Cadangan Nama Kucing Untuk Kucing Aku, Please?

Tanggal 8 haribulan Mei tempohari, kucing aku dah berjaya melahirkan 3 ekor anak kucing yang comel macam aku. Hehehe. Kalau nak tengok gambar dorang sewaktu kucing tu tengah menunggu masa nak bersalin, silakan pergi ke Kelab Kipas Chokilala.com. Aku ada upload gambar dorang dekat sana. Dah biasa panggil dorang & selalu guna seorang instead of seekor. Hihi

Daripada 3 ekor yang lahir tu, aku dah pilih seekor untuk jadi sebagai kucing aku. Kucing jantan. Untuk pengetahuan korang, kucing jantan yang family aku pernah bela bila besar semua akan bertukar jadi bapok. Lembik, manja sangat & tak reti nak kahwin. Hahaha. Aku pilih si jantan tu sebab bila aku pegang dia waktu kecil, lembik je & tak bising. So, ada potensi untuk dia jadi kucing jantan yang manja la nanti. Tak suka dia jadi kucing jantan ganas, balik rumah luka-luka, nanti dia tak hensem! :P

Sebulan sudah berlalu, tapi dorang semua masih takde nama. Susah sangat nak letak nama sebab semua orang dalam family nak guna nama yang dicadangkan. Macam kucing aku, aku nak letak nama Hiro sempena kek coklat macam Dorayaki kegemaran Doraemon tu. Tapi mak aku taknak, dia nak letak kucing aku nama Handsome pula. Haizzz -____-”

Read more…

09
Jun 2010
AUTHOR chokilala
CATEGORY Kucing
DISCUSSION 137 Comments