Apa nama kereta/motor korang?

kereta_motorPost ni terhasil daripada cetusan idea yang aku dapat melalui pertanyaan salah seorang junior aku. Semuanya berpunca daripada status YM aku petang ni yang tertulis–kereta aku sudah kembali kacak. Oleh kerana status tu, ramai betul yang YM bertanya khabar tentang kereta aku yang dah kurang kacak akibat kemalangan tempoh hari. Busybody Caring juga korang ni ye!

Read more…

17
Jan 2009
AUTHOR chokilala
CATEGORY Kelakar Peribadi
DISCUSSION 26 Comments

Lipas pun ada rumah ke? Erk!

lipas_1

Menurut LipasPedia, TRAP-A-ROACH-HOY-HOY ialah sebuah rumah kecil dengan gam istimewa untuk memikat semua jenis lipas dan cicak. Ia bersih dan tidak mengandungi bau. Mudah diguna dan dibuang. Kata-kata pujangga ini dipetik daripada belakang kotak perangkap lipas ni

Dua benda aku nak kutuk komen. Pertama, apa punya happy la nama perangkap lipas ni? Siap ada hoy hoy pulak. Kedua, untuk memikat semua jenis lipas dan cicak? Janggal sungguh bunyinya. Ada watak penggoda ke apa dalam rumah lipas tu? Kihkih!

Read more…

05
Jan 2009
AUTHOR chokilala
CATEGORY Kelakar Peribadi
DISCUSSION 37 Comments

Kalau mencari jejaka kacak/jambu, datang la ke blog Chokilala

keyword

Sejak dua menjak ni, aku musykil betul la dengan apa yang orang search untuk sampai ke blog Chokilala ni. Aku check guna plugin kebanyakan keyword yang ada memang bikin gentar betul la. Kebanyakannya guna keyword jejaka kacak, lelaki hensem, lelaki jambu dan yang sewaktu dengannya. Kalau tak percaya, tengok screenshot daripada plugin yang aku guna untuk track visitors nie!

Read more…

29
Dec 2008
AUTHOR chokilala
CATEGORY Kelakar Pengumuman
DISCUSSION 22 Comments