Archive for the ‘game review’ Category

sally’s spa game review

August 19, 2008 - 2:50 am 15 Comments
kenapa eh drama melayu zaman skrg..
asal kaya sket je, dipotretkan sebagai pemilik spa
xpaham i nyah~
tapi xpe la, jom layan gak game sally’s spa nie!
menurut creator game ni, sally’s spa nie version omputeh
kalau kat malaysia, nama game ni bkn sally’s spa lagi
tapi ialah……. SPA SALMAH, eh btol pe?
org nama salmah bknkah nama glemer mereka ialah sally?
kuikuikui.. tipu je..

game ni kira bole layan la, aku main xabes pun..
ada lagi 2 ke 3 level tinggal, tp da x bernapsu nak abeskan
so, drpd biar terperap je x uninstall, baik buat review
corak permainan ialah time management, pattern2 diner dash la

sblm ni ada game sally’s salon, kiranya sally’s spa ni mcm sequel la
sejujurnya, game ni pada mulanya agak menghiburkan
tapi makin lama, bila da xleh upgrade brg, dia jadik REPETITIVE

basically, spa korang ni ada menyediakan byk perkhidmatan
sauna, buat facial, massage badan, manicure, pedicure dll
selain tu, korang kena gak jual produk penjagaan diri ikut kehendak semasa

apa yang aku suka ttg game nie, sbb rasa mcm jadik tokey spa real
graphics cantik, sound pun soothing, tenang je, mcm kat spa btol
selain tu, aku ske gak sbb dia xde bonus utk action click
(action click ialah buat task yg sama secara berturut2, mcm diner dash)
ske sbb game ni mmg xsesuai ada action click, mmg xsempat!

apa yg aku xske plak, ialah POPUP! sgt tidak suka!
leceh la, sket2 kuar popup mcm pic atas tu, so annoying
means kena fokus pada task tu je, xleh buat benda lain masa tunggu siap
memula main ok lg, bila dah level tinggi2 rasa tertekan dgn popup tu

selain tu, options utk upgrade tools xberapa nak bes
kalau upgrade tinggi2 pun, cuma utk tambah patience/hearts customer
xmembantu sgt pun, kalau boleh kita nak serve customers laju2
berbanding dgn cake mania, upgrade dia bes, leh lajukan tools

game ni juga agak kurang mencabar drpd segi bila pindah tempat
kebiasaannya, if pindah tempat lain, susunan kedai mesti berubah kan?
tapi game ni x berubah, so aku rasa mcm senang la, buat benda yg sama
if susunan berubah, mencabar sket kan? kena adapt benda baru

kelihatan seperti aku agak bias dgn game nie.. err
tp btol la, popup tu mengurangkan mood aku totally
mungkin kalau xde popup, game ni jadik perfect kot?
okla, xleh ckp byk2 sbb xabes main.. cuma aku leh bagi 3 BINTANG

game ni bkn xbes, tp memberi tekanan kpd aku
kalau sape2 nak cuba, leh je, tp kena tahan dgn popup la.. hehe
oh ye.. tips.. kalau boleh cpt2 dptkan helper dulu sewaktu awal game
sbb upgrade tools kurang membantu la.. huhu
n jgn lupa beli kesemua lilin cepat2.. ok adios asparagus~

Links :
Reflexive.com Sally’s Spa Download - Download game kat sini
Crack for All Reflexive Games - Crack untuk main game Reflexive full version

Crack Instructions :

  • Download game, then install, jangan main dulu
  • Unzip file crack gunakan Winzip/Winrar
  • Bukak file crack tersebut (format .exe)
  • Click Patch
  • Dia akan ckp “Cannot find the file. Search the file?”
  • Click Yes
  • Kemudian browse pada file shortcut game (format .exe) yg terdapat di desktop
  • Main game sampai lebam.. huhuhuhu

