan sinetron je? Kihkih :P

P/S : Minho SHINee & Lee Min Ho adalah dua individu yang berbeza

12
Jun 2010
AUTHOR chokilala
CATEGORY Peribadi
DISCUSSION 26 Comments

Bangla Tu Cakap Ni Pokok Bunga Sakura. Eh Yeke?

Weekend haritu aku pergi bercuti dengan family ke Cameron Highland. Pergi Cameron Highland ni boleh kata setiap tahun la, sampai dah naik muak. Nak kata ada saudara dekat sana, takde. Nak kata ada berkawan dengan manusia yang pandai menyumpit yang tinggal di Cameron Highland, lagi la takde. Tapi entah kenapa, encik ayah & puan emak memang suka sangat pergi sana. Aku? Ikut je la. Untung-untung dapat pokok bunga macam gambar dekat bawah ni. Hehehe :P

Pokok bunga ni dah lama sangat aku nak beli bila pergi kedai bunga tapi emak selalu xkasi ambil. Geramnya. Masa tengok dekat Melaka, memang nyonya jual bunga tu cakap ni pokok sakura. Haha. Bila pergi Cameron Highland pun, Bangla tukang jual tu cakap ni pokok bunga sakura. Setahu aku, pokok sakura ialah pokok besar yang bunga jatuh-jatuh, bukannya jenis pokok cinonet macam ni. Hehehe. Korang kenal tak pokok ni? Nama kampung dia ke, kalau tahu nama saintifik lagi bagus

Read more…

26
May 2010
AUTHOR chokilala
CATEGORY Peribadi
DISCUSSION 42 Comments