Setem Upin & Ipin

Setem Upin dan Ipin ini dibeli pada Jumaat yang lepas punya lepas (dalam erti kata lain dah 2 minggu beli tapi sekarang baru nak update di blog). Huhuhu. Aku cuma sempat beli setem je sebab yang complete set berserta sampul surat hari pertama takde dekat pejabat pos yang aku pergi hari tu. Kakak pejabat pos tu cakap kalau nak, kena pergi pejabat pos besar. Tapi tu dekat Melaka, mungkin kalau korang stay KL senang cari kot?
Produk terbaru Upin & Ipin ini adalah hasil kerjasama kreatif antara Les Copaque & Pos Malaysia. Yang menariknya adalah tentang keunikan setem itu sendiri (perenggan seterusnya dipetik daripada blog Les Copaque) :-
Setem ini bukan saja comel dan cantik tetapi ianya juga di antara yang pertama menggunakan teknologi pelekat. Ini bermakna kita tidak perlu meletakkan gam ataupun air untuk melekatkan setem ini kerana ianya sudah dilengkapi dengan pelekat tersendiri
Setem ini juga dilengkapi dengan sistem UV Spot bagi menimbulkan beberapa bahagian warna pada setem. Teknologi sebegini merupakan yang pertama digunakan di Asia. Kesemua setem serta sampul surat Upin & Ipin ini telah dicetak di Belanda
See! Bagus betul kan? Ada sistem pelekat, takde la nak terjilat-jilat. Kenapa la daripada dulu tak buat setem yang ada pelekat -___-” But it is simply the joy of licking the stamp yang best dulu-dulu waktu nak hantar surat. LOL. Tapi dah besar-besar sekarang ni memang aku cari gam la, tak kuasa nak jilat. Geli kot?

For me, bagus juga usaha diaorang buat setem ni maklum la budak-budak sekarang semuanya dah hi-tech sangat. Mana ada dah istilah sahabat pena/pen pal macam zaman kita dulu. Sekarang semuanya SMS, Facebook, MySpace, Twitter etc. Takde maknanya nak tulis surat dah sekarang, jadi sekurang-sekurangnya dengan adanya setem Upin Ipin ni boleh galakkan budaya menulis & membaca di kalangan dorang, perhaps?
Fakta Ringkas Setem Upin & Ipin
- Ada 3 versi
- Setiap versi ada 2 rekabentuk setem
- Memaparkan rekabentuk permainan tradisional di Malaysia
- Antara permainannya adalah Batu Seremban, Congkak, Galah Panjang, Konda-kondi, Perang-perang & Telefon Tin
- Sekeping berharga RM6 (setem sahaja)
- Untuk full set berserta sampul surat hari pertama dan barang-barang lain, rasanya RM40 something (kurang pasti)
- Boleh didapati di mana-mana cawangan pejabat pos di Malaysia
P/S : Teringin nak kerja dekat Les Copaque, boleh? :P