Women Murder Club : Death In Scarlet game review

June 26, 2008 - 1:40 pm 9 Comments

assalamualaikum semua..
lama da x update. kebzan sket dgn urusan2 nak register UTeM ahad nie. skrg sume da selesai, so nak update sket ttg ulasan utk game Women Murder Club : Death In Scarlet. kemain panjang lg eh title?

sinopsis
game ni adalah berkenaan dengan penyiasatan di mana korang perlu selesaikan satu kes pembunuhan. dlm game nie, korang perlu memainkan empat watak antaranya seperti detektif, CSI & reporter(satu lg xingat). kiranya bersambung2 la tugas korang bila main tu. cthnya sbg detektif memula kena siasat n carik bahan bukti, then bukti2 yg dpt tu serah plak pd unit CSI utk examine, n result seperti DNA or blood type bg kat reporter utk dia gather additional information. terdapat 9 investigation yg perlu diselesaikan

gameplay
gameplay utk game ni adalah SANGAT MENARIK. gameplay yg sgt unik dan fresh. setakat nie, aku xpernah lg main game penyiasatan yg bercorak camni. corak permainan adalah HIDDEN OBJECT n SOLVING PUZZLES.

ok, puzzles game ni aku rasa agak smart la. ada susun2 brg ikut kategori, crack code dlm database, main piano ikut melodi yg diberi, guess words guna music jukebox dll. utk pengetahuan korang ni game 1st yg aku amek kamus, notepad n pen sambil main. so, xde la kiranya buta2 je main, carik2 brg then game abes. no no~

“game ni buat korang berfikir, cubalah =)”

difficulty level
apa yg aku suka ttg game nie, walaupun berkonsepkan hidden object tp dia xde time limit mcm sesetengah game yg lain. jadik boleh main dgn relax sambil berfikir. selain tu, hidden object nye adalah jelas n ‘boleh diterima akal’. kenapa aku ckp camtu?

sbb tempat2 objek disorok adalah visible, di mana if korang spend time mmg akan jumpa objek tu. selain tu, saiz objek adalah logik. sesetengah game tu, cthnye kata la if dia suh carik batang mancis, punya la kita carik tp xjumpa. last2 rupanya BAPAK mancis yg disorok kat tempat pelik2? huhu. tambahan pula, bagi setiap puzzle kalau xdpt selesaikan, ada fungsi solve, so xde la stuck between level


“uji bahan kimia dan rekodkan reaksi yang berlaku”


“susun barang ikut warna n kategori then search info dlm database”


“search barang tersembunyi”

overall
secara keseluruhannya, aku sgt impress dgn game ni sbb bawak konsep baru yg fresh. mungkin akan dtg, kita akan tgk lebih byk game yg berkonsepkan camni? graphic sgt bagus, menarik. sound ok, x annoying. cuma satu je yg xbes, game nie pendek sgt. aku main dlm 7-8 jam je da abes. tp secara intensif la. storyline menarik, cuma kalau lebih panjang, org akan lebih puas main. 4 bintang untuk Women Murder Club : Death In Scarlet! pssstt, kalau panjang sket lg aku bg 5 bintang ;)

Rating :

Downloads
Installer Women Murder Club : Death In Scarlet
Crack for All Reflexive Games

cooking academy game review

June 17, 2008 - 2:48 pm 8 Comments

salam sejahtera semua(ecece). tajuk game yg nak direview arini adalah Cooking Academy. yup, game ni da release agak lama sket, aku da main kira-kira 1-2 bln yg lepas. tp disebabkan keSYIOKan melampau sewaktu main game ni, aku review gak la. sharing is caring.. kannn? ;)

game ni memerlukan korang untuk MEMASAK. ye, saya ulangi belajar memasak. senarionya adalah korang diterima masuk ke sebuah sekolah kulinari, so basically korang kena blaja segala jenis masakan. drpd appetizer, breakfast, dinner, dessert n etc sume korang kena try buat mengikut arahan yg diberi. kalau cepat & bagus kerja korang, dpt la gred yg bagus

