(Gambar) Pengalaman Ke Melaka Wonderland Kali Pertama
Haritu aku dengan sepupu aku & nenek aku pergi Melaka Wonderland ni. Duduk rumah pun takde buat apa, jadi kitaorang pun decide untuk pergi sini. Pukul 9 pagi semua dah siap bangun mandi semua, pukul 11 malam yang malam sebelumnya semua dah tidur padahal standard selalu pukul 3 pagi baru nak tidur. Jangan harap la kalau hari lain waktu cuti semester ni makhluk-makhluk tu semua nak bangun awal (eh including me hehehe). Bangun awal mungkin, mandi awal tak sangat kot. Hohoho
Berdasarkan pengalaman aku yang dah pergi Melaka Wonderland Theme Park ni, aku rasa boleh tahan la tempat ni. Nak kata besar tu tak besar sangat la. Macam A’Famosa Waterworld kira besar dah tu. Melaka Wonderland ni aku boleh cakap besar dia lebih kurang macam Desa Waterpark kot? Hahaha. Tapi setakat saje nak pergi jalan Melaka, okla tempat ni takde la teruk sangat pun, cuma tak besar sangat je

