WTH is Poken?

Harini aku nak bercerita pasal Poken. Korang tahu tak apa itu Poken? Abang Po ada buat satu post tentang Mengenali Poken Bersama Topo. Dalam post tu, beliau bagi penerangan secara bergambar. Well, aku tak berminat la nak terangkan secara mendalam tentang Poken seperti cara nak tengok balik contacts details tentang kawan-kawan kita ke apa ke, sebab aku sendiri belum beli lagi menatang ni :P Cuma aku nak sentuh secara surface je tentang apa itu Poken

Poken

Basically, Poken ni boleh dikatakan seperti online business card. Dengan kebanjiran pengguna dari Malaysia di Facebook sejak kebelakangan ini, aku rasa baru sekarang adalah masa yang agak relevan untuk bercerita tentang Poken, walhal aku dah lama nak buat post tentang topik ni, cumanya takut tak banyak pengguna social media sangat je di Malaysia ni. Hurm

Read more »

Kenapa Orang Malaysia Bila Salam Bawa Ke Dada Eh?

Haa korang tahu tak kenapa kebanyakan orang Malaysia yang salam kemudian bawa ke dada eh? Benda ni dah lama aku musykil, sejak daripada aku kecil lagi, sejak zaman sekolah menengah. Sewaktu sekitar Tingkatan 1 atau 2 mungkin aku sedar tentang benda ni?

Kalau macam aku sendiri, aku pun salam macam biasa dan kemudian tangan tu kemudiannya diletakkan di dada. Xtahu macam mana bermula, nak kata diajar secara formal oleh kedua ibu-bapa waktu kecil dulu, rasa macam tak je? Atau mungkin terikut-ikut daripada perlakuan ibu bapa aku yang salam macam tu?

Melalui apa yang aku perasan la, salam bawa ke dada ni majoriti yang buat macam tu adalah Melayu. Tapi ada juga aku perhatikan benda ni bangsa lain pun ada buat juga. Jadi benda ni dah macam meresap dan jadi identiti rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, mungkin? Ada juga aku tanya nenek aku tempohari samada benda ni memang daripada dulu lagi ke dah macam ni? Nenek aku cakap ye daripada zaman dia dulu pun salam macam ni dan kemudian bila aku tanya kenapa, dia sendiri tak dapat nak bagi jawapan yang konkrit

Read more »

Logo MAS dalam Transformers 2 : Revenge of The Fallen

Logo MAS (Malaysia Airlines System) wujud dalam filem Transformer 2 Revenge of The Fallen tu? Macam susah nak percaya je? Hohoho. Betul ke?

Sebenarnya memang betul..

Aku mula tahu tentang kewujudan logo ni diperkatakan di Twitter dan forum. Nasib baik hari ni aku terjumpa sebuah post mengenai logo Malaysia Airlines System dalam filem Transformers 2 di blog Encik Sejuk

Berpandukan kepada screenshot tersebut, memang logo MAS muncul dalam filem tersebut. Tapi xlama, dalam 2-3 saat je. Ini gambar yang telah di-mirror oleh Killvearn. Thanks Sejuk dan Killvearn :)

Read more »

Rumah Hello Kitty


Rumah Hello Kitty ni bila pertama kali aku tengok reaksi aku ialah “Wowowo”, “Fufufu” yang membawa maksud aku teruja gila. Hahaha. Siapa je gadis yang xsuka dengan Hello Kitty kan? Majoriti gadis suka dengan Hello Kitty, tetapi anugerah Hantu Hello Kitty patut diberikan kepada RaraCandyFloss

Sedikit informasi mengenai sejarah Hello Kitty

Hello Kitty ialah seekor sesikat segugus sebuah(err.. betul ke guna sebuah ni?) karakter kucing yang dicipta oleh Sanrio. Pada mulanya diberi nama sebagai Kitty White. Direka oleh Ikuko Shimizu dan diperkenalkan di Jepun pada tahun 1974 dan seterusnya di Amerika pada tahun 1976

Produk Hello Kitty ni dah menjangkau ke seluruh dunia dan boleh dikatakan ada sahaja produk baru yang dipasarkan. Jangan terkejut kalau spender lelaki Hello Kitty pun ada di pasaran sekarang ni. Kalau bagi dekat Azwan Ali mesti dia suka. Hahaha. Ok Chokilala, stop it! *dishh dishh*

hello-kitty-house

hello-kitty-castle

hello-kitty-room

Andai kata kalau aku minta Encik F buatkan rumah style macam ni bila dah kahwin nanti, aku jamin aku seorang je yang teruja dan suka. Kemungkinan besar dia kepengsanan dalam rumah tu setiap masa sebab xsuka Hello Kitty. Hahaha

Oops! Lupa. Gambar asal diambil daripada post di CuteOverload

Page 1 of 212»