untuk melangkah ke setiap level, korang akan start off dgn level appetizer. kalau xsilap kena dpt sume C+ ke camne baru leh pergi ke level seterusnya n so on. ada 50 resipi yg perlu dicuba, dan seriously aku rasa kalau sambil main game ni, sambil masak kat dapur, resepi tu akan menjadi. mcm real seyh! ade byk benda yg kena buat, cthnya potong bawang, pecahkan telur, kupas kulit kentang, panggang kebab, buat sushi dan bermacam2 lg. mmg xmng tgn main game nie!

secara keseluruhannya, mmg puas main game ni sbb gameplay dia lain drpd yg lain. xpernah lg main game pattern2 mcm ni. slalu main jenis dash, hidden object n etc. jadi, oleh itu aku dengan rasa bangganya menganugerahkan 5 choki-choki(konon 5-star la) kepada game nie! hoyeh2x tahniah~

Rating :

Downloads :
Installer Cooking Academy
Crack for All Reflexive Games

plant tycoon game review

May 31, 2008 - 2:35 am 4 Comments

hola..

post psl game lg? yela, cuti ni aku tersgt la lapangnya, selapang padang bola sepak depan umah kedai kat TU tu (xde la lapang nau). kuikui. game yg nak di review kali ni adalah PLANT TYCOON. game ni lame xlama nau la, tp aku baru layan mase final dulu. org study, aku sebuk jaga pokok. gile keji kan? huhuhu..

basically, dlm game nie kiranya korang kena jadik mcm petani moden la. objektif game ni adalah nak discover/biakkan 6 jenis magic plant. magic plant ni bole didapati melalui cross-breeding. cross-breeding tu kira mcm kawen2kan pokok la.

Figure 1 : Ni waktu awal game, time tu baru nak start kaya lps dpt 1st magic plant

sbg starter, korang akan diberi sedikit duit n sebuah tempat ala2 tapak semaian yg ada 15 pasu dlm tu. korang akan start dgn membeli biji2 benih biasa. bila pokok da matang, bolehlah kiranya proses pendebungaan itu dijalankan(da mcm bio da nie) dgn mengahwinkan pokok tersebut dgn spesies yg sama atau yg lain. kalau kawen sama, dpt le spesies sama, kalau kawen lain, dpt spesies baru. makin lama, makin byk la spesies yg korang leh dpt sehinggalah terhasilnya magic plant.

untuk dptkan duit plak, bila pokok da matang n berbunga, pokok2 tu sume leh la dijual kat nurseri. maka dtglah ramai org nak beli pepokok korang. kalau korang da dpt discover magic plant, makin ramai la yg dtg nurseri tu. kiranya magic plant ni secara xlangsung berfungsi sbg daya penarik utk nurseri tu gak. duit hasil jualan tu plak amat penting utk korang beli baja, racun serangga, growth booster, vitamin dll. oops lupa plak, dlm game ni selain menjaga pokok, korang leh gak tangkap serangga2 yg berterbangan kat pokok korang. of’coz la dpt duit.

Figure 2 : Ni waktu da dpt 2 magic plant, rose aku jual $160 satu. bapek dracula harga

game ni adalah real-time sbb dia dtg drpd developer yg sama utk Virtual Villagers & Fish Tycoon iaitu Last Day of Work. setakat nie, aku baru dpt 2 je magic plant. progress game ni tergendala sbb tergoda dgn game2 masyuk yg lain. game pe? nanti aku info. hehe

ada gak beberapa tricks n program berguna(ala2 menipu) utk game nie yg aku search kat pakcik google. kalau sape2 serious nak main, baru tanya aku eh? ok, sampai bertemu lagi. akhir kata, hiduplah game utk chokilala! mmuehehe.. =P

Download
Plant Tycoon Reflevive download [Link]
Crack for All Games from Reflexive [Link]


4 stars