Archive for the ‘Kelakar’ Category

Hoi, Siapa Curi Sayur Barn Buddy Aku?

July 20, 2009 - 1:20 am 37 Comments


Pelik. Siapa yang berani sangat curi sayur dekat kebun aku ni? Oh, maksud aku kebun di Facebook la. Mustahil Chokilala ialah seorang peladang berjaya. Hohoho. Tetapi sangat pelik sebenarnya. Sebab apa?

Sebabnya aku xpernah langsung main sebarang game secara online di Facebook!

Tetapi baru-baru ini seorang rakan blogger bernama Romeo Rjuna tegur pasal kebun aku di Barn Buddy. Heh! Pura-pura baik tegur kenapa kebun aku x berjaga tapi hajat di hati nak curi sayur aku sebenarnya. Macam aku xtau je. Ceit!

barn-buddy-1

Sekali pandang, lawa juga kebun misteri aku ni. Ada terung, ada lobak putih. Rasa tergoda juga la nak cuba main -___-”

barn-buddy-2

Hohoho. Senarai nama pencuri sayur adalah seperti di atas. Dimulai dengan classmate aku sendiri sewaktu sekolah menengah kemudian diikuti oleh Rarakus. Menyusul pula selepas itu ialah Marzuki Bulu

Seperti yang korang semua lihat, aku level coin credit semuanya 0. Aku memang xpernah cuba langsung game ni. Aku pelik la xpernah main tapi tetiba wujud pula kebun sayur ni?

Agaknya sebab apa? Ada orang tu kata Romeo daripada Ghost 8TV yang main Facebook aku. Hahaha

Korang rasa camne?

Senarai 8 Lelaki Kacak & Jambu Dari Seluruh Dunia

May 7, 2009 - 4:00 am 48 Comments

Huh? Post jejaka kacak lagi? Hei, budak Chokilala ni dah xde kerja lain ke selain daripada buat post yang bermotifkan lelaki kacak & jejaka jambu ni? Hoho. Sebenarnya bukan apa, memandangkan sejak kebelakangan ni selalu xde idea, jadi aku tulis je la berdasarkan keyword sesat yang datang ke blog ni. Paling kurang, xde la orang tu hampa sangat bila tengok ada post yang berkaitan. Ehiks!

Post jejaka kacak ini terhasil daripada tokok tambah senarai yang sedia ada dan turut dimuatkan adalah sedikit survey secara rawak terhadap rakan-rakan perempuan yang telah aku jalankan melalui Yahoo Messenger

Sepantas kilat mereka semua jawab. Oo.. Semua ni miang ye!

Dalam survey tersebut, aku bertanyakan tentang siapa yang pertama sekali terlintas di fikiran apabila bercakap mengenai lelaki hensem di Malaysia? Hoho. Jadi ikutilah hasil kajian yang telah aku jalankan mengenai lelaki kacak dari Asia dan Malaysia. Hihi. Post ni untuk suka-suka saja ye, mind you!

(more…)

Anas Tahir, I Love You! Bye Encik F

April 9, 2009 - 8:00 am 54 Comments

anas-tahir-akbar-koq

Anas Tahir? Siapa la pula Anas Tahir? Korang pernah dengar x tentang Anas Tahir ni atau lebih dikenali sebagai Anas Koq! Hahaha. FYI (fyi means for your info), he’s my latest addiction right now! Kegilaan diriku terhadap Anas Tahir semuanya bermula dengan post I Keep On Fallin’ In Koq! – Bila Izu Saujana Menjadi Bahan Lawak. Salahkan Mr M daripada OhBulan! Sungguh mendebarkan!

Bersempena dengan Pesta Assignment, Projek & Lab Test yang mencurah-curah sejak 2 minggu lepas memang blog Chokilala ni agak bersawang. Pantang larang Chokilala, jangan update blog ketika dalam keadaan yang tertekan. Nanti readers pun ikut sama tekanan bila baca. I don’t like! Jadinya, minta maaf kepada sesiapa yang bosan menunggu bila aku nak update blog. Eh? Ada ke orang tunggu? Lol

(more…)

Cara-cara nak cover malu bila terjatuh

March 27, 2009 - 9:45 pm 48 Comments

cover_malu

  1. Kalau tersepak batu
    Jangan terus bangun, sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai. Lepas tu baru bangun bila tiada orang nampak
  2. Kalau terjatuh daripada basikal
    Cepat-cepat naik semula basikal anda dan jatuhlah lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda sedang berlakon atau saja-saja buat lawak
  3. Kalau terjatuh tangga
    Terus bersilat seolah-olah anda sedang dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus
    (more…)